After 2 years
EMMA mencampak kunci biliknya di atas katil lalu merebahkan dirinya di atas katil sebaik sahaja dia tiba di biliknya. Penat bukan main hari ini kerana dia terpaksa berdiri dan berjalan ke sana kemari selama hampir 8 jam. Sedar tidak sedar dia sudah berada di Tokyo, Japan 2 setengah tahun lamanya. Walaupun penat namun dia merasa berpuas hati dan gembira dapat menimba pengalaman bekerja di Jepun. Namun begitu Emma merasa sunyi berada di bumi yang asing. Budaya orang Jepun lain dengan budayanya di Malaysia. Walaupun Emma seorang wanita yang senang dan m udah untuk menyesuaikan diri di mana-mana daerah namun dia merasa rindu dengan keluarga dan teman-temannya di Malaysia.
Sungguhpun dia di kelilingi teman sekerja yang baik dan juga mendapat kenalan yang baru namun dia tidak dapat lari dari merasa kesunyian. Ramai kenalan lelaki barunya yang berbangsa Jepun ingin mengenalinya lebih dekat lagi dan ada juga yang cuba menjadinya kekasih hati mungkin kerana personalitynya yang ramah maka mereka suka dengannya, namun Emma menolak secara baik kerana sehingga kini hati Emma masih belum terbuka untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki.
Emma bangkit dari katil lalu menuju kearah meja yang terdapat laptopnya. Dia menghidupkan lampu sisi lalu menaip password emailnya. Hampir seminggu dia tidak periksa inbox emailnya kerana sibuk dan balik rumah dia begitu letih hendak mengadap laptop.
Emma menekan delete akan email dari advertisement dan offer dari pelbagai brands. Dia terhenti pada email yang diterima dari . Dia tidak pernah menerima email dari address tersebut sebelum ini. Emma menekan email tersebut.
Hi,
It's me that you are looking for.
Regards
Dy
Emma mengerutkan dahinya bila email yang diterima begitu ringkas bunyinya. Apa orang yang memberinya email itu terlupa bahawa dia menulis email bukan wattsapp atau LINE?? Dan siapa pula dia yang mengaku bahawa dia mencarinya?? Haiz!! Macam-macam perangai orang-orang ni.
Emma membalas email yang diterima. Dia meminta pengirim email itu memberi sedikit pencerahan padanya, siapa dirinya dan mengapa si pengirim mengatakan dia adalah orang yang di cari selama ini. Ikutkan hati Emma tidak akan melayan email-email sebegitu kerana dia percaya ianya adalah email scam. Namun dia tidak tahu mengapa dia membalas email si pengirim. Adakah kerana dia terlalu sunyi maka dia melayan email random yang di terima. Emma malas hendak memikirkannya kerana mindanya dan tenaganya penat dan tak larat. Emma mematikan laptopnya lalu kembali ke katilnya semula dan merebahkan dirinya lalu memejamkan matanya.
****
Dylan membuka email yang dibalas. Dylan mengerutkan dahinya bila membaca email balasan yang di terima kerana merasa hairan. Hmm..kenapa dia bertanya siapa dirinya sedangkan si pengirim spam in boxnya selama ini??? Pelik Dylan dibuatnya. Dylan tidak segera membalas kerana jika si pengirim benar-benar mencarinya dan ingin menghubunginya dia akan menghantar email kepadanya lagi.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...