EMMA berdiri di belakang Liam. Lelaki itu sibuk berbual dengan beberapa tetamu yang hadir. Emma menepuk lengan Liam perlahan, Liam menoleh setelah menyedari tangannya di tepuk seseorang. Wajahnya kelihatan terkejut. Emma tersenyum melihat wajah terkejut Liam. Namun hatinya merasa sebak dalam masa yang sama.
"Emma??? What are you doing here??," ujar Liam dengan nada terperanjat kerana tidak menyangka Emma akan berada di sini. Dia terpaksa berlagak dan berlakon bahawa dia tidak tahu Emma berada di sini di atas sebab-sebab yang tertentu.
"I'm your delivery girl! Surprise!," jawab Emma cuba memberikan senyuman yang termanis buat Liam namun dia merasakan bahawa senyuman yang di berikan hambar kerana dia tidak mampu menyembunyikan kemelut di hatinya. Namun Emma cuba sedaya upaya untuk tidak membiarkan dirinya terus hanyut dengan perasaannya.
"I'm speechless!! Really!! This can't be real! Am I dreaming??," ujar Liam lalu tersenyum, matanya sempat menjeling sekilas ke arah dimana Daniel berada. Seperti yang di jangka Daniel memandang kearah mereka. Dia percaya Daniel memerhatikan Emma sedari tadi kerana ingin tahu kepada siapa Emma tujui. Wajah Daniel kelihatan terkejut dengan apa yang dia lihat. Liam cuba tersenyum namun dia rasakan senyuman sinis yang dia pamerkan kerana dia tidak mampu mengawal dirinya untuk berbuat demikian. Dia segera menoleh kearah sekumpulan tetamu yang dia berbual awal tadi agar Emma tidak dapat melihat perubahan pada air wajahnya.
"I'm sorry guys talk to you later!," ujar Liam cuba tersenyum. Teman-temannya mengatakan tidak mengapa kepada Liam lalu bersurai pergi. Liam menarik nafas perlahan cuba mendamaikan hatinya. Dia tidak mahu cepat untuk membuat andaian sendiri. Dia bukan seorang lelaki yang mengikut perasaan dan bertindak terburu-buru. Dia tidak mahu emosi menguasai dirinya kerana dia tidak tahu apa-apa tentang hubungan mereka berdua.
Apa yang Liam pasti ada cerita di sebalik hubungan mereka berdua yang Liam tidak ketahui. Dia tidak pasti samada Emma tahu bahawa dia dan Daniel adalah adik beradik. Melihat dari perlakuan Emma yang selamba, dia percaya Emma tidak tahu akan hubungan dia dengan Daniel. Terkejutkah Emma bila mengetahuinya nanti. Adakah hubungan mereka akan menjadi komplikasi?? Adakah mereka akan terlibat dengan cinta 3 segi??? Liam cuba untuk tidak memikirkan perkara yang belum pasti. Cinta 3 segi?? Tak mungkin!! Dia percaya ini semua hanya mainan fikirannya sahaja.
Emma menoleh memandang kearah lain cuba mengisi fikirannya dengan memerhatikan ragam tetamu yang hadir. Matanya terpandang kearah Daniel yang berada di meja tidak jauh dari dia dan Liam berada. Lelaki itu sedang berbual dengan seorang wanita matang yang cantik. Emma segera mengalihkan pandangannya kearah lain kerana dia tidak mahu Daniel mengetahui dia memandang ke arahnya. Emma percaya Daniel adalah salah seorang tetamu yang di undang untuk majlis Hayden kerana terdapat seorang anak lelaki kecil yang sebaya Hayden duduk di antara Daniel dan wanita matang itu.
Liam mengeluh kecil lalu memusingkan badannya semula kearah Emma. Senyuman terukir dibibirnya.
"Emma darling I didn't know you missed me so much that you came all the way here to see me!," usik Liam lalu mencapai hadiah dari tangan Emma. Dia mula melangkah perlahan. Emma berjalan mengiringinya mengikut kemana arah Liam pergi.
