Part 70

39 3 0
                                    


"OMG!! Mr Daniel is here???," ujar Aida dengan wajah teruja bila dia menyedari lelaki ganteng yang sedang berjalan disebelah Liam itu adalah mantan CEOnya dahulu. Dia tidak menyangka akan dapat bertemu dengan Mr. Daniel kerana dia merasakan baru sahaja berbual dengan lelaki itu 2 minggu kelmarin.


Daniel tidak perasan akan wajah teruja Aida kerana lelaki itu sedang leka berbual di telefon dan terus menuju kearah bilik Liam. Manakala Liam tidak menyertai Daniel masuk ke dalam pejabat. Dia menuju ke arah Aida di mana di belakang meja Aida duduki terdapat private pantry yang tersedia untuknya, di situ terdapat mesin gourmet coffee yang Aida akan sediakan untuknya dan tetamunya. Namun dia tidak tahu mengapa hari ini dia tidak meminta Aida menyediakan untuknya malah dia terasa senang hati mahu membuatnya sendiri.


Aida sedikit tidak menoleh kearah Liam yang berada di belakangnya kerana sibuk memandang kearah Daniel yang sedang duduk di sofa bilik Liam. Liam memandang kearah tempat Aida pandang. Abangnya, Daniel sedang duduk bersandar di sofa sambil menyelak akhbar. Tiada apa yang pelik pada pandangan matanya. Biasa sahaja. Namun bila dia menoleh kearah Aida semula dia lihat wanita itu masih memandang kearah Daniel dan reaksi wajahnya masih kelihatan sama, teruja.


"Apa yang you excited sangat??," tegur Liam kerana dia tidak mengerti mengapa Aida kelihatan teruja sedangkan Daniel tiada buat apa-apa dan hanya duduk membaca akhbar.


"Oh mak kau!!," latah Aida lalu mengurut dadanya perlahan kerana merasa terkejut di tegur seseorang sedang dia leka memerhatikan Tuan Danielnya. Dia menoleh ke arah belakang. Liam berdiri di belakangnya sedang memegang mug. Bila ketika Liam berada di belakangnya. Dia tidak perasan langsung. Mungkin kerana dia begitu leka memandang wajah tampan Mr. Daniel.


"Tak! Apa yang you excited sangat??," ulang Liam lagi bila Aida tidak menjawab pertanyaannya. Dia meletak mugnya di atas meja Aida lalu membongkokkan badannya sedikit ke paras Aida duduki, wajahnya agak rapat di sebelah Aida agar dia dapat memandang kearah pejabatnya dimana Daniel sedang duduk. Mungkin dari sudut Aida duduk ada benda yang menarik perhatian Aida. Different angle?


Aida menoleh terperanjat bila menyedari Liam berada begitu rapat di sebelahnya, tangan kiri Liam memegang belakang kerusi Aida manakala tangan kanannya menahan meja. Dan jika Aida bergerak ke kanan sedikit pasti dia sudah tercium pipi Liam. Aida segera menoleh kearah hadapan kerana khuatir dia tidak tersengaja lakukan sesuatu nanti.


"Boss sana sikit!!," ujar Aida lalu menolak pipi majikannya jauh dari wajahnya. Dia bukan apa rasa sedikit gementar bila Liam begitu rapat dengannya. Dia tahu Liam tidak ada niat mahu berbuat apa-apa, tapi kadang kala perbuatan Liam yang selamba itu membuatkan hatinya sedikit goyah. Liam seorang jejaka yang kacak dan baik. Sementelah lagi Liam menganggap dia bukan hanya PA biasa. Hubungan mereka seperti teman akrab, jadi tidak mustahil jika dia boleh terjatuh hati padanya kerana Aida belum pernah bekerja dengan lelaki kacak dan baik seperti Liam sebelum ini. Dengan Liam dia merasa senang dan selesa walaupun Liam kadang kala mengusiknya kerana dia kurang cerdik. Selalu membuat silap dan kadang kala terlupa akan tugasnya. Liam hanya menegur. Aida tidak terasa hati kerana dia tahu dia tidak begitu cerdik namun Liam tidak pernah memarahinya walaupun dia membuat kesilapan yang besar.


"Mr Daniel is so charming!," jawab Aida bila Liam mahu tahu kenapa dia kelihatan teruja memandang kearah Mr. Daniel.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now