PUAN AVA menyambut tetamu yang datang menghadiri majlis hari lahir Hayden di muka pintu. Dia menggantikan tempat Bella kerana menantunya pergi ke bilik untuk mendapatkan Hayden. Puan Ava mengalihkan pandangan kearah hadapan di mana dua orang jejaka segak berjalan menuju ke arahnya dengan memberikan senyuman manis kepadanya. Kolam air mata Puan Ava mula bertakung sebaik sahaja terpandang akan orang yang di rindunya.
Sebaik sahaja salah seorang dari mereka hampir dekat kepadanya. Dia terus menarik tangan lelaki itu mencium pipinya lalu memeluknya erat. Lelaki itu membalas pelukannya. Puan Ava langsung tidak mempedulikan mata yang memandang kearahnya.
"I missed you so much mom!" ujar Dylan sebak lalu menoleh mencium pipi mummynya. Masih lagi berada di dalam pelukan ibunya. Dylan mengusap belakang mummynya perlahan cuba menenangkan mummynya. Dia mengerti akan perasaan mummynya. Hampir setahun lebih mereka tidak bersua muka dan hanya bertanya khabar melalui telefon dan video call.
Daniel berdiri di sebelah hanya mampu memandang kearah kedua-dua beranak itu dengan rasa terharu. Dia menoleh kearah sekumpulan wanita berbisik sesama mereka melihat keadaan mereka dua beranak berpelukan begitu. Seperti dalam program jejak kasih lagaknya. Pada awalnya Daniel hanya buat tidak tahu tentang pandangan mereka. Biasalah ibu tak bertemu dengan anaknya sudah lama pasti effectnya begitu. Namun bila dia terdengar akan salah satu komen dari salah seorang dari mereka yang tidak begitu menyenangkan. Daniel segera menarik lengan baju mummynya. Puan Ava menoleh bila terasa lengan bajunya di tarik seseorang.
"Am I'm not your son too???," bisik Daniel perlahan bila ibunya buat tidak endah tentang dirinya.
"Nak jugak??," ujar Puan Ava lalu tersenyum gelihati bila Daniel menunjukkan wajah anak yang dipinggirkan dan tidak disayangi. Makin dewasa makin perangai seperti keanak-anakan.
"Eh nak lah!!," jawab Daniel lalu memeluk Puan Ava dan Dylan.
Terdengar keluhan terperanjat dari kalangan penonton yang menyaksikan program jejak kasih mereka. Daniel tersenyum sebaik sahaja terdengar keluhan mereka.
"Kau dah kenapa bro?? Dah buang tabiat! Aku lemas tau tak!," ujar Dylan bila Daniel memeluknya erat sehingga dia tidak dapat bernafas. Dia tidak menyangka Daniel join sama. Apa hal??
"Ibu the audience thought that you were our sugar mummy!!," ujar Daniel lalu tersengih sebab itu dia sengaja memeluk mereka agar penonton mereka akan lebih terkejut bila ada dua orang lelaki lebih muda lagi kacak memeluk wanita yang separuh usia. Daniel memang tidak menyangkal mummynya masih kelihatan anggun dan cantik dan tiada siapa yang percaya wanita itu mempunyai anak bujang dewasa seperti mereka. Mereka yang tidak tahu menyangka bahawa mummynya mempunyai kekasih atau suami muda bila salah seorang dari mereka keluar menemani mummy mereka shopping.
Sebaik sahaja mendengar komen Daniel. Puan Ava meleraikan pelukannya dan segera menolak Dylan dan Daniel.
"They are my sons!!," ujar Puan Ava lalu tersenyum segan. Audience yang menyaksikan mereka bertiga tersenyum mengerti lalu mengangguk malu. Salah faham mereka sudah dapat di huraikan. Perlahan-lahan mereka bersurai pergi.
"Your sons are so good looking!! Are they married???," terdengar suara sayup-sayup dari beberapa wanita muda tersenyum-senyum menjeling kearah Dylan dan Daniel. Daniel dan Dylan pura-pura tidak memandang kearah mereka kerana merasa mereka berada di center of attraction. Mereka berdua hanya mampu tersenyum kearah mereka. Tiba-tiba merasa overwhelmed, tidak tahu bagaimana hendak menangani situasi sedemikian sedangkan selama ini Dylan tiada masalah diusik wanita sebelum ini. Jika Daniel dia percaya lelaki itu hanya mampu tersenyum sahaja kerana jarang sekali di usik wanita alaf baru.
