LIAM duduk di restoran menanti kedatangan Pretti Rania. Siang tadi Rania mahu dia menemaninya makan malam kerana dia tidak mahu menyertai aktiviti ibu dan bapanya malam ini dan memberi alasan kepada mereka dia mahu makan bersama dengan temannya yang berada disini dan teman yang di maksudkan itu adalah Liam. Liam pula secara kebetulan jadualnya lapang dan dia tidak mempunyai apa-apa urusan malam ini lalu menerima pelawaan Rania untuk makan malam bersamanya.
Aishah menyenggol lengan Emma bila melihat MD mereka berada di salah sebuah meja di restoran mereka. Emma menoleh bila Aishah berbuat demikian. Aishah menunjukkan Emma kearah meja dimana Liam sedang duduk.
"Ada reservation ke under Mr. Liam??," tanya Emma kerana setahu dia tiada nama Liam terdapat di senarai tempahan mereka malam ini.
"Tak ada sebab baru tadi periksa senarai tempahan malam ini," jawab Aishah dengan wajah yakin mana mungkin dia terlepas pandang. Selalunya Cik Aida akan menghubunginya atau email padanya jika MD mereka mahu membuat tempahan. Hari ini, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon mahupun email dari Cik Aida.
"Mungkin tempahan atas nama orang lain!," jawab Emma dengan wajah selamba.
"Mungkin juga, biar saya tengok lagi!," ujar Aishah mahu kembali ke stationnya.
"Chah biar sis pergi tengok!," ujar Emma menarik lengan Aishah sebelum wanita itu pergi ke meja penyambut tetamu. Dia bukan hendak kepo ingin tahu dengan siapa Liam makan malam bersama. Dia hanya mahu memastikan sesiapa sahaja tetamu yang makan bersama dengan Liam akan diberi layanan 1st class dari mereka.
Emma sempat menjeling kearah Liam. Lelaki itu sedang leka membaca sesuatu dari handphonenya sehingga dia tidak sedar Emma melintasi mejanya. Emma menuju kearah meja penyambut tetamu di luar lalu menekan keyboard laptop. Dia mencari senarai reservation untuk malam ini.
****
LIAM menekan video yang di terima dari ibunya. Dia tersenyum bila mendapati video yang di berikan adalah video Hayden. Liam tersenyum gelihati melihat gelagat dan telatah Hayden di dalam video itu. Hayden menari mengikut rentak lagu yang di mainkan. Namun bila menyedari neneknya mengambil video dia segera menghampiri neneknya lalu memanggil 'papa' kerana dia tahu video itu akan di berikan kepadanya.
Liam tersenyum lagi. Dia merasa rindu pada Hayden dan masih belum ada kesempatan untuk melawat mereka di Jakarta kerana 6 bulan pertama dia bekerja di sini. Terlalu banyak event dan mesyuarat yang harus dia hadiri. Terkadang Liam rindu pada kehidupannya yang dahulu sebelum melangkah ke dunia perhotelan.
Mata Emma tertancap pada nama Rania dan column remarks terdapat VVIP. Emma dapat merasakan bahawa Liam akan makan malam bersama dengan tetamu VVIP mereka siang tadi. Emma segera mencapai walkie talkie di atas meja penyambut tetamu memberitahu anak buahnya tentang tetamu VVIP mereka. Dia mahu mereka alert dan berikan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka.
Emma mengangkat wajah bila seseorang menegurnya. Emma segera membuahkan senyuman bila mendapati orang yang menegurnya itu adalah tetamu VVIP mereka yang di lihat bersama dengan MDnya siang tadi. Wanita itu kelihatan cantik dan anggun malam ini.
"Are you alone, Miss Rania?," tanya Emma ramah bila dia lihat wanita itu bersendirian dan tidak di temani ibu dan ayahnya.
"Ah yes!," jawab Rania tersenyum dan merasa kagum bila manager restoran itu tahu siapa dirinya kerana dia tidak menyebut namanya tadi.
"I will show you to your table. This way please!," ujar Emma ramah. Lalu berjalan menuju ke dalam restoran mengiringi wanita yang bernama Rania. Dari jauh dia lihat MDnya masih leka dengan handphonenya dan tidak perasan akan keadaan sekelilingnya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...