DANIEL membuka matanya perlahan. Ibunya Ava kelihatan tertidur di sebelah katilnya sambil tangannya menggenggam tangan Daniel. Daniel melepaskan genggaman tangan ibunya perlahan agar tidurnya tidak terganggu. Daniel menoleh kearah kanan. Beberapa buah hamper dan jambangan bunga dari teman-teman dan rakan niaga tersusun di sudut hujung bilik wadnya. Daniel tidak tahu apa yang telah berlaku. Apa yang dia tahu kepalanya tiba-tiba sakit dan dia terus pitam. Daniel mengerakkan badannya perlahan mahu memusingkan badannya memandang ke arah ibunya. Perbuatannya itu telah membuatkan Puan Ava membuka matanya bila terasa katil Daniel bergoyang perlahan.
"Oops!!," ujar Daniel menunjukkan reaksi kaget bila ibunya memandang ke arahnya.
Wajah Puan Ava kelihatan gembira dan sayu dalam masa yang sama melihat Daniel sudah sedar dari tidurnya.
"Tidurlah ibu, I'm sorry I disturbed your sleep," ujar Daniel lembut lalu tersenyum bila ibunya memandang wajahnya dengan penuh kasih sayang.
Puan Ava tidak dapat menahan sebak lalu memeluk Daniel erat. Daniel terkejut menerima pelukan ibunya yang tidak di sangka-sangka itu. Daniel menepuk belakang ibunya perlahan bila menyedari ibunya menangis perlahan. Dia mengeluh perlahan kerana seringkali membuatkan ibunya risau akan dirinya. Walaupun dia lelaki dewasa berusia 38 tahun. Ibunya masih risaukan tentang dirinya.
"Kenapa ni ibu?? Jangan sedih macam ni? Daniel dah ok kan?," pujuk Daniel perlahan. Dia sedar dia selalu ingkar mendengar nasihat ibunya. Ibunya selalu berpesan agar dia pergi doktor bila sakit dan menjaga kesihatannya jangan terlalu workaholic. Setiap kali dia merasa tidak sihat. Daniel tidak pernah mahu berehat dan bertemu dengan doktor. Pada Daniel ia hanya sakit biasa dan dia tidak mahu terlalu memanjakan diri setiap kali dia sakit ringan begitu.
Puan Ava tidak berkata apa malah menangis perlahan di dalam dakapan Daniel. Dia benar-benar merasa sedih dan sebak mengenangkan nasib anak sulungnya.
****
Daniel menelan pil-pilnya lalu meneguk air putih perlahan sebaik sahaja pintu biliknya di buka tanpa di ketuk terlebih dahulu. Dia tahu siapa yang datang berkunjung. Tak lain dan tidak bukan rakan seniaganya Sophia.
"Dah makan ubat ke belum?," ujar Sophia bila dilihat Daniel duduk di meja pejabatnya menaip sesuatu di laptopnya. Sophia menuju kearah sudut meja kecil dimana terdapat ubat-ubatan Daniel. Dia mengira ubat yang terdapat di situ. Sophia tersenyum puas bila Daniel sudah mengambil ubatnya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...