SEBAIK sahaja Bella terlena dan tertidur. Dia bangkit dari katil perlahan lalu menarik selimut menyelimuti badan Bella agar dia tidak tidur dalam kesejukan. Dia berjalan perlahan tanpa membuat sebarang bunyi agar ia tidak menganggu Bella dari tidurnya. Dia menyalakan lampu kecil di sisi lalu menuju kearah pintu. Tombol pintu di pulas perlahan. Dia melangkah keluar lalu menutup pintu perlahan semula.
Dia berjalan menuju kearah dapur kerana tekaknya terasa dahaga. Lampu dapur di dihidupkan. Dia menuju ke singki lalu mencapai gelas dan menuangkan air ke dalamnya. Dia membawa gelas berisi air menuju kearah island kaunter. Menarik bangku di bawahnya lalu duduk. Air suam di teguk perlahan.
"Bella baru tidur??,"
Dia menoleh sebaik sahaja seseorang menegurnya. Dia membuahkan senyuman lalu menganggukkan kepalanya perlahan.
"Kenapa ibu tak tidur lagi? Dah lewat malam ni!," ujarnya lalu meneguk air perlahan.
"Hayden lambat tidur. Dia suruh ibu bacakan story untuknya!," ujar Puan Ava tersenyum lalu menarik bangku di bawah island. Dia duduk berhadapan dengan anaknya. Wajah anaknya di pandang belas. Dugaan demi dugaan yang dia terima namun belum pernah sekali dia melihat anaknya itu mengeluh kesah. Anaknya mengorbankan kerjaya dan kebahagiaannya demi Bella dan Hayden.
"Hayden!," ujarnya sepatah lalu tersenyum bila ibunya berkata demikian. Dia belum ada kesempatan untuk bermain-main dengan Hayden kerana jika Bella sedar dari tidur dan terjaga dia tidak dapat melayan Hayden kerana melayan Bella. Dia hanya dapat meluangkan masa bersama Hayden bila Bella tidur atau tiada di rumah kerana dia punya sebab. Doctor yang merawat Bella mengatakan proses untuk Bella pulih mengambil masa dan doktor menasihatkannya agar tidak mengelirukan Bella dan teruskan apa yang mereka mulakan sehingga wanita itu pulih dan sedar semula.
"He really misses you! And his mum!," jawab Puan Ava dengan hati sebak. Anak kecil seusia Hayden mengerti akan masalah orang dewasa. Hayden tahu ibunya Bella sakit. Dia tidak menganggu ibunya. Dia hanya melihat ibunya dari jauh dengan wajah sayu. Hayden mahu ibunya memeluk dan menciumnya. Malang sekali ibu Hayden tidak mengenali Hayden. Dan hatinya hancur melihat wajah anak kecil itu setiap kali dia mengatakan rindu pada ibunya. Bukan dia tidak pernah tinggalkan Hayden bersama Bella. Pernah beberapa kali. Bella sedikit pun tidak menyentuh dan bermain-main dengan Hayden kerana menyangka bahawa Hayden anak orang lain dan dia tidak mahu bermain dengannya. Bella sukakan anak-anak kecil dahulu namun personalitinya bertukar sejak kemalangan dahulu.
Daniel terdiam lalu tersenyum bila ibunya mengatakan Hayden rindu padanya dan juga Bella.
"Sampai bila hendak hidup begini?," ujar Puan Ava perlahan lalu memandang wajah anaknya.
"Sehingga Bella sembuh..," jawabnya perlahan lalu meneguk air putih perlahan.
"Sudah 3 tahun! Bella masih begitu tiada perubahan! Ibu rasa sudah tiba masanya untuk Daniel cari kebahagiaan Daniel sendiri. Sampai bila Daniel hendak terus berkorban dan menyamar diri sebagai Damien?," ujar Puan Ava lalu memandang wajah Daniel. Dia tidak sanggup lagi melihat Daniel berkeadaan seperti itu, dia mahu Daniel kembali seperti dahulu punya kerjaya dan punya pasangan wanita yang boleh di jadikan isteri. Sampai bila Daniel hendak berkorban untuk Bella dan Hayden? Bukan dia tidak sayangkan Bella dan Hayden maka dia mahu Daniel mencari kebahagiaan sendiri. Sebab dia sayangkan Bella dan Haydenlah dia tidak mahu anaknya terus menerus berkorban untuk mereka. Dia percaya Bella dapat menerima kenyataan bahawa Damien tiada lagi dan dapat menerima Hayden itu adalah anaknya hasil dari perkahwinannya dengan arwah Damien.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...