PUAN Ava memandang wajah Dylan dengan pandangan gembira bercampur sayu. Dia merasa bertuah anaknya menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Dia sedar dia terlalu memanjakan Dylan semasa kecil dahulu kerana dia hanya di kurniakan seorang cahaya mata dari hasil perkahwinannya dengan Dato Dawson Benjamin Kim. Dia mendirikan rumahtangga pada usia muda.
Semua orang menyangka dia berkahwin dengan Dato Dawson kerana mahukan kekayaannya sahaja kerana dia berkahwin dan melahirkan Dylan ketika usianya baru sahaja menjangkau 19 tahun. Ava tidak pernah kisah dengan apa orang kata mengenai dirinya. Dia berkahwin dengan Dato Dawson kerana dia benar-benar cinta pada lelaki itu walaupun jarak usia diantara mereka 21 tahun. Ava jatuh cinta padanya setelah mengenali hati budi abang Dawson.
Abang Dawson kehilangan isteri ketika kembarnya berusia 5 tahun. Selama 2 tahun dia hidup bersendirian menjaga kembarnya dan dalam masa yang sama menjayakan perniagaannya. Ava merasa kasihan melihat abang Dawson bertungkus lumus bekerja dan menjaga anak kembarnya tanpa bantuan sesiapa. Bila dia mendapat tahu dari ibu saudaranya bahawa abang Dawson mencari isteri yang dapat hidup bersama dan menjaga kembarnya. Ava memberitahu ibu saudaranya dia mahu menjadi isteri abang Dawson jika lelaki itu memilihnya. Dia tidak menyangka Dawson memilihnya menjadi isteri. Hidupnya bahagia di samping Dato Dawson. Sungguhpun lelaki itu tegas namun dia seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Hanya suaminya itu tegas orangnya maka hubungan dia dengan anak kembarnya terutama sekali Damien tidak begitu baik. Ava tahu suaminya sayangkan anak-anaknya namun dia tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan kasih sayangnya kepada mereka.
"Mums!!! Are you ok?? Why are you staring at me??," tegur Dylan bila mummynya merenung wajahnya sedari tadi. Apa yang tidak kena pada wajahnya sehingga mummynya merenung wajahnya begitu.
"You look a lot like your daddy when he's young..," jawab Puan Ava lalu tersenyum. Dia rindukan mantan suaminya itu. Setelah abang Dawson tiada. Dia tidak pernah mahu mencari pengganti mantan suaminya kerana dia cinta dan sayangkan suaminya maka tiada lelaki lain yang dapat mengantikan tempatnya.
"I look like daddy!! Really?? Are you sure??? I think I'm more good looking than him!," jawab Dylan menoleh ke arah fridge lalu membelek-belek wajahnya dari refleksi di hadapan fridge sambil tersenyum. Daddynya memang handsome tapi dia lagi handsome. Dylan menyisir rambutnya dengan jari. Tiba-tiba merasa vain bila ibunya memujinya.
Puan Ava tersenyum bila Dylan mengatakan dia lebih kacak dari mantan suaminya. Ava terpaksa akui kebenarannya kerana anaknya itu seorang lelaki yang bukan sahaja kacak. Dia juga pandai bergaya sedangkan mantan suaminya itu tidak suka menonjolkan ketampanannya kerana dia tidak berminat kearah itu. Dia lebih berminat dengan business dan keluarganya sahaja. Namun pada Ava suaminya lelaki yang terkacak di matanya.
"Yelah. Yelah! Jadi bila nak dapatkan mummy shopping partner?? Kalau dah terlalu handsome sangat tak kan tak ada seorang pun boleh jadi shopping partner mummy!," ujar Puan Ava lalu tersenyum. Dia mencapai garpu di hadapannya lalu mencucuk buah strawberry mix fruit salad yang di sediakan Dylan.
Dylan menarik bangku dari bawah island lalu mencapai garpu di hadapannya. Dia menyuapkan apple ke dalam mulutnya perlahan lalu tersenyum mendengar komen mummynya. Fikirnya dapat merehatkan mindanya dari memikirkan hubungan dia dengan Emma. Namun mummynya bertanya pula tentang perkembangan hubungan mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/266759609-288-k434223.jpg)
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomantizmDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...