EMMA terkejut bila mendapati Puan Sophia berada di luar pintu MDnya ketika dia hendak keluar begitu juga Puan Sophia. Adakah Puan Sophia terdengar akan perbualan mereka berdua tadi? Sophia seperti Emma turut merasa terkejut kerana sering kali melihat Emma bersama dengan Liam. Apa hubungan Emma dengan Liam? Kenapa mereka selalu kelihatan bersama?
Emma hanya membalas senyuman bila Puan Sophia memberinya senyuman dan tidak berkata apa-apa. Emma segera meninggalkan pejabat Liam dan kembali ke restaurantnya. Dia tidak mahu Puan Sophia mengesyaki dia punya hubungan apa-apa dengan Liam kerana hanya Sophia sahaja yang tahu dia punya hubungan dengan bekas CEO Hotel ini. Dia tidak mahu Sophia memikirkan bahawa dia wanita pisau cukur yang hanya pandai memikat lelaki berpangkat seperti mereka.
Sophia mengetuk pintu Liam lalu masuk. Liam memandang kearah Sophia yang sedang berjalan menuju ke arahnya.
"You kenal Emma??," tanya Sophia sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas sofa.
Liam tersenyum bila pertanyaan pertama yang keluar dari mulut Sophia samada dia kenal pada Emma. Dia bangkit dari kerusi lalu ke sofa dan duduk di hadapan Sophia.
"She's one of our Hotel staff right? Of course I kenal!," ujar Liam tanpa memberi jawapan yang lurus pada pertanyaan Sophia.
"That's not what I meant!," ujar Sophia bila Liam sengaja buat tidak mengerti akan pertanyaannya tadi atau mungkin Liam sengaja.
"By chance," jawab Liam ringkas tanpa mengulas panjang. Dia kenal pada Emma secara kebetulan. Satu kejadian ke satu kejadian. Seringkali melibatkan wanita itu. Dia tidak tahu mengapa dia sering terjebak dengan wanita itu. Seolah-olah mereka berdua adalah magnet bencana.
"Not because she's..," ujar Sophia tiba-tiba menghentikan ayatnya tergantung begitu.
"Not because she's what??," ulang Liam bila Sophia tidak menyambung ayatnya. Apa yang Sophia ingin bertanya kepadanya.
"Tak ada apa-apa," ujar Sophia tidak mahu memberitahu Liam akan apa yang berada di fikirannya. Dia tidak mahu Liam menyangka dia sibuk tentang halnya. Liam rakan niaganya. Dia tidak mahu mencampuri urusan Liam. Dan juga kerana dia tidak begitu mengenali Liam kerana dia hanya tahu mengenai Liam dari seseorang dan dia tidak pernah mengenali lelaki itu secara peribadi.
Liam tersenyum lalu menggelengkan kepalanya perlahan bila Sophia mengambil keputusan untuk tidak memberitahunya.
"Is this how our relationship will be in the long run??," tanya Liam kerana Sophia tidak begitu mesra dengannya sedangkan mereka adalah rakan seniaga. Namun hubungan mereka berdua begitu formal dan tidak mesra.
"I hope not!," ujar Sophia bila Liam berkata demikian. Dia tidak mahu hubungan mereka berterusan begini terlalu formal. Dan lagi dia masih belum mengenali peribadi Liam. Dengan Daniel mudah sahaja kerana perangai mereka berdua hampir sama. Manakala Liam berlainan pula. Liam kelihatan serius namun dia seorang lelaki yang cepat ramah dan quite playful Sophia tidak tahu bagaimana hendak menyesuaikan dirinya dengan Liam.
"I'm sure I'm more fun than your friend!," ujar Liam lalu tersenyum.
Sophia memandang wajah Liam bila Liam memberinya komen sebegitu. Hatinya menjadi sayu tiba-tiba.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...