Part 48

30 4 2
                                    



BELLA tersenyum bila mendapati suaminya Damien sedang duduk membaca buku di ruang tamu. Bella berjalan perlahan-lahan menuju ke arahnya. Sebaik sahaja dia berada di belakang Damien dia memeluk bahu lelaki itu mesra. Daniel terkejut dengan perbuatan mengejut Bella.



"Abang baca buku apa?," tegur Bella lalu menoleh memandang wajah suaminya.



Lidah Daniel kelu untuk berbicara apa-apa kerana terkejut dipeluk Bella dan di sergah wanita itu. Daniel segera meleraikan pelukan Bella kerana dia merasa benar-benar tidak selesa bila Bella begitu selamba dan tidak kekok berbuat demikian. Hendak di salahkan Bella sepenuhnya tidak boleh kerana dia yang menyamar menjadi suami Bella dan Bella tidak tahu. Dia merasa serba salah dan merasa tidak kena setiap kali bersama dengan Bella kerana bimbang dan khuatir akan berlaku perkara yang tidak dia ingini diantara mereka.



"Buku novel," jawab Daniel serba salah bila Bella tiba-tiba duduk di atas pangkuannya. Daniel menelan air liurnya perlahan merasa kurang senang bila wanita itu selamba berbuat demikian. Dia menarik lengan Bella perlahan lalu mendudukkan wanita itu di kerusi di sebelahnya tanpa wanita itu perasan bahawa dia tidak selesa di perlakuan begitu.



"Sejak bila abang suka membaca buku novel ni?," ujar Bella hairan bila suaminya membaca buku Novel dan bukan buku yang membosankan yang hanya berkaitan dengan kerjayanya. Jika tidak kena mengena dengan perundangan. Damien membaca buku yang di anggap membosankan buat Bella.



Bella membelek buku novel yang di baca Damien dengan penuh minat. Daniel memerhatikan Bella tanpa wanita itu sedari. Daniel merasakan Bella sudah bertambah sihat dan semakin pulih. Sudah tiba masanya dia berterus terang kepada Bella mengenai keadaannya. Walaupun ianya adalah perkara yang memilukan buat Bella, namun dia harus memberitahu Bella agar wanita itu dapat menerima nasibnya. Dia akan terus menjaga Bella dan Hayden di sini. Bella masih punya dia dan ibunya. Bella tidak bersendirian.



"Kenapa abang pandang Bella macam tu?," tanya Bella bila suaminya memandang wajahnya sedari tadi.



Daniel segera melarikan pandangannya bila Bella sedar di memandang ke arahnya. Dia tidak berniat hendak merenung wajah Bella. Dia hanya berfikir sendiri tentang Bella yang sudah semakin sihat dan pulih.



"Bella hendak baca buku novel ini?," tanya Daniel bila Bella kelihatan minat membaca buku novel yang bertemakan cinta. Di study room sungguhpun terdapat banyak buku-buku Damien ada juga terdapat beberapa buah buku novel cinta. Dia percaya buku-buku itu milik Bella dan bukan milik Damien.



"Abang dah habis baca ke?," tanya Bella bila Damien bertanya samada dia mahu membaca buku novel yang dibacanya.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now