Part 46

38 4 5
                                    



LIAM duduk di kerusi pejabatnya memandang kearah laptop tanpa berbuat apa-apa. Bibirnya menguntum senyum sedari tadi kerana masih teringatkan tentang pengakuan Emma terhadap dirinya. Semalam, selepas bertemu dengan Emma dia terus menghadiri meeting di luar daerah. Dan pulang semula ke Hotel jam 8.00 malam. Dia terus mencari Emma di restoran namun hampa bila salah seorang staffnya memberitahu Emma bekerja shift pagi. Liam tidak puas hendak bertemu dengan Emma siang tadi kerana kekangan masa. Dia bercadang untuk memberi Emma kejutan dan membawa Emma makan malam bersama namun pelannya tidak menjadi kerana Emma telah pulang ke rumah dan Liam tidak mahu menganggu wanita itu.



Namun hari ini pelbagai pelan yang telah dia rancangkan untuk mereka berdua dan Liam merasa teruja dan tidak sabar untuk meluangkan masa bersama buah hatinya. Liam sengaja tidak menghubungi atau memberi pesanan ringkas kepada Emma kerana dia mahu wanita itu merindunya.



Aida melirik kearah bosnya bila lelaki itu tidak menegur mahu menyapanya bila dia berada di dalam pejabatnya. Selalunya lelaki itu akan menegurnya. Ini sudah lebih 15 minit dia berada di pejabat bosnya dan buat banyak kerja di hadapannya. Merapikan cushion dari sofanya. Menyusun fail-fail yang berserak dari atas mejanya. Memberikan ikan peliharaannya makan. Menyiram pokok-pokok yang terdapat di dalam pejabatnya. Dia langsung tidak menyapa? Apa Liam marah padanya kerana mengambil cuti selama 2 hari? Bukan Liam ke yang suruh dia menjaga 'baby' sehingga dia sembuh?



Aida mengeluh geram kerana dia percaya Liam bersikap dingin kerana marah padanya maka dia tidak mahu menegur mahupun berbual dengannya. Aida menghempas surat-surat peribadi Liam yang diterima dari mailroom tadi di hadapan Liam. Perbuatannya itu cukup membuatkan Liam tersentak terperanjat.



"Eh Aida!! Bila datang??," ujar Liam bila menyedari orang yang menghempas surat-suratnya itu tidak lain dan tidak bukan PAnya Aida. Angin apa pula si Aida mengamuk dengannya melihat cara dia mencampak surat di atas mejanya, bukan Aida baru balik dari bercuti menjaga baby munckinnya ke? Kenapa moodnya tidak baik? Babynya masih tidak sihat?



Aida tidak menjawab dia menjeling bila lelaki itu bertanya bila dia datang.



"Kenapa baby belum baik sakit lagi??," tanya Liam. Mendengar pertanyaannya itu membuatkan dia merasa tidak selesa kerana bunyinya seperti dia dan Aida punya hubungan istimewa. Ceh! Kenapalah si Aida memberi nama anak kucingnya 'baby'.



"Baby sayang dah sihat sekarang!," jawab Aida dengan nada manja merasa berbesar hati bila majikannya bertanya tentang keadaan 'baby'nya. Hilang rasa marahnya pada Liam bila lelaki itu prihatin terhadap babynya.



"O.K..., then kenapa bad mood lagi!" jawab Liam tiba-tiba terasa mual bila Aida cuba meniru gaya manja Mira Filzah bila dia menyebut 'baby' sayang tadi.



"Boss you buat tak tahu langsung bila I masuk tadi, I thought you marah dengan I sebab ambil cuti 2 hari!," ujar Aida lalu menjeling bila Liam bertanya mengapa dia bad mood.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now