LIAM meletak sekotak Macarons di atas meja Aida. Dia membeli sekotak macarons dari Sea Duchess kerana dia teringatkan PAnya itu suka makan macarons. Aida mengangkat muka lalu memandang wajah majikannya. Dia merasa teruja sebaik sahaja terpandang wajah majikannya.
"You pergi mana semalam satu hari you tak masuk office boss???" tanya Aida dengan nada ingin tahu. Seharian dia tidak dapat menghubungi Liam dan dia tidak tahu kemana majikannya pergi kerana di kalendarnya tidak terdapat apa-apa. Namun seharian lelaki itu tidak masuk ke pejabat.
"Kenapa?? Ada orang cari I ke?" tanya Liam bila Aida kelihatan cemas seperti anak kehilangan ibu lagaknya. Panik semacam!
"Ada!!" jawab Aida bila Liam bertanya samada semalam ada orang mencarinya.
"Siapa?" tanya Liam bila Aida mengatakan ada orang mencarinya.
"I!" jawab Aida dengan wajah serius.
Liam tersenyum bila Aida berkata demikian. Dia sengaja tidak memberitahu Aida bahawa dia tidak akan masuk ke pejabat semalam, dia tidak menyangka Aida akan mencarinya bila dia tidak masuk ke pejabat. Sangkanya Aida suka kerana tidak perlu melayan dia dan Aida punya masa luang untuk menonton drama Koreanya.
"Kenapa rindu bila I tak ada?" ujar Liam tersenyum lalu menuju kearah biliknya di ekori Aida dari belakang.
"Eh tentulah rindu, I tak boleh buat kerja jika sehari tak pandang wajah you boss!," jawab Aida lalu menutup pintu pejabat Liam sebaik sahaja dia berada di dalam bilik majikannya. Dia menghampiri meja majikannya lalu memandang wajah majikannya. Liam tidak sedar kerana dia sibuk menanda tangani dokumen yang berada di atas mejanya yang di susunnya semalam.
Liam sibuk membuka fail-fail yang berada di atas mejanya lalu menandatangani beberapa dokumen yang perlu di tandatangani. Dia dapat merasakan ada sepasang mata memerhatikannya sedari tadi lalu memandang ke hadapan. Dia merasa terkejut bila Aida berdiri tercegat di depan mejanya memandang tepat ke wajahnya dengan pandangan serious.
"You can't be serious!" jawab Liam tanpa mengangkat wajah bila Aida mengatakan dia akan merasa rindu jika sehari tidak memandang wajahnya melihat cara wanita itu berdiri di hadapannya tanpa berbuat apa-apa membuatkan Liam merasa pelik.
"Serious apa?" tanya Aida bila majikannya tiba-tiba berkata demikian.
"You rindu pada I?" ujar Liam lalu menutup ball point pennya. Dia memandang wajah Aida.
"I tak suka kalau you pergi mana-mana tak beritahu I!" ujar Aida. Dia tidak suka jika dia tidak tahu apa-apa mengenai majikannya kerana dia tidak mahu kelihatan clueless bila orang bertanya di mana majikannya. Dia seorang PA yang pelik namun dia mahu menjadi PA yang terbaik untuk majikannya.
"O.K. so bukan kerana you rindu sebab tak pandang wajah I hari-hari!" ujar Liam mengeluh lega. Dia tahu Aida seorang PA yang pelik dan lucu. Sungguhpun Aida bukanlah PA yang terbaik namun Liam masih boleh serasi bekerja dengannya kerana Aida harmless dan lucu. Namun bila wanita itu mengatakan dia rindu bila tidak memandang wajahnya sehari. Liam merasakan ianya tidak lucu dan dia merasa tidak selesa.
"Why you takut ke boss??" jawab Aida lalu tersenyum bila Liam bertanya lagi mahu kesahihan darinya. Dia memang PA pelik pada Liam namun dia setia pada majikannya.
"Nope just curious! FYI, I've met someone that I like!" jawab Liam lalu tersenyum lebar. Dia menutup fail yang sudah di tandatangani lalu memandang wajah Aida tepat.
"Met someone??? Siapa???? The VIP customer yang you kasi bouquet tempoh hari ke?" tanya Aida ingin tahu.
Liam memandang wajah Aida bila wanita itu kelihatan teruja bila dia mengaku bahawa hatinya sudah di miliki dan Aida mahu tahu siapa wanita yang berjaya menambat hatinya. Mana mungkin dia akan memberitahu Aida kerana dia tahu Aida tidak akan dapat menerimanya dengan hati terbuka kerana dia tahu akan hubungan Aida dengan Emma. Walaupun dia tahu mereka tidak bermusuhan dan hanya berlagak seperti anjing dengan kucing namun ianya terlalu awal untuk dia memberitahu Aida siapa kekasih hatinya.
"Siapa??" tanya Aida lagi bila Liam tidak memberitahunya.
Liam menggelengkan kepalanya perlahan tanda tidak akan memberitahunya.
Aida menjeling bila majikannya tidak mahu berkongsi rahsia dengannya. Namun tidak mengapa dia pakar penyiasat, lambat laun pasti dia dapat mengetahui siapa kekasih hati majikannya. Patutlah dia lihat lelaki itu berada dalam keadaan mood yang baik rupanya sudah punya buah hati.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...