BELLA terjengah-jengah mencari kelibat suaminya. Dia tidak membawa Hayden bersama dan tinggalkan Hayden bersama pembantunya di rumah. Suaminya menghubunginya untuk bertemunya di Airport terus kerana dia tidak punya masa untuk pulang ke rumah untuk menjemputnya kerana khuatir keluarganya akan menunggu lama di Airport menantinya. Bella bersetuju dengan cadangan suaminya. Dia akan menaiki teksi ke Airport dan akan bertemunya di sana. Suaminya sudah memberinya terminal di mana mereka harus ketemu. Setibanya dia di terminal yang di maksudkan Bella mencari-cari kelibat suaminya kerana Airport hari ini ramai pengunjung mungkin kerana musim perayaan maka Airport kelihatan benar-benar sibuk.
Bella tersenyum bila matanya tertancap kepada kelibat suaminya yang tidak jauh dari tempat dimana dia berada berjalan menuju kearah cooler. Lelaki itu tidak perasan akannya. Bella berjalan perlahan mendekati suaminya sebaik sahaja dia berada di belakang lelaki itu. Dia terus merangkul lengan lelaki itu mesra.
"Abang! Bila sampai! Sampai hati tak cari Bella!," ujar Bella lalu tersenyum. Dia menoleh-noleh mencari keluarga suaminya. Mereka sudah sampai atau belum kerana dia tidak nampak mereka bersama suaminya. Dia tidak sabar mahu bertemu dengan mereka.
Daniel kaget bila seorang wanita cantik yang tidak dikenali tiba-tiba merangkul lengannya mesra dan memanggilnya abang. Siapa wanita itu? Matanya terkebil-kebil memandang wajah wanita itu kerana dia merasa terpegun dan kaget dalam masa yang sama sehingga dia tidak bisa berkata apa-apa kerana benar-benar berada di dalam keadaan terperanjat.
"Heh Bro!! Wah sampai sahaja dah dapat Nona manis! Hebat kau bro!," usik Dylan lalu menyenggol lengan Daniel. Dia merasa terkejut bila seorang wanita cantik merangkul lengan Daniel ketika lelaki itu berada di water cooler. Dia tidak menyangka abangnya itu pandai mengusha gadis Jakarta cantik setibanya di Jakarta.
"Siapa ni abang?? Adik abang ke? Saya Bella Luna isteri abang kamu! Selamat Datang ke Jakarta!," ujar Bella mesra dapat berkenalan dan bertemu dengan keluarga suaminya.
"ISTERI!!!! Wow! Bila kau beristeri bro?? How come you never invite me for your wedding??," ujar Dylan lalu memandang wajah Daniel tepat. Dia terperanjat bila wanita cantik itu memperkenalkan dirinya sebagai isteri Daniel. Bila Daniel berkahwin? Kenapa dia tidak tahu? Dia tidak sangka Daniel pandai menyimpan rahsia! Berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan dia dan ibunya.
"Kau jangan hendak mengada! Maaf saudari silap orang saya bukan suami saudari!," akhirnya Daniel bersuara kerana dia tidak mahu wanita itu merasa lebih malu bila wanita itu mengetahui bahawa dia bukan suaminya dan wanita itu sudah tersilap orang.
"Huh silap??," ujarnya dengan wajah keliru wajah lelaki itu di pandang lama. Masakan dia lupa akan rupa paras suaminya. Namun mengapa lelaki itu mengatakan dia bukan suaminya. Bella segera melepaskan tangannya bila lelaki itu berkata demikian kerana dia merasa tidak selesa dan keliru.
"Bella!," tegur seseorang dari arah belakang.
Mereka bertiga menoleh kearah suara itu serentak. Bella terkejut bila menyedari orang yang menegurnya itu adalah suaminya Damien, dia baru teringat bahawa lelaki itu tidak sempat pulang menggantikan pakaian langsung ke Airport untuk menjemput ahli keluarganya. Jadi suaminya masih berkemeja putih dan berjaket hitam pakaian seragam seorang peguam. Jadi awal tadi lengan lelaki yang di peluknya itu bukan suaminya tapi adik kembar Damien yang bernama Daniel.
Wajah dan fizikal mereka serupa benar sehingga dia tidak dapat membezakan mereka berdua jika tidak kerana pakaian yang mereka gunakan dia tidak dapat membezakan yang mana satu suaminya dan yang mana satu adik kembarnya. Aduh! Bella merasa teramat malu. Tanpa menoleh kearah adik kembar Damien dia terus menuju kearah suaminya lalu memeluk lengan Damien dan tidak mahu memandang wajah Daniel dan Liam kerana merasa malu yang teramat sangat. Dia tidak tahu dimana mahu di sembunyikan wajahnya yang merona merah.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...