Part 23

33 5 2
                                    



DAMIEN tersenyum sebaik sahaja terpandang wajah isterinya. Dia segera menarik lengan Bella perlahan agar wanita itu untuk duduk di sebelahnya. Dia ingin memberitahunya tentang perkhabaran penting. Siang tadi dia menerima panggilan telefon dari Dylan yang tidak pernah menghubunginya sejak dia menetap di Jakarta. Dia tahu mengapa Dylan tidak menghubunginya. Dia tidak pernah menyimpan dendam pada keluarga di Malaysia walaupun hubungan mereka tidak begitu baik kerana peristiwa lampau. Damien sudah melupakannya. Air yang di cincang tidak akan putus. Dia masih mengingati mereka walaupun sudah lama tidak bersua muka. Namun dia merasa agak terkejut menerima panggilan telefon dari Dylan dan bukan mamanya ataupun Daniel.



Dylan meminta bantuan darinya untuk membuat pemeriksaan tulang sum-sum. Daniel tidak sihat dan memerlukan pemindahan tulang sum-sum untuk merawat penyakitnya. Ianya tidak menjadi masalah buatnya. Dia hanya merasa sedih kerana tidak mengetahui keadaan Daniel selama ini dan mengapa baru sekarang mereka cuba menghubunginya. Bukankah mereka bersaudara. Lebih-lebih lagi Daniel.



"Kenapa bang! Bella tengok abang dari tadi asyik menung panjang je! Ingatkan tentang apa?," tegur Bella bila di lihat Damien asyik bermenung selepas dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak dia ketahui nombor panggilannya kerana dia yang menyambung panggilan telefon itu tadi sebelum menyerahkan handphone kepada suaminya.



Damien menoleh memandang wajah isterinya bila wanita itu bertanya mengapa dia bermenung. Walaupun Bella sudah menjadi isterinya 3 bulan yang lalu. Bella tidak begitu mengetahui latar belakangnya selama ini. Bella pernah bertanya padanya suatu ketika dahulu. Namun bila di lihatnya agak keberatan untuk menceritakan tentang keluarganya. Bella memberitahunya untuk mengambil masa kerana dia tidak akan mendesaknya. Dia percaya Damien punya alasan sendiri dan dia percaya Damien tidak menyembunyikan perkara yang membimbangkannya.



"Abang dapat panggilan telefon dari Dylan adik abang," ujar Damien perlahan.



"Dylan?? Abang ada adik bernama Dylan?," ujar Bella terkejut bila Damien mengatakan dia mempunyai seorang adik kerana selama ini dia menyangka Damien anak tunggal.



"Abang ada 2 adik, satu saudara kembar dan satu tidak, Dylan adik bongsu abang," ujar Damien lalu mencapai tangan Bella. Dia sudah bersedia untuk menceritakan kisahnya kepada Bella. Bella harus tahu kerana dia tidak tahu mengapa baru sekarang dia hendak memberitahu Bella sedangkan dahulu dia tidak pernah memikirkan tentang itu langsung. Dia tidak mahu membebankan Bella tentang masalahnya.



"Saudara kembar?? Maksud abang?? Abang punya saudara kembar?," tanya Bella dengan nada terperanjat.



Damien tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Ya, dia bersaudara kembar dengan Daniel. Mereka berdua kembar seiras. Mereka kehilangan ibu mereka ketika mereka berdua berusia 5 tahun. Ayah mereka terpaksa membesarkan mereka tanpa ibu. Ketika mereka berdua berusia 10 tahun ayahnya mengambil keputusan untuk bernikah lagi. Hasil pernikahan mereka. Damien dan Daniel mempunyai adik lagi bernama Dylan.



Kehidupan mereka mewah dan perniagaan ayah bertambah maju bila Dylan lahir di dunia. Dylan di tatang seperti minyak yang penuh oleh ayah kerana percaya Dylan memberi tuah pada dirinya maka perniagaannya semakin maju. Manakala Damien dan Daniel tidak dapat menerima kasih sayang dari ayah mereka seperti mana Dylan menerima. Mereka berdua sering di marahi ayah dan ayah terlalu mendisiplin mereka sedangkan pada Dylan, ayah tidak pernah memarahi mahupun menjentiknya. Dia selalu di pukul dan di marahi ayah kerana ayah terlalu mengharapkannya mengambil ahli perniagaannya sedangkan Damien tidak berminat menguruskan perniagaan kerana cita-cita Damien berbeza dengan apa yang ayahnya impikan.



