EMMA mencapai lattenya lalu meneguk perlahan. Dia meletak gelas itu di atas meja semula sebaik sahaja terpandang wajah Dr. Aiman di muka pintu Cafe. Emma mengangkat tangannya sebaik sahaja lelaki itu memandang ke arahnya. Dr. Aiman tersenyum lalu mengatur langkah menuju kearah meja yang Emma duduki.
"Sorry I'm late!," ujar Dr. Aiman lalu duduk di sofa berhadapan dengan Emma. Dia tidak menyangka meetingnya akhir agak lewat dari biasa.
"It's ok I pun baru sampai, are you sure you just want coffee?? I nak belanja you lunch you tak sudi," jawab Emma lalu membuahkan senyuman kepada Dr. Aiman.
"I'm on diet..dah put on weight sekarang ni!," jawab Aiman tersengih lalu menyentuh perutnya.
"You look good Dr. Aiman!!," jawab Emma jujur lalu meneguk lattenya perlahan. Walaupun Dr. Aiman sudah menjangkau 50 tahun namun lelaki itu tidak kelihatan seperti lelaki yang berusia 50 tahun. Dr. Aiman mengingatkan Emma kepada Daniel. Daniel juga tidak kelihatan seperti usianya kerana Daniel seorang lelaki yang segak dan kacak.
"Oh really!! I'm flattered," jawab Aiman lalu tersenyum. Dia memandang wajah Emma sekali lagi merasa gembira melihat Emma kelihatan sihat dan radiant. Ramai-ramai pesakit yang di rawat dahulu. Emma merupakan pesakit yang agak istimewa kerana gadis itu berjiwa kental dan tidak pernah berputus asa. Sungguhpun Emma mengetahui bahawa peluang untuknya sihat semula tidak begitu cerah kerana keadaannya ketika itu agak serious dan tiada penderma yang serasi dengannya. Namun kuasa tuhan di saat terakhir dia mendapat penderma yang dapat menyelamatkan nyawa gadis itu.
"Kenapa you pandang wajah I macam itu Dr. Aiman..you are making me feel uncomfortable," jawab Emma lalu tersenyum bila lelaki itu memandang wajahnya sebegitu.
"I'm so sorry..I'm just happy to see that you are well and healthy now!,"
Emma tersenyum bila Dr. Aiman berkata demikian. Dia juga tidak menduga dan menyangka dapat sihat semula setelah apa yang dia lalui 4 tahun dahulu. Emma hampir berputus asa dan pasrah bila mendapat tahu tiada penderma yang sesuai dengannya, namun dia benar-benar terhutang budi dan berterima kasih kepada penderma bone marrow tanpa nama itu membantu menyelamatkan nyawanya. Sehingga kini, Emma tidak ketahui siapa penderma itu kerana si penderma tidak mengizinkan namanya di dedahkan kepada si penerima. Namun Emma tidak pernah berputus asa mahu mendapatkan maklumat itu dari Dr. Aiman kerana dia benar-benar ingin bertemu dengan penderma itu.
"You know I tak akan berputus asa mendapatkan maklumat mengenai penderma yang menyelamatkan nyawa I, I benar-benar terhutang budi padanya and want to say thanks to that person personally," ujar Emma perlahan lalu memandang wajah Dr. Aiman.
"You know I cannot reveal the donor information right! He want it to be anonymous," jawab Dr. Aiman setiap kali Emma memujuknya untuk mendedahkan maklumat si penderma.
Emma tersenyum bila Dr. Aiman tidak sedar atau mungkin dia sengaja memberinya hint mendedahkan sedikit maklumat tentang penderma itu. Selama ini, Emma tidak pernah tahu akan jantina penderma tersebut namun Dr. Aiman telah memberinya sedikit pencerahan bahawa si perderma adalah seorang lelaki.
Dr. Aiman tersenyum lalu meneguk coffeenya perlahan bila dilihat Emma tersenyum manis sebaik sahaja dia berkata demikian. Dia yakin Emma pasti sudah mendapat sedikit maklumat tentang si penderma. Dia tidak menyebut nama si penderma maka dia tidak melanggar penjanjiannya dengan si penderma. Si penderma hanya tidak mahu mendedahkan namanya kepada si penerima.
"You know you pernah berjanji dengan I dahulu jika I pulih you akan tunaikan satu permintaan I," ujar Emma menuntut janji Dr. Aiman padanya dahulu.
Dr. Aiman mengurut dahinya perlahan bila Emma mula menuntut janjinya dahulu. Dia benar-benar tidak menyangka Emma masih ingat akan janji padanya dahulu.
"Are you sure you want to waste your wish by getting the donor info? You can ask for other things? Like present or something? Branded Handbag? No??," pujuk Dr. Aiman cuba merubah pemikiran Emma agar tidak meminta dia menunaikan permintaan ini.
"Dr. Aiman..please! You know I'm going to Japan and will be there for 2 or 3 years! I benar-benar mahu bertemu dengannya sebelum I pergi, I dah lama mencari si penderma and I want to meet that person before I go," pujuk Emma dia mahu bertemu dengan si penderma sebelum dia berangkat ke Jepun.
Dr. Aiman mengeluh kecil bila wanita itu berkata demikian.
"I'm sorry Emma, honestly the person you are looking for tidak berada di Malaysia he's in US to be precise and I don't think you have a chance to meet him, I don't know when he will come back to Malaysia, I'm truly sorry Emma," ujar Dr. Aiman dengan berat hati. Dia ingin menunaikan permintaan Emma akan tetapi untuk menemukan Emma kepada si penderma dalam masa terdekat ini adalah mustahil kerana si penderma menetap di US dan dia tidak tahu bila lelaki itu akan ke Malaysia.
"You can't give me his phone number, name or address?," ujar Emma dengan suara hampa bila Dr. Aiman mengatakan si penderma menetap jauh di US. Ini menunjukkan dia tidak punya harapan untuk bertemu dengannya.
"I'm truly sorry Emma," jawab Dr. Aiman dengan wajah serba salah melihat wajah kecewa Emma. Jika tidak kerana dia telah berjanji dengan si penderma bahawa dia tidak boleh mendedahkan info mengenainya sudah pasti dia memberi nama, no telefon berserta alamatnya kepada Emma.
"Thank you for your time Dr. Aiman," ujar Emma perlahan. Dia mencapai bag tangan ingin segera bangkit dari sofa bila usahanya tidak berjaya dan dia tidak mahu meletakkan Dr. Aiman di tempat yang sukar.
"Emma," tegur Dr. Aiman sebaik sahaja Emma berdiri mahu meninggalkannya.
Emma memandang wajah Dr. Aiman bila lelaki itu menyebut namanya.
Aiman mengeluh kecil lalu menyeluk jaketnya. Dia mengeluarkan sekeping business kadnya. Dia menarik pen yang tersemat di poket jaketnya lalu menulis sesuatu di atas kad tersebut. Sebaik sahaja dia berhenti menulis. Kad itu di serahkan kepada Emma.
Emma menyambut lalu membaca kad Dr. Aiman. Dr. Aiman memberinya alamat email DLD@gmail.com.
"I don't know if this helps and the account is still exist! But no harm trying!," jawab Dr. Aiman lalu memandang wajah Emma. Dia hanya dapat memberi Emma alamat email si penderma selebihnya hanya tuhan yang dapat membantu Emma.

YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
Любовные романыDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...