DANIEL menoleh kearah pintu bila pintu biliknya di buka tiba-tiba. Emma berada di muka pintu manakala pembantu peribadinya Sandy kelihatan panik bila tetamu yang tidak membuat temu janji untuk bertemu dengan bosnya itu tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik CEO mereka. Sophia yang berada di dalam bilik Daniel ketika itu turut menoleh merasa terkejut bila pintu bilik Daniel tiba-tiba di buka seseorang tanpa di ketuk terlebih dahulu. Dia merasa hairan sebaik sahaja menyedari tetamu itu adalah wanita muda yang bersama dengan Daniel dahulu. Sophia menoleh memandang wajah Daniel yang kelihatan terkejut dengan tetamu dengan tidak di sangka. Drama apa pula yang bakal dia saksikan hari ini. Drama Astro atau Korea. Senyum Sophia.
"Sorry Mr. Daniel!," ujar Sandy dengan wajah bersalah kerana dia tidak berjaya menghalang wanita itu masuk ke dalam biliknya.
"It's ok Sandy! Thank you!," ujar Daniel kepada Sandy. Sandy meninggalkan bilik majikannya lalu menutup pintu. Daniel merasa serba salah dan tidak kena kerana Emma berada di biliknya dan kebetulan Sophia ada sama.
"Well. I guess I better get going! Kita bincang lagi later!," ujar Sophia lalu bangkit dari kerusi. Dia tahu dia tidak diperlukan buat masa ini.
"Cik Sophia tak perlu pergi kerana saya hendak bertemu dengan Cik Sophia juga!," ujar Emma lalu memandang wajah Sophia.
Daniel tidak senang duduk bila Emma tidak membenarkan Sophia keluar dari biliknya.
"Bertemu dengan saya kenapa??," ujar Sophia hairan bila wanita muda yang tidak di kenali itu mahu bertemu dengan dia. Apa masalah yang telah Daniel lakukan sehingga wanita itu mencarinya hingga ke pejabat! Bukankah Daniel tidak mahu identitinya di ketahui oleh wanita itu. Bagaimana wanita itu tahu siapa Daniel?
"Sebab saya hendak tahu akan hubungan Cik Sophia dengan abang Daniel!," ujar Emma lalu memandang tepat ke wajah Sophia.
Sophia menoleh memandang wajah Daniel dengan penuh tanda tanya. Dia tidak faham semua ini. Apa kena mengena dia dengan masalah mereka berdua?
"What did you do to her?," ujar Sophia perlahan namun ia cukup kuat untuk pendengaran Daniel.
"Whatever it is! Please save me!," ujar Daniel dengan nada merayu. Dia mahukan pengertian Sophia. Sophia sahaja penyelamatnya.
"Apa maksud awak?," ujar Sophia lalu duduk semula di kerusi dan memandang kearah wanita muda yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Cik Sophia tunangan abang Daniel??," ujar Emma dengan suara terdesak. Dia tidak tahu mengapa dia perlu tahu dari mulut Sophia sendiri. Dia tidak dapat menerimanya. Dia maafkan Daniel kerana tidak berterus terang tentang identitinya namun dia tidak dapat menerima status Daniel. Dia benar-benar ingin tahu sebab itu dia mengambil langkah drastik begini dan mencerobohi bilik pejabat Daniel.
Sophia terdiam seketika bila wanita muda itu bertanya tentang hubungan dia dengan Daniel. Dia tidak mengerti mengapa Daniel bersusah payah menyembunyikan dan mendedahkan identitinya dan dalam masa yang sama berbohong pada wanita itu tentang hubungan mereka berdua. Apa yang berada di fikiran Daniel?? Dia percaya wanita itu wanita istimewa di hati Daniel maka dia membuat perkara sedemikian. Namun dia tidak mengerti mengapa Daniel berbohong? Dia tahu Daniel sukakan wanita itu kerana jika Daniel tidak suka dia tidak akan bersusah payah begini. Daniel lelaki yang tidak suka merumitkan keadaan. Baik dalam business mahupun dalam perhubungan. Daniel seorang lelaki yang precise. Tapi mengapa tingkah laku Daniel berbeza kali ini? Apa yang Daniel peroleh dengan berbuat demikian?