"Eh jangan nak perasan eh!," jawab Emma tertawa kecil bila Liam berkata demikian. Perbuatan Liam sedikit sebanyak membuatkan Emma merasa rileks seketika kerana ia berjaya membuatkan Emma lupa akan kejadian mengejut tadi.
"Dylan!! Who is this??," tegur Bella lalu tersenyum bila Liam bersama dengan seorang wanita yang tidak di kenali. Dari jauh dia melihat Liam berbual mesra dengan wanita yang dia tidak kenali. Mungkin itu adalah kenalan wanita Liam yang tinggal di Jakarta.
Emma tersentak bila wanita cantik yang di lihat awal tadi menegur Liam. Namun Emma perasan dia menyebut 'Dylan' dan bukan Liam. Siapa wanita itu? Adakah wanita itu Bella? Jika tekaannya itu benar, Emma merasa kagum melihat kejelitaan wajah kakak ipar Liam yang bernama Bella. Wanita itu kelihatan seperti wanita yang belum berkahwin.
Wanita cantik yang berada di sebelah Liam yang tidak diketahui namanya itu membalas senyumannya lalu menyambut huluran tangannya.
"Emma..," ujar Emma memperkenalkan dirinya setelah yakin wanita anggun itu adalah Bella.
"Saya Bella kakak ipar Dylan. Emma dari Jakarta?? Tak tahu pula Dylan ada kenalan tinggal di Jakarta?," ujar Bella mesra lalu memandang wajah adik iparnya.
"No..She's not from Jakarta! She's one of our employees!," ujar Liam bila Bella bertanya kepadanya tentang Emma.
Emma menggigit bibirnya merasa agak tersinggung dengan cara perkenalan Liam berikan kepada Bella. Liam memperkenalkan dia sebagai salah seorang pekerja di Hotelnya. Dia tidak sepatutnya tergores hati kerana jawapan yang Liam berikan tidak salah, kerana dia sememangnya pekerja di Hotel Liam, namun mengapa dia merasakan cara Liam menjawab seolah-olah menekannya bahawa mereka berdua tiada hubungan istimewa dan hanya majikan dan pekerja sahaja. Adakah itu apa yang Liam rasakan bila dia meminta lelaki itu tidak mengumumkan hubungan mereka berdua?
"Oh I see!! You must be special?? Dylan!! Eh come join us jauh-jauh datang!," ujar Bella tersenyum lalu menjeling memandang wajah Liam. Lelaki itu hanya tersenyum bila Bella berkata demikian. Bella menarik lengan wanita yang bernama Emma.
"Eh it's ok!! I cuma hantarkan barang sahaja!," jawab Emma serba salah bila Bella menarik lengannya untuk ke meja mereka. Emma menoleh kearah Liam yang berada di belakangnya meminta lelaki itu berkata sesuatu. Dia tidak mahu menganggu majlis Hayden. Dia bukan tetamu hanya menghantar hadiah Hayden dan tiada niat mahu hadir sama. Dia tahu ini family event dan dia tidak mahu menganggu privasi mereka sekeluarga.
Liam dapat membaca apa yang berada di fikiran Emma dia hanya mampu menjungkitkan bahu lalu tersenyum menandakan dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Emma menoleh ke hadapan semula. Wajahnya tiba-tiba menjadi pucat bila menyedari Bella menarik lengannya kearah di mana Daniel duduki. Jantungnya berdegup kencang seperti hendak terlucut rasanya. Semakin dia melangkah hampir ke meja itu. Semakin lemah lututnya. Seperti hendak menangis Emma di buatnya kerana dia tidak dapat memikirkan apa yang berlaku sebenarnya? Otak Emma menjadi buntu. Ingatannya kembali kepada nama yang di sebut Bella tadi. Dylan???? Nama Dylan terngiang-ngiang di cuping telinga. Hatinya menjadi lemah. Dia tidak mahu apa yang di sangka itu menjadi benar.
Seperti Emma. Daniel juga kelihatan terkejut bila melihat Bella menarik lengan Emma kearah mejanya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...