Part 58

27 4 5
                                    



SOPHIA berjalan menuju kearah pejabat Liam. Dia ingin bertemu dengan Liam sebelum lelaki itu berangkat ke Jakarta. Liam mahu menyerahkan beberapa tugasannya ketika dia berada di Jakarta kepadanya. Ikutkan boleh sahaja dia mendapatkannya dari Aida PA Liam, namun dia mahu bertemu dengan Liam kerana merasa sejak kebelakangan ini, dia jarang bertemu dengan Liam kerana sibuk dengan tugasnya sendiri. Sebagai rakan kongsi dia tidak mahu hubungan mereka berdua strictly on business sahaja. Dia sudah menganggap Liam sebagai teman. Dahulu sebelum Liam mengalas tugas sebagai MD dia rapat dengan Daniel kerana Daniel adalah teman sekuliahnya dahulu. Manakala Liam seorang rakan niaga yang di senangi kerana Liam mempunyai personality yang disenangi.



"Cik Sophia nak kemana??," tegur Aida bila CFOnya berjalan laju melintasi mejanya tanpa menegurnya terlebih dahulu.



"Sorry, saya nak jumpa Liam. Is he in??," ujar Sophia lalu menoleh kearah Aida baru menyedari kesilapannya tidak menegur Aida yang berada di mejanya.



"Dia! Ah!! Ada baru balik meeting!," jawab Aida teragak-agak kerana baru 5 minit yang lalu bossnya masuk ke pejabat setelah pulang dari meeting yang panjang. Dia serba salah khuatir Liam akan memarahinya nanti kerana bossnya kelihatan benar-benar letih dan tidak mahu di ganggu.



"Why??," tanya Sophia bila Aida kelihatan teragak-agak bila dia bertanya samada lelaki itu berada di dalam pejabat atau tidak.



"Dia baru masuk..," jawab Aida lalu tersengih bila CFOnya perasan dia teragak-agak bila menjawabnya tadi.



"Oh ya ke?? I jumpa dia sekejap saja! I won't take long..esok dia ke Jakarta and I don't want to miss him!," jawab Sophia seperti dapat membaca apa yang berada di fikiran Aida. Dia tahu Liam penat dan dia berjanji tidak akan mengambil masa lama untuk bertemu dengan Liam.



"Eh cik Sophia tak apa!! Take your time! Nanti you rindu dia pulak!," jawab Aida tersengih lagi bila CFOnya dapat membaca apa yang berada di fikirkannya.



"Huh???," ujar Sophia dengan wajah tanda tanya bila Aida mengatakan dia akan merindu Liam.



"Ya cik Sophia!," jawab Aida lalu bangun dari tempat duduknya bila Sophia kedengaran terkejut bila dia memberi komen sebegitu.



"Nevermind!," jawab Sophia tersenyum gelihati bila Aida menyangka dia akan merindu lelaki itu sedangkan maksudnya lain. Sophia menuju kearah pintu pejabat Liam lalu mengetuk pintu lelaki itu perlahan.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now