SEPULANGAN Daniel ke Jakarta. Kerja Liam semakin bertambah dan día sibuk dengan beberapa tugasan yang harus día selesaikan sebelum MD baru menggantikan tempatnya. Sophia dan Daniel masih berharap Liam akan menukar fikiran dan terus bersama mereka. Namun Liam sudah mengambil keputusan akan meneruskan hajatnya untuk kembali ke arena yang día sukai.
"Boss you betul hendak letak jawatan MD ke?," tanya Aida lalu meletak beberapa buah fail yang di minta Liam awal tadi. Majikannya kelihatan sangat sibuk sejak kebelakangan ini sehingga tiada masa untuk mengusiknya seperti selalu.
Liam berhenti menaip lalu mendongak memandang tepat ke wajah Aida. Pensel yang di selitkan di telinganya ditarik perlahan lalu di letakkan di atas meja. Cermin mata tanpa kuasa yang di pakai bukan kerana día rabun tapi kerana día mahu orang tahu bahawa día berada di dalam mode sibuk dan tidak mahu di ganggu. Dan juga kerana ramai yang mengatakan día kelihatan lebih kacak bila berkaca mata begitu.
"Ya jawatan MD tidak sesuai dengan jiwa I," jawab Liam lalu tersenyum.
Aida menjeling lalu menarik wajah masam bila Liam berkata demikian. Dia berjalan menuju ke arah sofa lalu menghempaskan punggungnya kerana merasa hampa bila Liam mahu meninggalkannya. Masuk ini sudah 2 kali día bertukar majikan dan apa yang membuatkan día merasa kecewa kedua-dua majikan yang tinggalkannya adalah majikan yang benar-benar serasi dengannya.
"Mr Daniel will be back! You tak suka??," ujar Liam bila Aida kelihatan bad mood bila dia mengatakan dia masih akan meneruskan hajatnya untuk meletak jawapan sebagai MD.
"I kerja dengan Mr Daniel???," tanya Aida dengan wajah teruja.
"Hmm ya.., you harus berterima kasih dengan I sebab I yang suruh dia pilih you sebagai tea lady dia," jawab Liam lalu duduk di hadapan Aida.
"Idiotttt...." ujar Aida lalu membaling kusyen kecil yang berada di sofa kearah Liam. Dengan cepat Liam menyambut kusyen yang di baling Aida lalu tersengih tidak bersalah.
"What????," ujar Liam bila Aida memberinya pandangan mahu menelannya. Dia telah menguruskan pemindahan Aida kepada Daniel kerana dia percaya Aida dapat membantu Daniel walaupun dia tidak berapa yakin bahawa Aida dapat membantu Daniel sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya Daniel tidak akan merasa bosan bila Aida bekerja dengannya. Dan Daniel selalunya mempunyai 2 orang pembantu. PA dan secretary. Jawatan PA sesuai buat Aida manakala secretary sesuai untuk diberikan kepada junior secretary.
Aida menjeling lagi kerana Liam mengenakannya. Liam tersenyum melihat wajah mencuka Aida. Believe it or not he might actually miss Aida. Liam meraup wajahnya perlahan lalu meregangkan tangannya kerana merasa lenguh. Dia berbuat demikian untuk meregangkan urat sarafnya. Dia tiada masa untuk ke gym akhir-akhir ini.
Aida mengeluh kecil kerana dia akan merindu Liam. Aida seronok bekerja dengan Liam. Terus terang dia katakan bekerja dengan Liam tidak begitu susah kerana 60% kerja yang harus dia buat untuk Liam, majikannya yang buat sendiri. Dia sedar dia bukanlah pembantu yang cekap. Dia selalu memberi masalah pada Liam. Namun dia berterima kepada Liam kerana tidak begitu kritikal dengannya. Dia tahu Liam banyak bersabar dengannya.
Liam mengerutkan dahi bila Aida hanya duduk termenung jauh. Aida masih memikirkan nasib kedudukannya setelah dia berhenti menjadi MD?
"Heh?? Masih lagi risaukan tentang kedudukan awak? Saya akan-,"
"Apa?? No lah? Me?? Risaukan my position? Pffttt...," ujar Aida lalu bangkit dari sofa. Dia menarik blazernya yang ternaik ketika dia duduk tadi. Mana mungkin dia mengaku di hadapan Liam. Dia menyelak rambutnya dengan penuh karisma lalu berjalan laju menuju ke arah pintu kerana tidak mahu melihat reaksi wajah Liam bila dia confident begitu.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
Storie d'amoreDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...