Hubungan dia dengan Dylan tidak begitu baik kerana dia seringkali dimarahi ayah kerana Dylan. Pernah suatu ketika Dylan memecahkan barang peribadi ayahnya. Kerana khuatir di marahi Dylan menuduh Damien yang memecahkannya. Disebabkan salah faham ayahnya semakin membenci Damien. Apa yang di lakukan Damien tidak berkenan di matanya dan Damien selalu menjadi mangsa kemarahannya. Daniel selalu menjadi orang perantaraan diantara dia dengan ayahnya. Daniel cuba membela nasib Damien namun bila dia diminta untuk membuat pilihan di antara Damien dan Dylan. Daniel berpihak kepada Dylan kerana hubungan Dylan dan Daniel rapat. Dylan sayang kepada Daniel dan membenci Damien kerana dia menyangka Damien tidak menyukainya selama ini.



Semakin mereka meningkat dewasa. Hubungan dia dengan Dylan semakin renggang. Damien mengambil keputusan untuk belajar di luar negara dan membawa diri. Ayahnya tidak menahan dan melarangnya pergi kerana merasa tidak memerlukan Damien untuk mengambil alih perniagaannya kerana Daniel dapat menggantikan Damien. Daniel lebih berminat dan cenderung dalam bidang perniagaan maka ayahnya membimbing dan memupuk Daniel menjadi ahli perniagaan yang berjaya manakala Damien di singkirkan. Dylan pula bebas memilih kerjaya dan cita-citanya sendiri kerana tiada siapa yang melarangnya berbuat demikian. Hubungan Damien dan keluarganya semakin jauh kerana mereka tidak menghubunginya setelah dia mengambil keputusan untuk menetap di Jakarta dan menjadi seorang peguam.



Kali terakhir Damien bertemu dengan mereka bila dia mendapat perkhabaran sedih bahawa ayah mereka meninggal 10 tahun dahulu. Daniel menghubungi Damien dan Damien sempat menguruskan jenazah ayah mereka bersama. Ava ibu tirinya menangis tidak mahu Damien pergi meninggalkan mereka setelah semua urusan selesai. Ibunya terlalu rindukan Damien. Dia sayangkan Damien dan Daniel walaupun mereka berdua bukan anak kandungnya. Dan Damien tidak pernah menafikan kasih sayang yang diberikan ibu tirinya kerana wanita itu benar-benar pengganti ibu mereka. Setiap kali Damien di pukul dan di marahi ayahnya. Ibunya Ava seringkali memujuk dan menasihatinya supaya bersabar. Dan bila Damien mengambil keputusan untuk menetap di Jakarta. Ibu Avanya tidak mahu Damien meninggalkan mereka kerana dia tahu Damien merasa jauh hati pada mereka setelah peristiwa dia diusir oleh ayah mereka kerana salah faham di antara dia dengan Dylan.



Bella memeluk lengan suaminya perlahan. Dia merasa sebak dan sedih mendengar kisah nasib suaminya. Dia tidak tahu bahawa selama ini suaminya itu anak hartawan ternama dan terkenal di Malaysia. Bella tidak mahu Damien merasa dirinya tersisir dari keluarga. Dia percaya suaminya turut merindui keluarganya walaupun Damien tidak pernah menunjukkan kepadanya. Dia berjanji akan merapatkan hubungan mereka semula kerana dia mahu suaminya tidak merasa kesunyian.



"Bila mereka akan datang ke mari abang?," tanya Bella ghairah kerana dia tidak sabar ingin bertemu dengan keluarga suaminya.



Damien tersenyum bila isterinya ghairah mahu bertemu dengan keluarganya. Dia beruntung mendapat seorang isteri yang begitu penyayang dan memahami dirinya. Bella penyambung kasih buatnya kerana Bellalah keluarganya bila dia merasa kesunyian dan memerlukan. Bella sentiasa berada di sisinya di saat susah dan senang. Dia tidak akan mencintai wanita lain selain dari isterinya kerana wanita itu adalah harta dan segalanya buat dirinya.



"Minggu hadapan," ujar Damien tersenyum lagi.



"Wah!! Seronoknya Bella dapat bertemu dengan keluarga abang!!," ujar Bella dengan wajah teruja sambil memeluk lengan suaminya mesra. Dia akan menyambut mereka bagai menatang minyak yang penuh. Dia mahu membuatkan suaminya gembira dan bahagia bila bertemu dengan keluarganya. Dia mahu merapatkan hubungan mereka semula kerana itu niatnya. Dia tidak mahu Damien merasa terpinggir dan rindukan keluarganya.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now