Part 95

36 4 2
                                    


MEREKA berdua memilih Coffee Club untuk meneruskan perbualan. Di situ Daniel menerangkan kepada Dylan kesemuanya. Tentang hubungan dia dengan Emma dari awal hingga akhir dan juga hubungan dia dengan Bella. Serasanya tiada apa yang tertinggal kerana dia merasa bersalah kerana tidak berterus terang pada Dylan dahulu sebaik sahaja dia mendapat tahu bahawa Dylan menyukai Emma. Dia akui kesilapannya kerana tidak memberitahu Dylan segera dan menyimpannya sehingga 2 tahun lamanya. Dia tidak mahu Dylan melakukan perkara yang akan membuatkan hubungan dia dan Emma bertambah tidak selesa. Itu yang dia khuatirkan. Dia hendak Dylan mengadakan healthy relationship dan bukan cara begini. Ia memberi masa untuk Dylan dan Emma healing and reflect.




Melihatkan Dylan hanya diam mendengar penjelasannya membuatkan dia merasa tidak senang hati kerana Dylan tidak berkata apa-apa seolah-olah begitu marah sehingga dia tidak mampu hendak komen apa-apa.




"I'm sorry bro!! I know all these things happen partly my fault, I admit I'm in a wrong too!" ujar Daniel dengan wajah bersalah.




"Stop!! Please stop! I'm too embarrassed to even say a word! That's why I've been quiet the whole time trying to process everything! Why bro?? Why are you doing this to me! Oh my god! I feel like a fool! Seriously!" ujar Dylan dengan nada tidak percaya lalu bangkit dari sofa. Dia mencapai gelas berisi Americano. Dia mengeluarkan straw dari gelas tersebut lalu meneguk air itu laju dengan sekali nafas sahaja kerana merasa benar-benar kecewa dengan dirinya sendiri. Hampir sahaja dia mendapat brain freeze kerana perbuataannya itu. Dylan mengelengkan kepalanya perlahan kerana tidak percaya selama ini dia telah salah faham dan kerana kebodohannya dia telah terlepas peluang untuk menjalinkan hubungan dengan Emma. Wanita pertama yang berjaya membuatkan dia jatuh hati.




"Why bro?? Kenapa kau sanggup korbankan dan mengenepikan hati dan perasaan kau demi aku!" ujar Daniel lalu memandang kearah Dylan.




"Jika kau di tempat aku kau akan lakukan perkara yang sama, bukan?" ujar Dylan bila Daniel bertanya kepadanya mengapa dia sanggup korbankan cintanya demi kebahagiaan Daniel.




"Who me??? Oh, hell No!! We are talking about Emma here! Only a fool will do that!" jawab Daniel dengan wajah serious.




Dylan menjeling bila Daniel berkata demikian kerana jawapan yang Daniel berikan kepadanya adalah jawapan yang tidak di sangka namun dia tahu Daniel hanya bergurau dengannya kerana dia begitu mengenali Daniel. Dia juga akan melakukan perkara yang sama. They love each other too much.




"Why do I feel like I want to smack you hard brother! Seriously!! I really don't know why! Maybe I love you too much!" ujar Dylan tersengih lalu memeluk Daniel erat. Daniel tersentak terkejut bila Dylan tiba-tiba memeluknya.




Perbuataannya itu cukup membuatkan beberapa pelanggan Coffee Club menoleh kearah mereka berdua sambil berbisik sesama sendiri kerana kelakuan mereka yang mencurigakan. Daniel terdengar akan komen mereka mengatakan bahawa dia dan Dylan berdua adalah 'Lovers!'




"We are brothers! He's the crazy and weirdo one!!" ujar Daniel tersenyum kepada mereka yang menyaksikan perangai mengakal Dylan. Don't gross me out!!" ujar Daniel segera menolak Dylan agar lelaki itu melepaskan pelukannya dan duduk di tempatnya semula. Daniel merasa senang hati bila Dylan sudah kembali kepada perangai mengakalnya maka dia bisa bergurau begitu. Benarkah Dylan dapat menerima berita itu dengan hati terbuka? Begitu mudah Dylan dapat menerimanya? Tidakkah Dylan merasa kesal dengan keputusannya meninggalkan Emma?Dylan mengeluh kecil lalu tersenyum. Merasa lega kerana segala salah faham mengenai dia, Daniel dan Emma selama ini sudah mendapat pencerahan. Hanya dia merasa terkilan kerana telah melakukan kesilapan besar kerana tidak dapat memiliki hati Emma. Apakah daya semuanya adalah di sebabkan salah faham.




Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now