EMMA menoleh kearah pintu sebaik sahaja pintu staff lounge di buka seseorang. Daniel tersenyum bila menyedari Emma berada di staff lounge sendirian. Daniel menuju kearah mesin coffee maker lalu menekan caffe latte sebaik sahaja dia meletak mug di mesin tersebut.
"Aida tak belikan kan you coffee Mr. Daniel?," tegur Emma tanpa menoleh kearah Daniel lalu meneguk lattenya perlahan. Ikutkan dia tidak perlu hadir kerja hari ini kerana dia di beri cuti 3 hari sebelum berangkat ke Jepun. Namun Emma masih ada kerja yang hendak di bereskan sebelum dia pergi bercuti maka dia datang hari ini.
Daniel tersenyum mendengar komen Emma.
"She did! I'll guess she misses her previous boss and bought me his favourite coffee instead!," jawab Daniel lalu mencapai mugnya yang berisi caffe latte. Dia tersenyum sendiri bila Aida memberinya cinamon latte pagi tadi kerana Daniel tidak suka cinamon latte.
"Missed her previous boss??," ujar Emma lalu mengalihkan pandangannya ke wajah Daniel yang duduk di hadapannya ingin tahu akan maksud Daniel.
"She thought that Liam is still around," jawab Daniel tersenyum lalu meneguk lattenya perlahan.
"He is not??," tanya Emma perlahan tidak mahu menunjukkan ketara bahawa dia terkejut dengan berita yang di terima dari Daniel. Kenapa dia tidak tahu??
"Yah..he left yesterday night!," jawab Daniel lalu mengelengkan kepalanya perlahan tidak percaya Liam akan meninggalkannya begitu sahaja tanpa sempat dia bertemu dengannya. Dia tidak menyangka Liam hanya memberitahunya ketika dia berada di airport, sebaik sahaja sebelum dia menaiki pesawat.
Emma tidak berkata apa, dia tidak tahu mengapa dia merasa hampa mendengar berita dari Daniel bahawa Liam sudah berangkat ke US. Tempoh hari dia tidak mahu memandang wajah Liam kerana merasa jengkel dan geram padanya. Namun dia merasa rindu dan merasa terkilan bila lelaki itu berangkat ke US tanpa sempat dia mengucapkan Selamat tinggal kepada lelaki itu.
"Well enjoyed your coffee Mr Daniel!," ujar Emma mahu bangkit dari kerusinya kerana dia merasa tidak selesa berada di staff lounge berdua dengan Daniel sahaja. Dia tidak mahu menjadi bahan gossip dengan rakan sekerja lain. Dia pernah di gosipkan dengan Liam dahulu. Dia tidak mahu mereka mengosipkan dia punya hubungan dengan Daniel pula.
"Benarkah Emma tidak lagi sukakan abang?," ujar Daniel lalu meneguk lattenya perlahan lalu memandang wajah Emma bila dia merasakan wanita itu seakan mahu mengelak dan tidak selesa duduk lama denganya.
Emma menoleh kearah pintu sekilas sebaik sahaja Daniel berkata demikian.
"I've thought that we have talked about this before..No?," jawab Emma lalu memandang wajah Daniel merasa tidak selesa bila Daniel tiba-tiba mengajukan soalan begitu padanya. Mereka berada di tempat kerja. Dia tidak mahu ada sesiapa yang tahu akan hubungan silamnya dengan Daniel. Dia tidak mahu pekerja lain akan salah faham.
"Then kenapa Emma tidak selesa dengan abang?," jawab Daniel memandang tepat ke wajah Emma. Emma tidak selesa setiap kali berurusan dengannya. Jika boleh elak, Emma tidak mahu langsung bertembung atau berurusan dengan Daniel. Adakah Emma masih suka padanya? Atau mungkin Emma benci padanya maka Emma tidak mahu berurusan langsung dengannya?
"Is it obvious??," ujar Emma perlahan lalu duduk ke kerusinya semula.
"Which part?? Obvious that you hated me or obvious that you still can't get over me??," ujar Daniel dengan suara mendatar. Nada suaranya tidak menunjukkan dia merasa bangga kerana kedua-dua pertanyaannya itu tidak menyenangkan hatinya kerana dia tidak mahu Emma membencinya dan juga tidak dapat melupakan kisah silam mereka.
"You still believe that I can't get over you??," ujar Emma lalu membuahkan senyuman sinis kerana dia tidak percaya Daniel masih menyangka bahawa dia tidak dapat melupakannya.
"Kenapa tidak Emma sendiri berikan pencerahan pada abang," ujar Daniel perlahan. Dia tidak mahu memberi jawapan yang akan membuatkan Emma marah padanya. Dia benar-benar merasa bersalah dengan tindakannya dahulu.
"Ok..tapi sebelum itu, boleh Emma tahu kenapa abang masih fikir Emma masih tidak dapat melupakan abang?," tanya Emma kerana dia benar-benar ingin tahu mengapa Daniel masih menyangka bahawa dia suka padanya lagi.
"Emma bersendiri-,"
"Is it a crime that I don't have a guyfriend?," ujar Emma bila Daniel mengatakan dia tidak punya teman lelaki.
Daniel terkejut bila Emma tiba-tiba mengakui bahawa dia tidak mempunyai teman lelaki, kerana menurut Liam. Emma sudah mempunyai teman lelaki? Adakah Emma salah ertikan akan maksudnya tadi. Awal tadi, dia mahu mengatakan bahawa Emma selalu mengelak setiap kali dia mahu berbual dengan Emma dan Emma selalu kelihatan bersendirian.
"Ok, that means you just hate me!," jawab Daniel merasa terkejut bila Emma tiba-tiba meninggikan suaranya dan menunjukkan wajah tidak senang bila dia memberi komen sedemikian. Melihat reaksi Emma, Daniel yakin Emma hanya membencinya.
"I don't hate you Daniel!," jawab Emma perlahan lalu memandang wajah Daniel bila lelaki itu membuat andaian sendiri bahawa dia membencinya. Dia akui dahulu dia membenci Daniel kerana mempermainkan hati dan perasaannya namun kini dia sudah dapat menerima penjelasan Daniel dan telah memaafkan lelaki itu.
"Fair enough! I'll understand," jawab Daniel perlahan. Dia mengerti akan maksud Emma. Mereka tidak akan dapat mengembalikan hubungan mereka seperti dahulu kerana dia telah melukakan hati Emma. Dan dia tidak mahu Emma akan kembali membencinya jika dia masih mengharapkan hubungan mereka rapat dan mesra seperti dahulu. Jika Emma lebih selesa begini, dia akan berbuat demikian kerana dia tidak mahu membuatkan Emma merasa tidak selesa.
"Ada lagi yang you hendak tahu??," ujar Emma lalu memandang wajah Daniel. Dia berharap benar Daniel akan bertanya padanya akan hubungan dia dengan Liam.
"Nope..you have already answered to my questions!," jawab Daniel lalu membuahkan senyuman kepada Emma. Emma telah menjawab kedua-dua soalan yang di tanya awal tadi. Tiada lagi soalan yang dia mahu bertanya kepada Emma.
Emma cuba tersenyum bila Daniel berkata demikian. Ini membuktikan Daniel tidak tahu menahu langsung akan hubungan dia dengan Liam dan Liam tidak pernah menceritakan Daniel akan hubungan mereka berdua seperti yang telah dia jangkakan.
![](https://img.wattpad.com/cover/266759609-288-k434223.jpg)
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...