Part 92

13 2 0
                                    



DYLAN duduk memandang canvas kosong tanpa membuat apa-apa. Hampir selama 15 minit dia duduk mengelamun di situ namun tiada idea apa yang mahu dibuat atau dilukis dia atas canvas kosong itu kerana fikirannya terganggu dengan perbualannya dengan Daniel semalam. Daniel sudah bertunang? Bila? Kenapa Daniel tidak memberitahunya? Adakah dia tidak lagi penting dalam hidup Daniel, kerana selama ini mereka berdua tidak pernah merahsia apa-apa dan sentiasa berkongsi suka dan duka bersama. Sakit Daniel sakit dia juga! Bahagia Daniel bahagia dia juga! Hubungan mereka dua beradik rapat sebegitu. Bagaimana perkara penting sebegitu Daniel terlupa hendak berkongsi dengannya??



Semalaman dia memikirkan akan sebab mengapa Daniel sengaja tidak mahu memberitahunya tentang pertunangannya. Adakah Daniel tahu akan perasaannya terhadap Emma? Maka Daniel merasa tidak senang hati mahu berkongsi tentang perkara itu kerana merasa tercabar?? Ridiculous! Daniel is not that kind of person. Dylan tiada niat hendak menjadi orang ketiga dalam hubungan Emma dan Daniel maka disebabkan itu dia kembali ke US agar Emma dan Daniel dapat menjalinkan hubungan mereka semula.



Dan dia yakin Emma turut sudah melupakannya dan tidak mungkin akan berkongsi dengan Daniel akan hubungan mereka dahulu. Dylan mengelengkan kepalanya perlahan cuba melenyapkan sangkaan buruknya terhadap Daniel. Dia yakin dan pasti Daniel punya alasan yang munasabah untuk dia berbuat demikian.



Dylan mencapai pensil mula melakar sesuatu di atas canvas cuba untuk tidak memikirkan tentang pertunangan Daniel. Dylan mengeluh kecil lalu meletak pensilnya di atas Easel kerana dia tidak dapat hendak focus untuk meneruskan lukisannya. Dylan bangkit dari stool dia berjalan menuju kearah jendela menyandarkan diri di birai jendela memandang kearah luar lalu menyeluk saku seluarnya bila handphonenya menerima notification.



Dylan menekan notification Telegram yang di terima.



Lise: I'm back . Oh I've forgot...Selamat Malam Dy. Harap saya tidak menganggu Dy.



Dylan mula tersenyum bila menyedari Telegram yang di terima adalah dari Elise. Dia terlupa dan tidak teringat langsung tentang Elise kerana sibuk memikirkan Daniel. Dia tahu dia tidak sepatutnya menganggapnya terlalu personal hanya kerana Daniel tidak memberitahu tentang pertunangannya. Namun dia tidak tahu mengapa ianya personal buat dirinya mungkin kerana dia telah mengorbankan cintanya demi untuk melihat Emma dan Daniel bahagia.



Dy: Hi Lise. Selamat malam...oh wait! Di tempat you malam juga ke? Setahu saya waktu Malaysia sekarang tengahari dalam 11.30 pagi.



Lise: Yup Malaysia sekarang tengahari dalam 11.30 pagi, tapi saya tidak berada di Malaysia. I'm somewhere on earth. 



Dy: I'm glad you are not from the other planet 



Lise: Ya I'm glad too if not, susah saya hendak ke bumi nanti tak ada kemudahan kenderaan 

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now