Part 26

37 5 4
                                    

EMMA merasa berpuas hati akan pilihan dessert yang akan di berikan kepada pelanggan VVIP dan MD mereka. Sejauh ini semuanya berjalan dengan lancar. Setiap satu hidangan makanan telah disediakan dengan superb oleh Chef Stefan mereka.


Emma berjalan perlahan menuju ke meja mereka. Dari jauh dia lihat Liam duduk menumpang dagu di meja memandang tepat ke wajah Rania dengan reaksi mengagumkan. Dari pandangan Emma wanita itu seperti menerangkan atau menceritakan sesuatu kepadanya maka dia berbuat demikian.


Emma menjeling bila Liam berbuat begitu. Perv!!! Cemuh Emma dalam hati. Dia tidak tahu mengapa dia selalu mengatakan Liam seorang lelaki yang gatal. Mungkin kerana personaliti Liam membuatkan dia merasa meluat setiap kali lelaki itu berhadapan dengan wanita-wanita cantik. Dasar kasanova! Dasar playboy! Mentang-mentang punya rupa kacak semua wanita hendak di godanya!


"How's everything?? How's the food??," tanya Emma ramah sebaik sahaja tiba di meja mereka.


Rania berhenti berbicara lalu menoleh bila Emma menegur mereka.


"Huh??," jawab Liam terkejut baru sedar seperti sudah terpukau dengan cerita dan kecantikan wajah Rania. Dia menoleh memandang wajah Emma lalu tersenyum masih lagi menumpang dagu di meja. Emma cuba sedaya upayanya untuk tidak menjeling meluat bila lelaki itu berbuat demikian.


"Is everything ok??," ulang Emma lagi. Hisshh!! Tangannya terasa ringan sahaja mahu menepuk lengan lelaki itu kuat agar dia berkelakuan elok seperti orang dewasa yang bertamadun. Apa dia mabuk ke?? Emma memandang sekilas akan minuman yang terdapat di meja mereka. Tiada sebarang botol yang beralkohol terdapat di situ. Tapi kenapa lelaki itu kelihatan seperti berkhayal. Rania itu adalah pelanggan VVIP mereka, bukan kenalan mahupun teman wanitanya yang dia boleh berkelakuan begitu.


"Oh!! The food is superb!," ujar Liam menunjukkan thumb ups lalu duduk dengan elok semula. Tangan kirinya diletakkan di atas meja manakala tangan kanannya pula memegang gelas berisi sparkling water. Dia memandang kearah Rania bila wanita itu tidak memberi komen apa-apa seperti mahu wanita itu menyahihkan statementnya bahawa makanan hidangan di restoran ini sememangnya lazat.


"Yes!! Like what Liam said the food is superb!! I can't wait for the dessert!," jawab Rania lalu membuahkan senyuman penuh makna kepada Liam di hadapannya. Tangan kanannya spontan sahaja menyentuh tangan kiri Liam yang berada di atas meja.


Emma tidak tahu kenapa kali ini dia tidak dapat berlagak cool dan tidak dapat menyembunyikan perubahan pada expresi di wajahnya. Dia benar-benar merasa tidak senang dengan apa yang dia lihat. Dia menoleh kearah lain kerana tidak mahu mereka berdua perasan akan perubahan pada wajah Emma.


"Yes!! You can serve the dessert now!," jawab Liam lalu menarik tangannya perlahan bila Rania menyentuhnya kerana dia merasa tidak selesa. Dia dapat merasakan wanita itu berminat padanya dari pertemuan mereka siang tadi. Wanita itu tidak henti dari terus memandang wajahnya seolah-olah sudah tertarik hati padanya.


Pada awalnya Liam tidak mahu memikirkan apa-apa kerana mungkin itu hanya perasaannya sahaja. Dan bila wanita itu mahu makan malam bersama dengannya malam ini. Liam tidak menolak kerana wanita itu memberi alasan tidak mahu ikut serta aktiviti ayah dan ibunya yang membosankan dan dia juga tidak suka makan malam bersendirian tanpa teman. Maka Liam bersetuju untuk menemaninya dan tidak memikirkan apa-apa, hanya makan malam bersama. No harm. Dia lakukan sebagai servis istimewa untuk pelanggan VIP-nya. Tapi bila Rania berani menyentuh tangannya tadi. Kini sudah ternyata dan terbukti bahawa wanita itu benar-benar berminat padanya dan Liam harus bersikap profesional menolak pelanggannya dengan baik.


Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now