Part 33

39 5 3
                                    


LIAM duduk memerhatikan Emma bekerja. Kemana sahaja Emma berjalan matanya akan melirik sama memerhatikan wanita itu ke sana ke mari. Emma memberi arahan kepada staffnya. Emma membersihkan meja. Emma melayan pelanggan yang meminta sesuatu darinya. Pendek kata wanita itu tidak bertindak hanya sebagai manager banquet dan restoran sahaja kerana Emma membantu pekerjanya yang lain. Liam merasa pelik dengan wanita itu. Adakah personality Emma sememangnya begitu atau Emma berbuat begitu kerana mahukan perhatian darinya kerana Emma tahu dia berada di restoran.


Liam bertemu dengan Shahrul Nizam Banquet Director sama-sama membincangkan 2 event besar yang bakal di adakan di Hotel mereka pada bulan Disember. Dalam masa yang sama ia adalah ulang tahun yang ke-7 Hotel Tessere. Para pengarah mahu mengadakan sambutan ulang tahun yang besar tahun ini. Kedua-dua event besar itu berlaku pada bulan Disember di musim perayaan di mana Hotel mereka sememangnya fully book pada hujung tahun. Shahrul ingin berbincang dengan Liam samada mereka dapat mengendalikannya kerana Disember adalah bulan crucial buat mereka.


Liam tidak benar-benar mengambil perhatian akan perbincangan mereka kerana dia sibuk memerhatikan Emma. Kelakuan dan tingkah laku Emma yang unique itu begitu menarik pada pandangan dirinya. Wanita itu membuatkan dia tertarik dan mahu mengenalinya lebih dekat lagi. Belum pernah seorang wanita membuatkan Liam berperasaan seperti itu. Selalu jika Liam berminat atau sukakan seseorang wanita kerana Liam benar-benar suka padanya. Tapi dengan Emma dia tidak tahu dan sukar untuk kategorikan wanita itu untuk dirinya. Terlalu awal untuk dia katakan suka pada Emma kerana dia tidak dapat memastikan perasaannya terhadap wanita itu. Samada dia suka pada Emma atau hanya merasa tertarik dengan personality wanita itu yang tidak pernah membosankannya. Liam benar-benar tidak tahu.


Emma menoleh memandang kearah Liam, dia seakan dapat merasakan sepasang mata Liam sedang memandang kearahnya. Spontan sahaja Liam mengalihkan pandangannya kepada Shahrul Nizam berpura-pura sibuk berbincang dengannya. Emma mengeluh kecil. Dia masih tidak mengerti mengapa dia masih lagi memikirkan tentang pertanyaan Liam tempoh hari. "Are you interested in me?," Emma menggelengkan kepalanya cuba menghentikan berfikir tentang perkara yang tidak berfaedah itu dan fokus pada kerjanya. Bukankah itu adalah motonya. Dia mahu berkhidmat dan memberikan servis yang terbaik kepada pelanggannya. Dia tidak punya masa untuk memikirkan tentang Liam.


Emma mengangkat mangkuk sup dari meja Liam dan Direktornya. Dia meletakkan mangkuk sup itu ke atas tray yang di pegang Nizam. Dia mencapai pinggan spaggeti vongole lalu di letakkan di hadapan Director Shahrul manakala cabonara di hadapan Liam. Liam sedikit tidak menoleh atau memandang kearah Emma bila wanita itu sibuk membersihkan meja dan menghidangkan makanan mereka.


"So Shahrul do you think our client would be INTERESTED in our promo?," ujar Liam sengaja menekan perkataan interested bila Emma menghidangkan pasta.


Emma segera menoleh kearah Liam bila lelaki itu berkata demikian. Wajah Liam kelihatan selamba sahaja. Emma menarik nafas perlahan kerana dia hilang fokus kerana bila perkataan "Interested" itu disebut Liam. Akal fikirannya terus teringatkan tentang pertanyaan Liam padanya tempoh hari dan dia terngiang-ngiang di telinganya sehingga dia merasa terganggu bila Liam mengatakan interested sedangkan lelaki itu sedang berbincang tentang kerja.


"Emma!," tegur Liam lagi bila wanita itu tidak mendengar bila dia menegurnya.


"Yes!!," ujar Emma menoleh kearah Liam lalu membuahkan senyum bila lelaki itu menegurnya. Wajah lelaki itu di pandang kerana lelaki itu menegurnya.


"Mine is vongole not cabonara!," ujar Liam perlahan bila wanita itu tersalah memberi hidangan mereka.


"Opps sorry!," jawab Emma bila menyedari kesilapannya. Dia segera menggantikan pinggan Mr Shahrul dan Mr Liam.


"I think they would be INTERESTED, if I had been given the same offer I would have been INTERESTED too!," jawab Shahrul lalu mencapai garpunya. Dia menggulungkan spagetti di garpunya sebelum menyuap ke dalam mulutnya.


"Right!! I'm sure they would be INTERESTED, only fools won't be interested!," jawab Liam tersenyum lebar bersetuju dengan pendapat Shahrul.


"OK Enough already!!," ujar Emma tiba-tiba kerana tidak tahan mendengar bila mereka menyebut perkara INTERESTED itu berulang-ulang kali.


Shahrul dan Liam merasa terkejut lalu memberikan Emma pandangan pelik bila wanita itu tiba-tiba berkata demikian.


"Enough alreadylah Aishah tak perlu letak lagi! Dah cukup lah tu!," ujar Emma lalu menunjukkan kepada Shahrul dan Liam bahawa dia memakai earpiece Bluetooth dan sedang berbual dengan Aishah pekerjanya. "Excuse me!," bisik Emma perlahan lalu meninggalkan meja mereka. Emma menepuk pipinya perlahan kerana tersilap langkah semasa di hadapan Liam dan Mr. Shahrul tadi. Dia tidak tahu mengapa dia tiba-tiba merasa begitu jengkel dengan perkataan "Interested" maka dia tidak dapat mengawal perasaannya. Nasib baik dia punya alasan mengatakan dia sedang berbual di telefon mengunakan Bluetooth jika tidak dia tidak tahu di mana hendak meletak muka di hadapan mereka berdua lagi.


Liam tersenyum lagi kerana pelannya berjaya membuatkan wanita itu hilang fokus kerana dia sememangnya sengaja menyebut perkataan INTERESTED itu berulang kerana dia mahu lihat reaksi Emma bila dia menyebut perkataan itu. Ternyata wanita itu masih lagi memikirkan pertanyaannya tempoh hari. 





Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now