Part 6

54 5 4
                                    



EMMA duduk di bangku sambil menunggu abang Daniel. Sedar tidak sedar sudah hampir seminggu lamanya dia mengenali abang Daniel. Emma merasa sungguh gembira dapat bertemu dan mengenali abang Daniel. Perkenalan mereka yang singkat itu memberinya seribu memori dan penuh bermakna buat dirinya. Dia sedar dia tidak sepatutnya merasa suka pada Daniel kerana perkenalan mereka terlalu singkat dan dia tidak sepatutnya menaruh hati pada lelaki yang berusia lebih 10 tahun darinya. Emma tidak pernah merasa suka pada mana-mana lelaki yang cuba mengenalinya sebelum ini. Malah mereka lebih layak untuk berdampingan dengannya kerana sama-sama muda belia. Tapi mengapa dia boleh terpaut hati pada abang Daniel? Mungkin kerana layanan yang abang Daniel berikan kepadanya membuatkan Emma merasa selesa bersamanya. Mungkin juga kerana abang Daniel seorang lelaki yang matang maka layanannya berlainan dengan lelaki seusia dengannya yang keras hati dan ego tinggi. Abang Daniel sentiasa menurut kehendaknya dan melayannya dengan baik. Memberinya nasihat tentang kehidupan dan juga menasihatkan agar menjaga kesihatan. Kadang kala dia tidak percaya bahawa lelaki itu hanya seorang driver kerana ilmu pengetahuan abang Daniel tinggi. Abang Daniel memberitahunya dia juga graduan universiti. Namun dia memilih untuk bekerja di Hotel untuk menimba pengalaman.



Emma turut menceritakan tentang dirinya kepada Daniel. Dia menceritakan kepada Daniel tentang penyakitnya. Dia seorang pesakit leukemia dan sedang menunggu pihak hospital menghubunginya untuk mendapatkan bone marrow yang sesuai dengannya. Sebab itu dia merasa rendah diri dan tidak bersemangat untuk meneruskan cita-cita. Dia mahu menjadi orang yang berjaya dan berkerjaya. Dia mahu menjadi seperti boss abang Daniel. Namun dia tidak tahu samada usianya panjang untuk dia mencapai cita-citanya. Disebabkan itu Emma selalu mengelak diri untuk bergaul dengan teman-teman di U kerana merasa rendah diri.



Mendengarkan cerita Emma. Daniel merasa simpati. Namun dia tidak pernah menceritakan tentang keadaan dirinya kepada Emma kerana dia tidak mahu Emma tahu. Dia tidak mahu Emma berhenti berdoa dan menjalani treatment untuk penyakitnya. Dia mahu Emma menjadi wanita yang confident dan berjaya dan tidak merendah diri seperti sekarang. Daniel selalu memberi Emma kata-kata semangat dan perangsang untuk hidup secara sihat. Dia tidak mahu Emma terlalu memikirkan tentang penyakitnya.



"Hi Emma!," tegur Daniel lalu duduk di sebelah Emma ketika wanita itu duduk menunggunya.



"Oh Hi abang Daniel," jawab Emma lalu menoleh dia membuahkan senyuman sebaik sahaja terpandang wajah Daniel. Dia mahu berterus terang kepada abang Daniel tentang hati dan perasaannya hari ini. Biar Daniel tahu kerana jika usianya tidak panjang sekurang-kurangnya memori indah dia bersama Daniel akan di abadikan dalam dirinya.



"Abang terima kasih sebab teman kan Emma sepanjang Emma berada di sini! Emma merasa gembira sangat dapat berkenalan dengan abang!," jawab Emma tiba-tiba merasa sebak seolah-olah ini merupakan pertemuan mereka yang terakhir dan mereka tidak akan dapat bertemu lagi selepas ini.



Daniel tidak berkata apa dia hanya membiarkan Emma berkata dahulu kerana dia percaya bukan itu sahaja yang Emma mahu katakan kepadanya.



"Perkenalan kami yang singkat tapi penuh bermakna ini membuatkan Emma berat hati hendak meninggalkan tempat ini lebih-lebih lagi Emma terpaksa berpisah dengan abang," ujar Emma tanpa menoleh kearah Daniel kerana air matanya mengalir perlahan merasa sebak. Emma menyeka air matanya.



Daniel hanya mendengar pengakuan Emma dengan rasa sebak di hati. Seperti Emma. Dia juga merasa gembira dapat bertemu dan berkenalan dengan bidadari yang bernama Emma. Pertama kali dalam hidupnya dia merasa bahagia dan mengenal apa itu cinta. Namun dia tidak dapat menyambut atau menerima cinta Emma kerana dia tidak mahu wanita itu tahu akan keadaan dirinya. Dia mahu Emma menjadi wanita muda yang berjaya dan berjuang melawan penyakitnya. Dia telah bertemu dengan doktornya dan telah meletak nama Emma bersama-sama dengannya. Jika penderma bone marrow itu sesuai buat Emma. Dia mahu Emma menerimanya kerana sekurang-kurangnya dia dapat menyelamatkan nyawa Emma.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now