DANIEL duduk di meja yang berada di taman rumah mereka. Dia sengaja meminta pembantu rumah mereka menghidangkan pencuci mulut di laman dan tidak di ruang makan seperti biasa. Dia mahukan privasi kerana dia telah mengambil keputusan untuk memberitahu Bella tentang siapa dirinya malam ini. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia berterus terang pada Bella. Dan dia bersedia menerima apa sahaja kemungkinan yang bakal dia terima dari Bella.
Daniel sudah memikirkan semasak-masaknya dan dia tidak dapat bertahan lebih lama kerana dia tidak sanggup berhadapan dengan Bella. Beberapa hari kebelakangan ini, dia tidak banyak meluangkan masa bersama Bella. Dan Bella pula tidak mencarinya seperti selalu kerana wanita itu sering kelihatan bersama Hayden dan bermain-main dengan Hayden. Daniel dan ibunya Puan Ava merasa gembira melihat perubahan Bella dia mula mesra dengan Hayden kerana selama ini Bella tidak pernah berbuat demikian.
"Abang buat apa di luar??" tegur Bella perlahan sebaik sahaja dia berada di belakang Damien. Dia merasa pelik bila pembantu rumahnya memberitahu bahawa Damien sedang menunggunya di luar.
"Saja ambil angin," jawab Daniel lalu membuahkan senyuman kepada Bella.
Bella membalas senyuman suaminya lalu menarik kerusi di hadapan meja lalu duduk. Dia tidak tahu mengapa Damien tiba-tiba mahu mengambil angin di taman sedangkan selama ini mereka tidak pernah buat begitu melainkan ada keramaian. Kali terakhir mereka menganjurkan keramaian ketika Damien membawa dan memperkenalkan keluarganya kepada Bella buat pertama kali. Di bangku hadapannya tempat mereka berempat mengambil gambar bersama dahulu. Mengingatkan perkara itu membuatkan hati Bella menjadi sayu kerana dia rindukan mereka.
Dia mahu bertemu dengan Dylan dan juga kembar suaminya Daniel. Mereka berempat rapat sejak dari hari itu dan Bella benar-benar merasa gembira kerana dia punya seorang adik lelaki dan seorang abang iaitu kembar suaminya kerana dia sebatang kara dan tidak punya saudara. Bella benar-benar merasa bersyukur dan menghargai mereka. Namun mengapa dia merasa sayup tiba-tiba, mengapa dia merasa sedih dan hatinya merasa berdebar-debar sejak 2 hari kelmarin setelah dia mengetahui siapa Hayden yang sebenar. Bella merasa sedih teramat sangat kerana dia tidak mengenali anaknya sendiri. Dia tidak bertanya kepada Damien kerana dia masih belum bersedia untuk membicarakan tentang Hayden kepada Damien. Dia mahu merapatkan hubungannya dengan Hayden semula kerana selama 3 tahun dia tidak dapat melihat anaknya itu membesar dan tidak berpeluang untuk menjaga dan memberinya kasih sayang. Terlalu banyak persoalan yang hendak di utarakan kepada Damien namun Bella masih belum bersedia untuk mendengar dan menerimanya lagi.
Daniel duduk di kerusi bertentangan dengan Bella. Wajah wanita itu dipandang. Bella tidak menyedari Damien memandang wajahnya. Bella tersenyum memandang kearah bangku yang tidak jauh dari mereka duduki mengingati sesuatu. Masih segar di ingatan Daniel bahawa bangku itu mereka berempat mengambil gambar bersama untuk pertama kali. Dia tidak menyangka gambar itu adalah gambar mereka berempat yang pertama dan terakhir buat mereka. Adakah Bella turut menyingkap memori sama seperti dirinya?
"Bella ada perkara yang hendak saya beritahu!," ujar Daniel membahasakan dirinya saya. Dia merasa tidak selesa membahasakan dirinya abang kerana dia merasa janggal tiba-tiba. Sungguhpun jarak usia diantara dia dengan Bella 6 tahun namun dia tidak layak menggelarkan dirinya abang kerana Bella memanggil Damien dengan gelaran itu.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...