LIAM berdiri di hadapan Aida sebaik sahaja dia tiba ke mejanya. Aida memandang wajah bosnya bila lelaki itu berdiri di hadapannya tanpa berkata apa. Namun riak wajahnya seperti mahu dia meneka apa yang berada di fikirannya.
"What??," ujar Aida memandang wajahnya bertanya apa yang dia mahu kerana dia masih tidak mahu memberitahunya apa-apa.
Liam tidak menjawab malah mengunakan isyarat tangan menunjukkan kearah badannya. Aida menjeling. Tadi kata jangan fangirlingkan dia kerana dia bukan 'Oppa' Korea yang dia selalu gila-gilakan. Tapi sekarang suruh dia pandang kearah tubuh badannya yang fit seperti Oppa. Aida membesarkan matanya kerana terperanjat bila terpandang akan kesan lipstik terlekat pada baju kemeja Liam yang berwarna putih. Biar betul si Liam ni! Sempat pula dia buat kerja!
"Boss you biar betul!!!," ujar Aida dengan wajah tidak percaya. Apa yang si Liam ni buat masa pergi bertemu dengan staff-staff baru. Dia romance dengan siapa?? Sampai ada kesan lipstik di bajunya.
"Come to my room!," ujar Liam bila suara Aida kuat kerana excited dia tahu Aida pasti sudah memikirkan perkara yang bukan-bukan di fikirannya. Liam segera menuju ke pejabatnya lalu membuka pintu.
Aida segera bangkit dari kerusinya lalu menuju kearah bilik Liam. Dia ingin tahu apa yang telah berlaku. Apa yang dia mahu tahu dengan siapa Liam buat kerja begitu. Hissh dasar perangai bad boy betul!
Liam membuka jaketnya lalu membuka cuff link di lengan panjangnya. Dia sedar dia tidak membawa suit extra kerana belum punya masa untuk memilih dan meminta Aida membawa beg nya ke pejabat agar di simpan di wardrobe di pejabatnya barang-barang peribadinya.
"Kalau ye pun nak berasmara tunggulah habis waktu pejabat boss!," ujar Aida dengan nada menyindir.
"Kalau saya nak berasmara dana dengan kekasih hati saya. Saya tak balik office langsung Aida!!!," jawab Liam lalu tersenyum. Dia tahu Aida menyindirnya. Aida tidak begitu mengenali dirinya sebab itu wanita itu selalu menyangka perkara yang tidak elok mengenai dirinya. Dia tidak mahu memberitahu Aida kerana dia mahu wanita itu tahu sendiri akan perangainya yang sebenar.
Aida tidak berkata apa kerana dia tidak mahu tahu aktiviti luar pejabat bosnya. Dia sengaja tidak mahu bertanya bagaimana kesan lipstik itu boleh berada di kemejanya dan dia tidak mahu tahu.
"You ada suit extra boss?," tanya Aida bila jari Liam laju membuka butang baju kemejanya ingin menanggalkan kemejanya.
"Tak ada!," jawab Liam dengan wajah selamba.
"Habis you nak pakai apa?," ujar Aida dengan nada terperanjat kerana jika dia menanggalkan kemejanya dia tidak berbaju. Bila dia tidak berbaju. Dia akan mendedahkan tubuh badannya yang sexy. Aduh boleh pengsan Aida jika Liam buat begini padanya selalu. Dia tahu pada Liam hanya perkara biasa dan tidak apa-apa. Tapi pada dia boleh tergugat iman kerana bosnya itu memilik tubuh badan yang perfect.
"Jaket!," ujar Liam sambil lewa seolah-olah ia bukan perkara yang besar.
"Ah tak payah biar I cuba bersihkan tanpa you tanggalkan kemeja you, I think itu lebih selamat," ujar Aida menegah Liam menanggalkan shirtnya. Takpe susah macamana pun dia boleh menanggalkan kesan lipstik dari bajunya.
****
PINTU pejabat Liam di ketuk seseorang. Liam mengerutkan dahinya lalu memandang wajah Aida yang duduk di hadapannya ingin tahu siapa yang datang ke pejabatnya waktu begini sedangkan dia tiada appointment apa-apa.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...