Part 85

44 5 9
                                    


DANIEL segera mengunci pintu meeting room sebaik sahaja dia berada di dalam bilik tersebut agar tiada sesiapa akan menganggunya ketika dia membuat video call. Di pejabat dia tidak dapat membuat video call secara aman kerana tiada privacy. Khuatir jika dia sedang membuat video call tetiba Aida atau Sophia akan masuk ke biliknya maka dia terpaksa membatalkan video call kerana tidak mahu mereka tahu dengan siapa dia membuat video call dan akan di usik oleh Aida dan Sophia nanti. Daniel tidak pernah bercinta sebelum ini maka dia tidak mahu mereka berdua mengusiknya.

Daniel tersengih gembira segera melambaikan tangannya kepada Hayden sebaik sahaja wajah Hayden terpampang di hadapan screennya. Hayden kelihatan teruja sebaik sahaja terpandang wajahnya di screen. Dia benar-benar rindu pada Hayden. Masih belum punya peluang untuk ke Jakarta bertemu dengan mereka kerana dia benar-benar sibuk dengan tugas sejak Dylan tiada.

"Sayang Hayden how are you?? Miss Daddy tak??" ujar Daniel.

"Daddy..Daddy" ujar Hayden dengan suara ceria. Di tangannya terdapat stuff toy kuda. Dia menunjukkan kepada Daniel akan permainan barunya.

"Ya new toy..siapa belikan??? Mama??" ujar Daniel lalu tetawa bila Hayden terlalu ghairah ingin menunjukkan permainan barunya maka dia mendekatkan kudanya di camera seolah-olah mahu memberinya kuda tersebut.

"Sayang no..cannot you cannot give daddy the toy sayang" ujar Bella tertawa kecil lalu mengalihkan stuff toy itu dari camera bila Hayden beria-ia mahu memberi toy itu kepada Daniel.

Daniel turut tetawa merasa lucu dan terhibur dengan gelagat Hayden yang semahu-mahunya cuba memberinya toy tersebut. Namun bila kedengaran grandmanya memanggil namanya maka dia segera turun dan belari menuju kearah grandmanya.

Daniel mengelengkan kepalanya lalu tersenyum melihat gelagat lucu Hayden.

"Abang tak sibuk ke?" ujar Bella dengan wajah ceria sebaik sahaja dia berada di hadapan camera. Sudah lama Daniel tidak membuat video call kerana dia percaya Daniel busy dengan kerja namun Daniel tidak pernah lupa untuk menghubungi setiap malam untuk mengucapkan selamat malam. Traits Daniel yang disenangi.

"Untuk Hayden dan Bella sibuk bagaimanapun abang akan tetap luangkan masa" jawab Daniel lalu tersenyum. Rindu ingin menatap wajah wanita yang disayangi.

"Since when abang dah pandai buat ayat-ayat cinta ni?" usik Bella lalu tersenyum bila Daniel sudah menjadi sweet talker sekarang. Jika dahulu Daniel tidak pernah menunjukkan perangainya yang sebenar.

"Sejak Bella terima lamaran abang" jawab Daniel lalu tersenyum.

Bella hanya mampu mengulum senyum bila Daniel memberi jawapan sedemikian. Dia masih belum dapat memproses bahawa dia kini adalah tunangan Daniel. Sungguhpun mereka sudah bertunang namun dia masih merasa janggal kerana tidak biasa.

"Abang tak beritahu Dylan lagi mengenai kita?" ujar Bella bila dia teringatkan bahawa Dylan tidak tahu akan hubungan mereka berdua.

"Oh my!! Abang benar-benar terlupa...he is going to kill me if he known that I've proposed before he went back to States!" ujar Daniel lalu menepuk dahinya kerana dia benar-benar terlupa dan tidak teringat langsung hendak memberitahu Dylan mengenai mereka berdua. Apa tidaknya sebaik sahaja dia tiba di KL jadualnya padat dengan meeting dan kerja maka dia terlupa langsung hendak memberitahu Dylan. Pasti Dylan akan menyumpahnya jika dia mendapat tahu.

                                                                      ****

Aida menoleh kearah Daniel bila lelaki itu tidak senang duduk sejak dia pulang dari bilik meeting tadi. Dia kelihatan gelisah dan berjalan mundar mandir di hadapan mejanya sehingga konsentrasinya terganggu melihat Daniel kalut begitu.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now