Part 40

45 6 6
                                    



BELLA duduk memerhatikan anak kecil lelaki yang bermain sendirian dengan kereta controlnya di laman. Dia tersenyum melihat gelagat lucu anak itu. Mengejar kereta control itu ke sana ke mari. Bella merasa terhibur. Ia sudah menjadi rutin hariannya setelah bersarapan pagi dan makan ubat. Suaminya Damien akan menemani duduk di halaman rumah mengambil angin segar. Damien duduk membaca buku dan dia akan memerhatikan anak kecil lelaki itu bermain-main di laman sesekali di temani dengan seorang wanita yang berusia.



Bella menoleh kearah suaminya yang berada di sebelah. Lelaki itu tidak perasan dia memandang wajahnya kerana asyik membaca buku. Bella tersenyum wajah lelaki itu di pandang dengan penuh kasih sayang. Dia cinta dan sayangkan suaminya. Tiada sesiapa di dunia ini yang dia ada selain dari suaminya. Bella tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan hidup tanpa suaminya. Suaminya lah tempat dia bergantung nasib dan menerima kasih sayang. Sebab itu Bella menurut cakap suaminya untuk berehat dan sentiasa memakan ubat yang di beri agar dia menjadi sihat dan juga bayi didalam kandungannya menjadi sihat. Bella mahu mereka bertiga hidup bahagia bersama. Bella menyentuh perutnya perlahan. Merasa gembira dan tidak sabar hendak melahirkan zuriat suaminya.



"Bella sakit perut??," tegur Daniel bila dia lihat Bella menyentuh perutnya.



"Kenapa perut Bella tak besar-besar abang?? Baby kita ok ke tak?," tanya Bella dengan wajah risau. Dia merasakan sudah lama kenapa perutnya tidak membesar seperti orang mengandung. Dia juga tidak merasa sebarang pergerakan. Adakah baby di dalam kandungannya sihat dan normal? Dia mengikut nasihat doktor untuk mengambil ubat. Tapi mengapa dia merasa ada sesuatu yang tidak kena pada kandungannya?



Daniel terdiam bila Bella bertanyakan tentang bayi kandungannya. Dia tidak segera menjawab pertanyaan Bella bila wanita itu bertanya. Apa yang membuatkan dia merasa sedikit terkejut bila Bella menyedari bahawa perutnya tidak membesar. Ini bermakna Bella sudah dapat berfikir dengan waras.



"Apa yang Bella tahu tentang wanita mengandung??," tanya Daniel lalu menutup buku yang di bacanya awal tadi. Dia lebih berminat ingin berbicara dengan Bella kerana ini adalah kali pertama wanita itu bertanya tentang kandungannya. Selama ini, Bella tidak pernah bertanya tentang perkara sebegitu kerana Bella tidak pernah memikirkan tentang hal sebegini. Bella berada di dalam dunia ciptaannya sendiri. Dalam dunianya hanya ada Damien, Bella, Daniel, Dylan. Memorinya terakhir bersama mereka bertiga seperti terdapat di dalam portrait yang mereka ambil 3 tahun dahulu. Memori terindah buat Bella. Dia tidak ingat tentang kemalangan yang meragut nyawa arwah suaminya. Bella tidak punya memori kerana memori terakhirnya adalah memori mereka berempat bergambar bersama.



"Bella risau takut baby tak sihat?? Bella rasa macam dah lama sangat baby tak besar-besar!," jawabnya lalu memandang wajah Daniel.



"Dah berapa lama Bella rasa?," tanya Daniel lagi.



"Dalam setahun?? Abang besok kita jumpa doktor ya! Bella risau!," ujar Bella dengan nada risau merasa khuatir.



Daniel memandang wajah Bella bila wanita itu meminta dia membawanya ke hospital untuk memeriksa kandungannya. Dia merasa sayu dan dalam masa sama merasa sedikit gembira kerana Bella menunjukkan perubahan positif dan memorinya mula kembali semula.



Daniel tidak berkata apa malah menganggukkan kepalanya perlahan. Dia bersyukur dan berdoa semoga segala urusan mereka ketika bertemu dengan doktor dipermudahkan. Dia benar-benar mahu Bella sembuh seperti biasa.



****



DANIEL duduk di sebelah Bella lalu memandang wajah Dr. Imran. Sebelum dia membawa Bella bertemu dengan Dr. Imran. Daniel terlebih dahulu memberitahu doktor Imran tentang perkembangan terbaru Bella. Dia memberitahu Dr. Imran bahawa Bella bertanyakan kepadanya tentang kandungannya. Ini bermakna Bella sudah mula peka dan dapat berfikir. Hanya Daniel tidak pasti tahap pemikiran Bella kerana ini merupakan perkara pertama yang serius Bella pernah bertanya kepadanya. Selalunya Bella tidak pernah menunjukkan minat mahu tahu tentang dirinya. 