"Kenapa harus saya beritahu awak akan hubungan saya dengan Daniel! Apa hubungan awak dengan Daniel!," ujar Sophia memandang tepat kearah wanita muda itu. Sophia perasan Daniel tidak berkata apa sedari tadi. Ini bermakna wanita itu orang penting di hati Daniel. Jika tidak penting Daniel tidak akan berdiam diri dan membiarkan sahaja dia bertanya wanita itu.
"Saya cintakan abang Daniel!," ujar Emma perlahan.
"Cinta!!??," ujar Sophia dengan wajah terperanjat lalu menoleh kearah Daniel yang duduk di belakang meja pejabatnya. Dia benar-benar terkejut dengan pengakuan wanita muda itu. "Really Daniel! What have you done?," bisik Sophia. Daniel tidak berkata apa wajahnya kelihatan terganggu dengan pengakuan Emma. Apa yang telah dia lakukan sehingga Emma terdesak begini. Dia sebenarnya merasa benar-benar kecewa dengan tindakan dan perlakuannya sendiri.
Sophia dapat melihat reaksi di wajah Daniel. Lelaki itu kelihatan serba salah dan cahaya dimatanya kelihatan sayu seolah-olah dia tidak dapat melakukan apa-apa dan tidak tahu mencari jalan keluar. Dimana ia adalah perkara mustahil kerana Daniel seorang lelaki yang bijak menangani masalah. Masakan masalah kecil sebegini dia merasa tersepit?
"Baru berkenalan tidak sampai seminggu boleh jatuh cinta? Mudah sungguh awak berikan hati awak pada lelaki yang baru awak kenali!," ujar Sophia lalu menyilang kakinya. Dia ingin tahu jawapan wanita muda itu.
"Sophia please-,"
"I need to know Daniel!," celah Sophia bila Daniel memintanya berhenti merumitkan keadaan.
"Jatuh cinta ada tempoh masa ke?? Kita boleh mengawal hati dan perasaan ke? Dan kenapa saya berkelakuan begini terdesak jika ianya bukan cinta! Cinta boleh membuatkan seseorang itu hilang akal bukan!," ujar Emma dengan perasaan sebak. Dia seperti wanita yang hilang akal bila abang Daniel tidak dapat menerima cintanya. Dia tidak tahu mengapa dia jadi begitu.
Sophia cuba menahan rasa sebak di dada bila wanita muda itu berkata demikian. Dia merasa kagum di atas keberanian wanita itu meluahkan perasaannya kepada orang yang di cintai dimana Sophia sendiri tidak berani dan hanya memendam perasaannya yang sebenar terhadap Daniel sehingga ke hari ini. Dia tidak seperti Emma yang jatuh cinta pada Daniel dalam masa singkat. Dia mengambil masa sehingga 3 tahun lamanya untuk mengakui bahawa dia cintakan lelaki itu. Namun ianya sudah terlambat kerana Daniel tidak dapat menerima cinta kerana keadaannya.
"Emma-," ujar Daniel perlahan kerana dia tidak sanggup lagi melihat air mata Emma tumpah kerananya. Dia mahu hentikan semuanya sebelum perkara ini berpanjangan dan berlarutan. Dia mahu Emma benci dan patah hati padanya sekarang dari menderita di kemudian hari.
"Saya dan Daniel tidak ada apa-apa hubungan lagi, kami sudah putus tunang. Saya tidak cintakan Daniel dan he's too boring for me!," celah Sophia perlahan cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Dia tidak mengizinkan Daniel berbohong lagi.
"Sophia!," ujar Daniel terkejut bila Sophia berkata demikian. Dia tidak sangka Sophia tidak membantunya. Emma merasa sebak lalu terduduk di sofa bila Sophia mengakui sudah putus tunang dan tidak ada apa-apa hubungan dengan Daniel.
"For once Daniel, please be fair to yourself," ujar Sophia bila Daniel merasa kecewa dengan tindakannya. Dia lakukan demi Daniel. Dia mahu Daniel hidup bahagia. Dia mahu lelaki itu merasa pengalaman bercinta walaupun hanya seketika.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomansaDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...