*****
BELLA berjalan perlahan-lahan mengikut langkah kecil Hayden sambil memimpin tangannya. Matanya terarah ke Ballroom. Kenapa ramai orang berada di luar??? Langkah dipercepatkan kerana mendapati ramai wanita berkerumun di situ. Bella ingin tahu apa yang berlaku. Jika tetamu kenapa mereka berada di luar dan tidak masuk ke dalam ballroom? Bella menyelit di diantara wanita yang berkerumun di hadapan Ballroom turut tersenyum bila menyedari mengapa hanya wanita sahaja yang berada di hadapan pintu, ini semua disebabkan tidak lain dan tidak bukan kerana kehadiran dua jejaka kacak berada di situ.
Dylan membesarkan matanya sebaik sahaja terpandang wajah Bella dan Hayden. Dia segera menuju kearah mereka. Hayden segera menjerit kesukaan sebaik sahaja menyedari lelaki yang menghampirinya itu adalah papanya. Dia melompat-lompat mahu papa mendukungnya. Dylan segera menyambar Hayden lalu mendukungnya. Dia mencium pipi Hayden berkali-kali lalu menoleh kearah Bella dengan wajah ceria.
"You look gorgeous tonight SIL!," bisik Dylan perlahan lalu tersenyum. Kakak iparnya kelihatan cantik dan menawan seperti Bella yang di kenali di awal pertemuan dahulu.
"Awww he's married???," terdengar keluhan hampa dari salah seorang wanita yang menyaksikan mereka bertiga.
Dylan menjengkitkan bahunya tanda 'Too bad'. Dia menunjukkan isyarat mata kepada wanita-wanita yang hampa itu kearah Daniel yang berdiri tidak jauh darinya.
"He's still single!," ujar Dylan lalu tersenyum nakal.
Daniel mengerutkan dahinya bila dia tidak mengerti apa yang Dylan katakan kepada wanita-wanita itu maka mereka semua memandang ke arahnya serentak lalu tersenyum. Namun dia percaya Dylan pasti mengenakannya kerana dia tahu akan perangai nakal adiknya itu.
Bella menggelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum melihat kenakalan Liam. Liam tidak berubah dari dahulu hingga sekarang. Masih terkenal dengan sifat kenakalan. Lelaki dewasa yang berperangai seperti anak kecil.
Bella menoleh kearah Daniel. Pandangan mata mereka bertaut. Bella segera melarikan pandangannya kearah lain kerana merasa tidak selasa tiba-tiba. Dia cuba menahan rasa sebak bila memandang kearah Daniel kerana Daniel mengingatkannya pada Damien tiba-tiba. Damien sering mengenakan suit hitam bila dia akan menghadiri mahkamah dan Bella seringkali mengikatkan tali lehernya. Bella suka melihat suaminya mengenakan suit kerana pada pandangan Bella, Damien kelihatan sexy dan suaminya itu tahu Bella suka setiap kali dia memberitahunya dia akan ke mahkamah untuk menghadiri bicara. Pasti isterinya akan beria-ia membantu membutangkan kemejanya dan mengenakan tali lehernya.
"You look so handsome today abang!," komen yang Bella akan berikan kepada suaminya setiap kali lelaki itu mengenakan suit dan mengenakan tie.
"Eh all of you better masuk ke dalam! Biar ibu sambut tetamu!," ujar Puan Ava lalu menarik tangan Liam dan Bella. Lamunan Bella terhenti bila Puan Ava memegang tangannya. Dia dan Liam menuju ke dalam Ballroom bila diminta berbuat demikian. Puan Ava melambai kearah Daniel pula memintanya masuk ke dalam ballroom kerana tetamu sudah ramai memenuhi ruang Ballroom.
Daniel berjalan menghampiri ibunya.
"Why ibu tak masuk sekali??," tanya Daniel bila ibunya masih berada di luar dan tidak masuk ke Ballroom sedangkan Liam dan Bella semua sudah berada di dalam.
"Semua guest dah sampai ke?," tanya Puan Ava.
"Kalau belum pun ibu tak perlu tunggu di luar! I'm sure there's someone who will usher them in," ujar Daniel bila ibunya merasa gementar dan tidak senang duduk.
"Oh ya! I'm just happy that all of us are here!," ujar Puan Ava sayu. Dia tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya dia dapat mengumpul mereka semua hari ini. Namun dia bersedih hati mengenangkan arwah Damien yang tidak dapat melihat anaknya membesar. Puan Ava reda. Tuhan lebih menyayangi Damien. Dia bersyukur Hayden tidak akan merasa kurang kasih sayang kerana dia dan kedua anaknya akan memberinya penuh kasih sayang.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...