Bella menjalani beberapa sesi ujian. Dan hasil ujian tersebut menunjukkan terdapat aktiviti positif di dalam sel otaknya dimana dia dapat berfikir secara wajar. Dr. Imran mengatakan itu adalah perubahan positif dan besar kemungkinan wanita itu dapat menerima nasibnya dan menjalani hidup seperti biasa. Walaupun ianya adalah perkembangan yang sedikit namun harapan untuk Bella pulih amat tinggi. Dr. Imran meminta Daniel dan keluarganya banyak bersabar.



Daniel merasa gembira dan lega mendengar kenyataan Dr. Imran. Dia dan keluarga sentiasa mendoakan agar Bella dapat pulih semula. Dia mahu Bella menerima Hayden dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa. Dia tidak mahu lagi dibelenggu dengan rasa bersalah kerana tidak memberitahu Bella akan perkara yang sebenar bahawa dia bukan Damien suaminya tetapi Daniel adik kembar suaminya. Daniel dan keluarga sanggup mengetepikan banyak perkara kerana mereka mahu memulihkan Bella.



Mereka mahu wanita itu ceria dan gembira seperti waktu mereka kenal dahulu. Daniel kesian kan Hayden kerana sejak Bella pulang dari hospital Bella tidak pernah menguruskan Hayden kerana wanita itu tidak tahu bahawa Hayden itu adalah anaknya kerana keadaan Bella, kesihatannya benar-benar tidak stabil. Maka Hayden di besarkan oleh ibunya Ava. Kadang kala dia merasa belas dengan anak kecil itu kerana tidak pernah menerima belaian dan kasih sayang dari ibu kandungnya.



Daniel menoleh kearah Bella yang baru memasuki bilik Dr. Imran setelah menjalani beberapa sesi ujian. Dia membuahkan senyuman kepada wanita itu. Bella membalas senyuman Daniel. Dia duduk di kerusi sebelah Daniel lalu mencapai tangan lelaki itu. Dia memegang erat tangan lelaki itu.



"Puan Bella! Ujian kali ini menunjukkan perubahan yang positif! Saya hendak Puan Bella terus berusaha untuk pulih ya! Tenangkan fikiran dan jangan lupa makan ubat ya!," ujar Dr. Imran lalu tersenyum. Wajah pesakitnya di pandang dengan rasa senang hati. Setelah hampir 3 tahun lamanya dia berharap pesakitnya itu menunjukkan kesan positif ini merupakan kali pertama dia mendapat berita menyenangkan dari penjaganya.



Bella tidak menjawab malah tersenyum bila Dr. Imran berkata demikian. Dia turut merasa senang bila Dr. Imran berkata demikian.



"Dr. kenapa kandungan saya tiada perubahan Dr.?," tanya Bella ingin tahu kerana serasanya tiada pergerakan atau perubahan pada dirinya.



Dr. Imran memandang kearah Daniel. Mereka telah bincangkan tentang perkara ini ketika Bella tidak berada di dalam biliknya. Daniel memberitahu Dr. Imran, bahawa Bella merasa risau tentang kandungannya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberi jawapan kepada Bella. Haruskah dia berterus terang atau memberinya alasan.



"Puan Bella mengandung?," tanya Dr. Imran perlahan. Dia mahu melihat reaksi pesakitnya bila dia bertanya soalan demikian.



"Saya tidak mengandung ke??," tanya Bella dengan wajah keliru bila Dr. Imran bertanya kepadanya. Bella menoleh kearah suaminya sekilas. Daniel tidak berkata apa mengikut pesanan Dr. Imran. Dia mahu melihat reaksi Bella bila dia bertanya.



"Saya mengandung 3 bulan sebelum kami pergi berbulan madu dahulu!!," jawab Bella dengan wajah yakin. Dia masih ingat lagi dia dan suaminya ke hospital bila dia mendapat tanda positif mengandung untuk mendapatkan pengesahan Dr. gynae bahawa dia benar-benar mengandung.



"Bella tahu siapa Hayden??," tanya Dr. Imran.



Daniel membetulkan kedudukannya bila dia merasa sedikit tekanan ketika Dr. Imran bertanya siapa Hayden kepada Bella. Dia tidak tahu apa pertanyaan selanjut yang bakal Dr. Imran ajukan kepada Bella. Apa yang membimbangkannya dia tidak tahu samada Bella dapat menerima berita itu.



"Hayden anak kecil yang bersama dengan ibu Ava?," ujar Bella bila Dr. Imran bertanya kepadanya samada dia mengenali Hayden. Setahu dia yang bernama Hayden adalah baby yang di jaga ibu Ava.



Daniel segera menoleh kearah Bella kerana merasa terkejut bila wanita itu berkata demikian. Bella tahu siapa Hayden? Siapa Ibu Ava? Selama hampir 3 tahun Bella asyik bertanya kepadanya siapa anak lelaki kecil itu dan siapa wanita berumur yang bersama dengan anak kecil itu. Dan setiap kali itu Daniel akan memberitahunya itu baby Hayden dan wanita itu adalah Puan Ava. Bella tidak pernah ingat dan di sebabkan itu dia sering bertanya. Tapi hari ini Bella memberitahu Dr. Imran siapa anak kecil itu dan ibunya. Ini bermakna wanita itu sudah mula peka dengan keadaan sekelilingnya.







Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now