SEBAIK sahaja mesyuarat bersurai. Daniel berjalan menuju kearah sudut di mana setiausahanya Sandy telah menyediakan jug berisi air putih dan sebiji gelas. Daniel mencapai gelas lalu menuang air putih itu ke dalamnya. Dia menarik laci meja pejabatnya lalu mengeluarkan sepapan Panadol. Dia mengeluarkan 2 biji Panadol lalu di masukkan ke dalam mulutnya. Air putih di minum perlahan. Sejak kebelakangan ini dia seringkali di serang sakit kepala dan demam yang pasang surut. Namun begitu ia tidak cukup untuk Daniel membawa dirinya ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Pada Daniel ianya hanya sakit-sakit biasa dan akan hilang jika dia mengambil Panadol.
Daniel menoleh kearah pintu. Bila pintu pejabatnya di buka seseorang dari luar. Sophia masuk ke dalam biliknya lalu duduk di sofa berdekatan, dia menoleh memandang kearah Daniel. Daniel melirik kearah jam di pergelangan tangannya bila tunangnya Sophia berada di pejabatnya kerana dia mahu tahu pukul berapa. Jarum jam menunjukkan 6.40 petang. Dia telah berjanji akan makan malam bersama dengan Sophia hari ini.
Sophia tidak menegur Daniel malah dia mengeluarkan handphone dari bag tangannya dan sibuk dengan handphone. Daniel tidak menganggu Sophia kerana dia senang dengan keadaan Sophia sebegitu. Dapat dia menghabiskan kerjanya sedikit. Hubungan dia dengan Sophia. Mereka di tunangkan kerana urusan bisnes dan tiada sebab lain. Dia tidak cintakan Sophia dan dia percaya Sophia juga begitu. Daniel menurut sahaja kehendak ibu dan ayahnya kerana Daniel juga seorang yang ambitious. Dia mahu mengembangkan business keluarganya dengan hubungan sebegitu. Cinta?? Pada Daniel ia membuang masa dan tidak menghasilkan apa-apa.
"Tak lapar ke??," ujar Sophia tiba-tiba bila dia sedar tidak sedar jam sudah menunjukkan 7.30 malam. Dia leka bermain dengan telefonnya sedari tadi manakala Daniel sibuk dengan kerjanya.
Daniel segera melirik kearah jam di dinding benar apa yang di kata Sophia.
"O.K., I'll go and freshen up first!," ujarnya lalu menanggalkan jaket dan mula melipat lengan panjangnya. Dia menuju kearah en-suite washroom yang terdapat di pejabatnya di bilik rehatnya.
Sophia bangkit dari sofa lalu berjalan menuju kearah meja pejabat Daniel. Dia mencapai dokumen yang terdapat di atas meja Daniel. Proposal Project 'Tessere'. Sophia menyelak dokumen itu mengetahui Project apa pula yang di kendali kan Daniel. Dia tahu kenapa keluarganya memilih Daniel menjadi menantu mereka. Daniel seorang lelaki yang bijak dalam bidang yang di ceburi. Daniel bukan sahaja menjalankan bisnes keluarganya sahaja Daniel juga membuat bisnes perhotelan. Dan dia percaya Project ini adalah salah satu projek Daniel sendiri.
"O.K. shall we go??," tegur Daniel sebaik sahaja keluar dari bilik berehatnya. Dia perasan Sophia sedang membelek fail Project Tesserenya, namun Daniel tidak berkata apa kerana syarikat Sophia juga akan bekerjasama dengan syarikatnya untuk menjayakannya. Hanya dia belum menyatakan kepada Sophia kerana masih di dalam perancangan lagi.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomantizmDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...