EMMA membalas senyuman kepada rakan-rakan sekerjanya lalu mengatur langkah menuju ke arah pintu sisi untuk keluar dari bangunan Hotel. Dia berjalan perlahan menuju kearah rumah sewanya yang tidak begitu jauh dari Hotel tempat dia bertugas. Emma di kejutkan dengan bunyi hon kereta lalu menoleh kearah kanannya. Sebuah kereta hitam Audi yang tidak dikenali pemiliknya berhenti di bahu jalan di sebelah Emma.
Seketika kemudian tingkap di tempat penumpang belakang di turunkan.
"Emma!" tegur penumpang tersebut lalu menjengukkan kepalanya sedikit.
"Daniel? Is that you?? What are you doing here?" jawab Emma dengan wajah terkejut bila menyedari penumpang itu adalah Daniel. Daniel berada di Tokyo? Emma segera mendekati kereta tersebut setelah pasti bahawa lelaki yang menegurnya itu adalah Daniel. Daniel membuahkan senyuman kepada Emma. Hampir 3 tahun dia tidak bertemu dengan Daniel sejak dia bertugas disini. Kehadiran Daniel di Tokyo membuatkan dia merasa teruja kerana bertemu dengan orang yang di kenali.
"Duty calls! Why don't you join me for dinner? You baru balik kerja kan?" jawab Daniel lalu tersenyum bila Emma bertanya mengapa dia berada di Tokyo. Dia berada di Tokyo kerana menghadiri conference enterprenuer yang diadakan di Tokyo. Terlanjur dia berada di Tokyo. Dia menginap sekali di Tessere, Tokyo. Daniel tahu Emma bekerja di salah sebuah restaurant di Tessere namun dia tidak mahu menganggu wanita itu waktu bekerja. Dia ingin keluar makan di luar dan meminta pemandunya menyarankan restaurant yang menarik di Tokyo. Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal dia bernasib baik bertemu dengan Emma yang kebetulan baru habis bekerja.
"Ya sure" jawab Emma mula mengukir senyum bila Daniel mengajaknya makan malam bersama. Selama ini dia selalu makan malam sendirian di rumah. Jadi hari ini, dia mahu makan di luar sementelah lagi dapat bertemu dengan teman lama.
Daniel membuka pintu buat Emma. Emma masuk ke dalam perut kereta lalu menoleh kearah Daniel yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu kelihatan sama seperti di lihat kali terakhir dia bertemunya 3 tahun dahulu. Tiada perubahan. Benarlah apa yang di katakan Daniel dahulu bahawa dia mempunyai genes awet muda maka dia tidak kelihatan seperti usianya.
"How are you Emma?" ujar Daniel dengan wajah teruja kerana dapat bertemu dengan Emma setelah hampir 3 tahun tidak bertemu.
"How can you still look the same after 3 years Daniel? You buat plastic surgery eh?" ujar Emma lalu tersenyum mengusik Daniel. Dia tidak menjawab pertanyaan Daniel malah bertanya soalan demikian kepadanya kerana dia merasa musykil wajah Daniel tidak di mamah usia. He is 47 but looks like 38 years old.
Daniel memandang wajah Emma dengan wajah terkejut kerana tidak percaya bila wanita itu bertanya soalan demikian kepadanya. Plastic surgery?? What??
"Duduk di Tokyo selama 3 tahun buatkan you terdedah dengan plastic surgery craze??" tanya Daniel dengan wajah tidak percaya bila Emma mengatakan dia menjalani pembedahan plastic.
"I'm just teasing you Daniel..it's good to see familiar face, I miss family and home" jawab Emma lalu membuahkan senyuman kepada Daniel. Dia senang dan merasa gembira dapat bertemu dengan Daniel sedikit sebanyak terubat rindunya pada keluarga. Hubungan dia dan Daniel menjadi rapat sejak mereka bertemu kembali setelah berpisah 3 tahun sebelum itu.
Daniel sering bertanya khabar melalui email kepadanya. Dan Emma akan membalas melalui email juga. Mereka tidak pernah berhubungan melalui watsapp atau telefon. Daniel terlalu mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya seolah-olah dia adik Daniel. Dan Daniel bertindak seperti seorang abang yang protective. Emma tidak sedar Daniel selalu bersikap seperti pelindung sejak mereka berkenalan dulu. Hanya Emma tidak mengerti akan layanan yang Daniel berikan kerana menyangka Daniel mempunyai perasaan padanya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...