DANIEL menolak kerusi rodanya keluar dari wad menuju kearah wad di mana Bella berada. Selama 3 hari dia tidak di benarkan keluar dari wadnya kerana doktor mahu memantau keadaannya. Setelah doktor mengesahkan proses transplant ke atas dirinya tiada menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan Daniel meminta izin untuk melawat Bella di wadnya. Dia mendapat tahu Bella sudah sedar dari koma dan mahu melihat keadaannya.
Selepas 3 hari pengurusan dan pengebumian arwah Damien. Daniel di masukkan ke dalam wad kerana kesihatannya tidak berapa baik. Daniel tidak tahu samada dia menjadi tidak sihat kerana penyakitnya atau kerana terkejut dengan berita tentang kemalangan Damien dan Bella. Semasa dia di wad doktor memberitahunya dia harus segera membuat transplant ke atas dirinya kerana khuatir kesihatan Daniel semakin menurun akibat immune system badannya tidak dapat menangani penyakitnya. Daniel hanya dapat mendengar penjelasan dari doktor dalam samar-samar kerana dia benar-benar lemah dan tidak berdaya. Dylan yang menguruskan semuanya.
Setelah dia sedar. Dia mendapat tahu dari Dylan pemindahan bone marrow ke atas dirinya berjalan dengan baik. Daniel tidak mengerti bagaimana pemindahan itu boleh di jalankan sedangkan mereka tidak dapat menyelamatkan Damien dan ia adalah perkara mustahil untuk pihak hospital mendapatkan bone marrow Damien.
Dylan tidak menerangkan apa-apa hanya merasa gembira melihat Daniel sedar semula. Wajah Dylan kelihatan penat dan letih begitu juga ibunya Ava. Mereka cuba tersenyum walaupun mereka tidak mampu untuk berbuat demikian kerana mereka kehilangan orang yang disayangi dan masih berduka. Dylan memberitahu Daniel, Bella sudah sedar dari koma. Daniel ingin tahu tentang keadaan Bella. Ibu Ava mula mengalir air mata ketika menceritakan kepadanya tentang Bella. Mereka berdua tidak sanggup melihat Bella. Hati mereka sayup melihat Bella. Bella tidak dapat menerima berita bahawa suaminya tiada dan seringkali meraung dan menangis menyebut-sebut nama Damien.
Mendengar keadaan Bella begitu membuatkan Daniel mahu segera ke wad bertemu dengannya. Dia merasa kasihan pada Bella kerana menurut doktor Bella hamil 3 bulan dan kandungannya tidak dapat di selamatkan. Doctor memberitahu mereka agar menjaga hati Bella dan jangan membuatkan jiwa dan emosinya merasa tertekan kerana kehilangan kedua-dua orang yang di sayangi, suami dan anak di dalam kandungannya.
Daniel menolak kerusi rodanya perlahan ke dalam wad Bella. Dia lihat Bella sedang duduk di katilnya namun dia kelihatan bermenung tanpa ekpresi di wajahnya. Nurse bertugas membuat pemeriksaan rutin ke atas Bella. Apa yang di lakukan terhadap dirinya langsung tidak di hiraukan. Daniel merapatkan kerusi rodanya ke katil Bella.
"Bella..," tegur Daniel perlahan.
Wanita itu tidak menoleh dan masih kelihatan bermenung. Wajahnya kelihatan kusut dan terganggu.
"Bella..," tegur Daniel lagi.
Kali ini Bella menoleh perlahan kearah kirinya. Wajah lelaki yang menegurnya di pandang sayup. Spontan sahaja air matanya mengalir sebaik sahaja memandang wajah lelaki itu. Wajah yang di rindu dan di kasihi.
"Abang!! Abang pergi mana? Kenapa abang tinggalkan Bella sini sendirian?," ujarnya dengan linangan air mata yang bertali arus lalu menarik lengan Daniel. Tangan Daniel di peluk lalu di cium tanda rindu padanya.
Hati Daniel tersentuh dan menjadi sebak bila air mata wanita itu mengalir tiada henti dan menarik-narik tangannya tanda gembira kerana dapat bertemu dengannya. Dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Namun matanya merah cuba menahan tangis.
Keadaan Bella sebegitu membuatkan hati Daniel benar-benar pilu. Dia tidak menyangka wanita yang periang yang dikenali dulu tidak sama seperti Bella yang berada di hadapannya. Badan wanita itu kelihatan susut dan wajahnya kelihatan kusam dan tidak bermaya. Daniel tidak sanggup melihat penderitaan yang Bella tanggung.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...