Part 53

25 4 3
                                    



BELLA membesarkan matanya bila mendapati harga yang terdapat di menu di restoran pilihan di luar kemampuannya. Dia merasa tidak selesa tiba-tiba. Dia mencuri pandang kearah jejaka tampan yang duduk di hadapannya. Lelaki itu membelek menu yang dipegang, bibirnya menguntum senyum. Bella rasa seperti bermimpi dan masih tidak percaya bahawa lelaki tampan yang menjadi igauan ramai wanita di kampus tempat pengajiannya itu boleh mengajaknya keluar makan bersama. Walaupun mereka menyertai kelab yang sama, namun lelaki itu di luar liganya kerana lelaki itu adalah senior popular di jurusan perundangan manakala dia freshie juru fashion.



"Bella hendak makan apa?," tanya Damien lalu memandang wajah wanita cantik di hadapannya, freshie yang berjaya memikat hatinya. Dia sudah lama ingin mengenali dan mendekati wanita itu, baru kini dia berpeluang untuk berbuat demikian kerana dia terlalu sibuk dengan tugasannya dan tidak punya masa untuk tujuan lain.



"Entah eh! Macam tak tahu nak pilih..terlalu banyak pilihan!," jawab Bella lalu memandang kearah jejaka tampan di hadapannya. Pandangan mata mereka bertaut. Merasa tidak selesa Bella menghadap menu di hadapannya kerana merasa malu bila Damien memandangnya begitu.



Damien tersenyum bila wanita itu malu untuk bertentang mata dengannya. Dia tidak menyangka Bella sudi keluar dengannya. Dia tahu Bella juga ramai peminat di kampus dan dia bernasib baik wanita itu memilih untuk keluar dengannya berbanding dengan lelaki lain di kampus.



"Bella rasa nak makan apa?? Steak? Pasta?," tanya Damien lalu tersenyum.



"Pasta!," jawab Bella laju lalu melihat harga sepinggan pasta pula. Bella tidak tahu hendak makan pasta yang mana satu kerana dia tidak biasa makan pasta. Dia anak yatim piatu dan di besarkan di pusat kebajikan anak Yatim. Sebaik sahaja dia berusia 18 tahun. Dia tidak lagi tinggal di rumah kebajikan kerana sudah boleh berdikari. Bella bekerja untuk menampung kehidupannya dan dalam masa yang sama menyimpan untuk dia sambung belajar di U. Jadi Bella tidak pernah merasa makanan seperti pasta apatah lagi makan di restaurant-restaurant mewah sebegini.



"Bella suka seafood, ayam atau daging?," tanya Damien lagi.



"Seafood!," jawab Bella sambil lewa tanpa mengambil perhatian apa yang di katakan kerana dia sibuk mencongak di kepalanya berapa harus dia bayar bahagiannya nanti. Cukupkah duit yang di bawa?



"Okay," Damien memanggil waiter berdekatan lalu membuat pesanan mereka. Waiter bertugas mengambil pesanan dari Damien.



"Bella suka dessert apa?," tanya Damien lagi bila waiter itu bertanya samada mereka mahu memesan pencuci mulut juga.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now