Part 19

36 6 4
                                    



EMMA tersedak sebaik sahaja terpandang wajah Liam bersama Aida ke staff cafeteria untuk minum petang. Dia segera menyambar segelas air putih di hadapannya lalu meneguk air itu perlahan. Aishah yang duduk di sebelah Emma menepuk belakang Emma perlahan kerana tersedak. Apa yang membuatkan Emma tersedak bukan kerana MD mereka makan di cafeteria tapi kerana Liam masih mengenakan kemeja shocking pink yang di beli untuknya siang tadi. Selamba sahaja wajahnya duduk di salah sebuah meja tanpa mempedulikan mata yang memandang ke arahnya seolah-olah tidak memberinya kesan apa-apa.




"OMG!!! Mr. Liam pakai shocking pink!!," ujar Fendy menampar-nampar tangan Aishah lalu menutup mulutnya cuba menahan tawa. Belum pernah sekali dia melihat manager mahupun pegawai tinggi seperti MD memakai baju berwarna luar biasa. Mereka selalu mengenakan warna-warna yang biasa di pakai. Ini shocking pink! Nasib baiklah MD mereka mempunyai paras rupa yang kacak dan tubuh yang menawan jadi apa yang di pakainya tampak menarik dan tidak kelihatan buruk, hanya warna yang dipakai luar dari kebiasaannya itu yang memeranjatkannya.



Emma tidak dapat menahan diri dari tawa sebaik sahaja terpandang Shrek kerana dia yang menyebabkan lelaki itu memakai kemeja shocking pink dan dia tidak menyangka lelaki itu akan keluar dari bilik pejabatnya dan jalan kemana-mana dengan kemeja itu.



"Mr. Liam you look vogue!!," tegur Fendy sebaik sahaja MDnya melintas di depan mereka untuk mengambil makanan di meja bufet.



"I know right!!," jawab Liam berhenti di meja mereka lalu membalas teguran Fendy. Dia mengangkat tangan lalu memberi Fendy high-5. Fendy membalas high-5 Liam. Aishah dan Emma terkejut bila MD mereka begitu sporting melayan karenah Fendy.



Emma menutup mulutnya kerana tidak dapat berhenti dari ketawa melihat Liam dalam keadaan yang melucukan. Namun dia merasa kagum Liam begitu sporting dan selamba sahaja bila orang mengusiknya dan tidak terasa hati.



Liam menjeling kearah Emma yang tidak mengangkat wajah langsung memandang ke arahnya kerana wanita itu sibuk mentertawakannya sedari tadi sehingga wajahnya kelihatan merah.



"I'm thinking of changing our Banquet uniform to this color! What do you think Emma??," ujar Liam bila Emma ligat mentertawakannya. Dia tahu Emma seronok mengenakannya. Tapi dia bernasib baik kerana apa jua warna baju di pakai semua kena pada warna kulitnya.



"What? No! Tak semua orang vogue macam you Mr. Liam! We're happy with our current uniform color!," jawab Emma mengulum senyum cuba menahan tawa sebagai sahaja dia memandang wajah Liam.



"No??," ulang Liam lalu memandang wajah mereka-mereka yang berada di meja makan bersama Emma ingin memastikan bahawa mereka juga tidak bersetuju warna uniform mereka di ganti warna.



Mereka menggelengkan kepala serentak menandakan mereka tidak mahu menukar warna uniform mereka dan suka pada warna uniform mereka sekarang.



"Aida!! What colour do you have in mind for our new Banquet uniform?," ujar Liam bila Aida berjalan menuju ke arahnya bersama dulang berisi minum petang yang hendak di berikan kepadanya.



"Hmm, let's see!!," ujar Aida meletak tray di atas meja mereka lalu meletak jari di bibirnya memikirkan warna apa yang sesuai. Dia memandang kearah Emma dan teman-teman seangkatannya. Mereka kelihatan tersenyum-senyum tanda seronok mengenakan MD mereka. Dia harus melakukan sesuatu untuk membela nasib bosnya.



"Boss I think shocking orange would be a nice colour for the uniforms! Vogue gila gitu!," ujar Aida dengan wajah bersungguh-sungguh. Semua yang berada di meja terlopong bila Aida PA MD mereka menyarankan warna shocking orange untuk uniform baru mereka.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now