Part 51

42 6 4
                                    



LIAM menuju kearah bedroom pula lalu merebahkan badannya di atas katil yang telah dihias cantik dan di taburkan kelopak bunga ros berwarna merah. Tuala berbentuk angsa di capai lalu membeleknya perlahan. Emma tersentak terperanjat bila dia di kejutkan dengan bunyi seperti seseorang mencampakkan badannya di atas katil. Dia leka memeriksa facilities yang terdapat di kamar mandi ensuite bilik tidur lalu segera keluar dari kamar mandi ingin tahu apa yang berlaku. Matanya bulat membesar bila dia menyedari Liam selamba berbaring di atas katil tersenyum menggoda memandang wajahnya. Dia menepuk katil perlahan memberi isyarat agar Emma turut serta bersama dengannya.



"Gila!," ujar Emma dengan wajah tidak percaya, itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Emma bila Liam berbuat demikian. Siapa hendak baring disebelahnya? Nak cari nahas??



"Gila?? You mean you don't like the facilities??," tanya Liam pelik bila wanita itu memberi komen 'gila'. Pada Liam bilik ini dihias cantik dan memberi mood romantic untuk pasangan yang berbulan madu. Apa yang membuatkan Emma tidak bersependapat dengannya?



"Not the facilities but you! You gila!," ujar Emma lalu menjeling dengan wajah kurang senang.



"Memang I gila!," jawab Liam dengan wajah serius bila Emma mengatakan dia gila.



Liam segera bangkit dari katil lalu mendekati Emma. Emma menelan air liurnya perlahan bila lelaki itu berada di hadapannya dan berdiri begitu rapat dengannya. Emma merasa sesak nafas bila lelaki itu begitu hampir dengannya sehingga dia dapat merasakan kehangatan tubuh Liam. Emma segera melarikan pandangannya dan tidak mahu memandang tepat ke wajah Liam kerana dia khuatir berlaku apa-apa jika dia tidak berbuat demikian. Dia sendiri tidak dapat mempercayai dirinya sendiri kerana dia merasa gementar setiap kali berdepan dengan jejaka itu.



Liam tersenyum lagi melihat wajah comel Emma bila dia mengusiknya. Wanita itu tidak mahu memandang wajahnya. Mungkin khuatir dia akan melakukan sesuatu yang nakal dan diluar jangkaan. Dia tahu Emma benar-benar tidak suka dan merasa selesa bila dia berperangai nakal sebegitu. Namun dia tidak dapat menghentikan tabiat nakalnya itu, kerana dia gemar mengusik Emma.



Liam menyentuh wajah Emma perlahan lalu menolak dagu Emma perlahan agar wanita itu memandang tepat ke anak matanya. Emma cuba menoleh namun Liam tidak membenarkan wanita itu melarikan pandangannya bila wajahnya begitu rapat dengan wajahnya. Emma memejamkan matanya tidak sanggup melihat.



"Memang I gila! I gilakan you!," bisik Liam perlahan ke telinga Emma lalu tersenyum.



Emma membuka matanya bila lelaki itu tersenyum memandang wajahnya sebaik sahaja dia membuka mata. Namun hatinya lemah bila Liam mengungkapkan pickup line romantic sebegitu. Sungguhpun dia bukan seorang wanita yang lemah dan mudah terpedaya dengan pick line sebegitu namun bila Liam yang mengungkapkan kepadanya dia seperti sudah jatuh hati dan jatuh cinta pada lelaki itu. Oh gosh! This can't be happening!! I don't want to fall in love easily!

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now