LIAM menghantar pesanan kepada Aida mengatakan dia tidak akan balik ke pejabat dan meminta Aida mengosongkan jadualnya pada petang ini. Dia mengambil keputusan untuk menyediakan makan malam sendiri dari meminta restaurant yang menyediakan, kerana dia mahu menyediakan buat orang yang istimewa. Liam ke supermarket membeli bahan-bahan untuk dimasak. Liam mengambil keputusan untuk menyediakan mignon steak with garlic butter rosemary dan menyediakan celery soup. Liam sudah biasa memasak sendiri di New York semasa dia tinggal di sana. Hanya bila dia berada di sini dia sibuk dan tiada masa untuk memasak atau mungkin kerana ia mudah di peroleh di sini kerana di hotel terdapat dapur yang beroperasi 24jam.
Liam mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Dia mencampak tuala yang telah di gunakan ke dalam laundry basket lalu keluar menuju ke arah dapur. Dia membuka laci lalu mengenakan apron. Dia menarik kedua belah lengan t-shirt lengan panjang hingga ke paras siku agar ia tidak kotor.
Dia membuka pintu oven lalu menarik tray berisi mignon steak yang di bakar awal tadi sebelum dia ke kamar mandi. Liam mencapai tongs lalu meletak 2 keping mignon ke atas sekeping pinggan. Tray diletakkan di singki. Dia membasuh tangan dan mengeringkan tangannya. Dia mencapai pisau pemotong lalu mencapai carrot dan kobis bunga yang sudah dibasuh, Liam cekap memotong carrot, kobis bunga dan celery seperti seorang chef handal. Liam meletak kobis bunga dan carrot di atas tray oven lalu menuang sedikit minyak zaitun meratakan minyak dan juga lada hitam dan garam. Dia membuka oven lalu memasukkan tray ke dalam oven semula. Dia mengelap tangannya bersih lalu membuka sup celery yang di renihkan awal tadi. Celery yang di potong di masukkan ke dalam sup yang di renihkan. Liam menambah garam dan serbuk lada hitam lalu mematikan api.
Liam mencapai pan lalu memanaskan dengan api yang sederhana. Dia mencampak beberapa ketul butter yang di potong cube ke dalamnya. Butter dibiarkan cair, dia meratakan butter di sekitar pan. Dia memasukkan hirisan bawang putih dan rosemary. Liam meletak fillet mignon yang di bakar awal tadi ke atas pan. Dia menyiram daging mignon dengan sos butter di atas daging tersebut berkali-kali agar ia menyerap. Liam mengunakan hujung jari kelengkengnya merasa sos butter.
Liam tersentak bila loceng pintu biliknya dibunyikan. Dia melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Tidak terasa masa berlalu dengan pantas. Dia membasuh tangan lalu mematikan stove. Dia berjalan menuju ke arah ruang tamu lalu membuka pintu. Berdiri di hadapannya Emma.
Emma membuahkan senyuman lalu menolak jambangan bunga yang di beli kedada Liam dengan kasar. Dengan wajah selamba dan tanpa di jemput Emma masuk ke dalam bilik suitenya. Emma mencampak beg tangannya di atas sofa di ruang tamu sambil lewa terus menuju ke arah dapur Suite Liam lalu menyimpan desert yang dibawa bersama ke dalam fridge Liam.
Liam terkejut kerana dia tidak menyangka Emma akan memberinya layanan selamba begitu. Is she having a bad day? Liam menutup pintu suite, dia membawa jambangan bunga yang diterima lalu meletakkannya di atas piano yang terdapat di ruang tamu. Dia berjalan menuju ke arah dapur ingin tahu apa yang Emma buat di sana kerana wanita itu masih belum keluar dari dapur sedari tadi.
Setibanya dia di muka pintu dapur dia lihat Emma sedang meneguk air putih. Sebaik sahaja Emma terpandang wajah Liam, dia meletak gelas yang di gunakan di atas kaunter lalu menuju ke arah stove.
"Steak looks delish!!," ujar Emma tersenyum lalu dia mencapai garpu yang terdapat di situ ingin mencucuk daging mignon yang terdapat di dalam pan. Namun tangan Liam lebih pantas menghalang Emma untuk berbuat demikian. Dia mencapai garpu dari tangan Emma. Dia menanggalkan apron dari pinggangnya lalu di campak di atas kaunter. Tangan Emma masih tidak di lepaskan.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...