DYLAN melirik kearah Daniel bila lelaki itu tersenyum-senyum sendiri membaca pesanan ringkas yang diterima awal tadi sehingga tidak mempedulikannya yang dia sedari tadi memerhatikannya. Dia sangka Daniel akan merasa seronok bila dapat bertemu dengannya kerana mereka tidak bertemu selama hampir 3 tahun lamanya. Namun kepulangannya hanya di sambut biasa-biasa sahaja oleh Daniel dan tidak istimewa.
"Apa yang seronok sangat?," tanya Dylan bila Daniel meletak handphone di atas meja di hadapannya semula setelah membalas pesanan ringkas yang di terima tadi.
"Tak ada apa-apalah..," jawab Daniel sengaja tidak mahu memberitahu Dylan dengan siapa yang dia berbalas pesanan tadi.
"Nasib baik kau sakit kalau tidak-,"
"Kalau tidak kenapa?," jawab Daniel bila Dylan memberinya amaran.
"Aku dah wrestle dengan kau bro!," ujar Dylan. Dia dengan Daniel tidak pernah aman sejak dari kecil lagi. Sentiasa bergaduh sehingga ibu mereka tidak tahu bagaimana hendak mengawal mereka berdua. Bila sudah meningkat dewasa. Dylan mengambil keputusan dan menimba pengalaman di luar negara manakala Daniel tinggal menemani ibunya. Dylan sudah selesa tinggal di luar negeri maka dia tidak mahu tinggal di negeri kelahiran. Bila sudah berjauhan hubungan dia dengan Daniel menjadi rapat namun bila bertemu mereka berdua seperti anjing dengan kucing.
"Kau ingat aku tak boleh wrestle dengan kau walaupun aku sakit ke??," jawab Daniel merasa tercabar bila Dylan memandang rendah padanya hanya kerana dia sakit.
"Sejak sakit sensitive! Sikit-sikit sentap! Chill ah bro!," ujar Dylan lalu mencapai handphone Daniel yang berada di atas meja di hadapannya. Daniel ingin merampas handphonenya dari tangan Dylan semula namun dia tidak dapat melakukannya kerana Dylan berlari jauh dari katilnya dan dia tidak dapat bergerak kerana tangannya sudah disemat jarum IV dan terdapat banyak wayar-wayar di badannya .
"Kasi balik handphone aku!," ujar Daniel bila Dylan membaca watsappnya dengan Emma. Jika boleh dia tidak mahu Dylan tahu akan hubungannya dengan Emma kerana merasa segan dengan adiknya. Dia berkawan dengan wanita yang berusia 25 tahun yang boleh di gelarkan adik kerana jurang perbezaan umur mereka.
"Your ladyfriend!! Berapa umur?? 25 years old!? Ada ke awek cantik macam ni suka pada kau bro!," ujar Dylan sambil lewa lalu mengembalikan handphone Daniel semula. Dia hanya membaca watsapp Daniel namun dia tidak begitu mengambil perhatian akan gambar wanita yang berjaya menambat hati Daniel. Wajah wanita muda berusia 25 tahun itu hanya di pandang sekilas.
Dylan sedar dia tidak sepatutnya menganggu privasi Daniel dengan membaca watsappnya. Namun perasaan ingin tahu membuatkan dia bertindak demikian kerana dia merasa curious. Apa yang membuatkan Daniel kelihatan ceria dan gembira. Bukan dia tidak suka melihat keadaan Daniel begitu. Dia merasa gembira melihat Daniel bersikap optimistik dan tidak terlalu memikirkan tentang penyakitnya.
Daniel yang dia tahu dahulu tidak sama seperti Daniel sekarang. Daniel yang dahulu seorang ahli perniagaan yang membosankan dan terlalu business minded sehingga dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan pasangan hidup yang dapat membahagiakannya dan hanya memikirkan tentang business sehingga dia bertunang dengan Sophia hanya kerana tujuan itu. No love. Nothing. Dia percaya Daniel tidak pernah punya pengalaman bercinta. He is lame.
