Part 60

50 7 4
                                    



LIAM segera menghubungi Aida sebaik sahaja dia keluar dari ballroom dan berdiri tidak jauh dari pintu gerbang ballroom itu. Dia mengucapkan terima kasih dan membuahkan senyuman lalu menyambut huluran tangan dari beberapa tetamu yang hampir kepadanya mengucapkan tahniah. Tangan kirinya menekap handphone di telinga dan dalam masa yang sama dia cuba memastikan bahawa jambangan bunga dan trophy yang diterima tidak terjatuh.



"Aida barang saya dah sampai???," ujar Liam sebaik sahaja Aida menyambut panggilannya. Matanya melirik ke jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan ke pukul 7.15 malam. Majlis hari lahir Hayden malam ini dan dia mahu bergegas ke sana dan ingin memastikan hadiah Hayden tiba seperti yang di rancangkan.



Liam terkejut terperanjat bila tiba-tiba seseorang merampas handphone dari tangannya. Dia menoleh terkejut dengan apa yang dia lihat.



"Aida jangan ganggu boss kamu! Dia lagi libur!," ujar Daniel lalu tersenyum bila Liam kelihatan terkejut dengan kehadirannya.



Liam tidak menyangka sama sekali bahawa Daniel akan menghadiri event ini. Mungkin Sophia ada memberi Daniel maklumat dan acara hari ini dan mendapatkan undangan untuk Daniel hadiri. Sophia juga tidak memberitahunya apa-apa sehingga dia tiada clue bahawa Daniel akan hadir sama meraikannya.



"Is that you Mr. Daniel?? Hi..How are you sir!," ujar Aida dengan suara teruja senang mendengar suara mantan big bossnya. Suatu ketika dahulu dia ada crush dengan Mr. Daniel. Sungguhpun boss sekarangnya Mr. Liam lebih muda, kacak dan juga taste Aida dari Mr. Daniel. Namun pada Aida, Mr. Daniel punya aura lelaki kacak matang yang mampu membuatkan wanita sepertinya cair. Kedua-dua lelaki itu memiliki peribadi dan pesona yang istimewa.



Liam hanya mampu tersenyum melihat wajah ceria Daniel berbual mesra di telefon bersama setiausahanya. Aida rapat dengan Daniel?? Setahu dia, Aida hanya pernah bekerja dengan Daniel seketika sahaja dahulu. Dia tidak menyangka hubungan mereka mesra sebegitu kerana setahunya lagi Daniel seorang lelaki yang uptight dan tidak pernah mesra dengan sesiapa. Dengan Sophia mungkin, kerana Sophia rakan seniaga dan bekas tunangnya dahulu. Mungkin Daniel berubah sejak dia tinggal di Jakarta.



Liam memerhatikan raut wajah Daniel tanpa lelaki itu sedari kerana leka berbual dengan Aida. Wajah Daniel kelihatan radiant dan bertenaga. Angin di Jakarta benar-benar mengembalikan keceriaan pada Daniel. Melihat Daniel begitu, Liam merasa gembira abangnya sudah kembali sihat dan bertenaga semula.



"O.K. Aida it's been a pleasure talking to you, I've better pass the phone back to your boss ! He's shooting laser eye at me now!," ujar Daniel lalu tertawa.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now