Kenyataan Dylan membuatkan Daniel kembali ke alam nyata. Reality check! Perasaan ini hanya sementara. Dia tidak lagi dapat bertemu dengan Emma kerana Emma berada di Australia untuk melanjutkan pengajiannya. Wanita itu sungguhpun tidak sihat. Dia masih cekal mengharungi kehidupannya. Sejak kesihatannya semakin menurun. Daniel tidak lagi mengadakan video call kepada Emma kerana dia tidak mahu wanita itu risau tentang dirinya kerana Daniel tidak pernah memberitahu Emma akan penyakitnya dan keadaannya.
Dia memberitahu Emma dia juga suka padanya namun dia tidak pasti akan perasaannya yang sebenar. Samada dia cinta atau hanya suka pada Emma dan meminta wanita itu memberinya masa. Nasib menyebelahi Daniel bila Emma tidak belajar di Malaysia dan Daniel dapat merahsiakan tentang dirinya. Daniel telah membuat perancangan buat Emma. Dia telah membuat kajian sendiri dan bertanya kepada doktor tentang penyakit Emma. Nasib Emma sama sepertinya. Mereka berdua memerlukan bone marrow yang sesuai untuk menangani cancer mereka.
"Dylan, Thanks," ujar Daniel perlahan. Dia merasa terharu bila Dylan bersetuju untuk mengadakan ujian bone marrow.
"Heh! No thanks necessary! You're my brother! I will risk my life anytime for you bro!," ujar Dylan bila Daniel mengucapkan terima kasih kepadanya. Mereka adik beradik siapa lagi yang hendak membantu jika bukan dia. Dia sayangkan Daniel. Dia mahu melihat abangnya sihat semula.
Daniel tersenyum bila Dylan berkata demikian. Dia benar-benar bersyukur mempunyai adik seperti Dylan. Walaupun berlainan ibu namun hubungan mereka berdua seperti isi dengan kuku yang tidak dapat di pisahkan. Dia sayangkan Dylan kerana Dylan adalah satu-satu adiknya.
"Jangan fikirkan! Hang on! You are a strong person!," ujar Dylan memberi kata perangsang kepada abangnya. Dylan cuba menyembunyikan perasaan sebak dan sedih melihat keadaan Daniel agar lelaki itu tidak merasa tertekan dengan penyakitnya. Dia berdoa agar ujian yang diberikan kepada pihak hospital untuk membantu Daniel serasi dengan sel darahnya. Dylan tahu peluang ianya serasi dengan sel darah Daniel agak cerah kerana pertalian darah mereka, namun Dylan tidak mahu begitu teruja. Dia berdoa moga-moga hasil ujian tersebut positif seperti apa yang dia sekeluarga harapkan.
Daniel tersenyum pahit bila Dylan berkata demikian. Kenapa kata-kata perangsang Dylan tidak begitu menyenangkan hatinya kali ini? Dia tidak merasa teruja kerana dia seolah-olah dapat merasakan bahawa ujian itu tidak berjaya dan dia bukan penerima bone marrow Dylan kerana tidak 'match' walaupun mereka adik beradik kandung.
Ingatannya kembali kepada wanita yang bernama Emma. Emma anak tunggal dan ujian yang di jalankan ke atas kedua ibu bapanya tidak serasi dengannya maka wanita itu tidak berpeluang mendapatkan bone marrow. Wanita itu menderita sakit sejak dia berusia 22 tahun lagi dan bergantung kepada ubat-ubatan yang di berikan doktor dan sering kali berada di hospital untuk mendapatkan rawatan setiap kali penyakitnya menyerang. Dia merasa belas dengan nasib wanita itu. Dia ingin membantu wanita itu dengan pelbagai cara agar wanita itu dapat sembuh semula.
![](https://img.wattpad.com/cover/266759609-288-k434223.jpg)
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...