Part 34

32 5 4
                                    


BELLA duduk termenung merenung kearah anak lelaki kecil berusia 3 tahun bermain-main dengan seorang wanita di halaman rumah. Sesekali dia mengalihkan pandangannya kearah rama-rama berterbangan ke sana dan kemari. Bella tersenyum sedikit merasa terhibur dengan gelagat si rama-rama. Bella tersentak bila kerusi yang di duduki dilanggar bola anak lelaki kecil itu.


"Ball! Ball!," jerit anak kecil itu kepadanya.


Bella hanya memandang kearah bola itu sekilas lalu mengalihkan pandangannya kearah rama-rama tadi. Bola yang berada di bawah mejanya tidak di sentuh langsung kerana dia lebih berminat pada rama-rama itu.


Bella menoleh bila ada seseorang mencapai bola itu lalu di campakkan kepada budak lelaki kecil itu. Hayden tersenyum gembira mendapat bolanya kembali dia melambaikan tangannya kepada lelaki itu, lelaki itu membalas lambaian tangan Hayden. Hayden menyambung bermain bola dengan neneknya semula. Bella memandang wajah lelaki yang duduk di sebelahnya dengan wajah teruja. Dia menarik lengan lelaki itu agar dia duduk di sebelahnya.


"Abang! Abang kenal siapa budak dan orang tua tu?," ujar Bella lalu merangkul lengan lelaki yang di panggil abang mesra.


Lelaki itu merasa sayu setiap kali wanita itu bertanya padanya siapa wanita dan budak kecil itu. Dan setiap kali itu juga dia akan memberitahu Bella bahawa itu adalah Hayden dan wanita itu adalah ibu mertuanya Ava. Bella hanya dapat mengingati maklumat itu sehari sahaja. Dan akan kembali bertanya soalan yang sama keesokan hari kepadanya lagi siapa mereka.


"Hayden dan ibu Ava!," jawabnya ringkas.


"Siapa mereka abang! Mereka tinggal bersama kita ke? Bella suka kalau ramai orang tinggal bersama kita jadi Bella tak sunyi bila abang pergi bekerja, Bella boleh bermain-main dengan budak kecil itu," jawab Bella lalu memeluk lengan lelaki itu erat.


"Bella tak akan merasa sunyi kerana abang, Hayden dan ibu Ava ada bersama kita!," ujar lelaki itu lembut seakan memujuk Bella. Bella tersenyum lega bila lelaki itu berkata demikian. Dia tidak mahu kehilangan suaminya yang tercinta dan juga Hayden dan Ibu Ava. Dia akan merasa sunyi jika mereka tiada menemaninya.


"Bella makan ubat ni sayang!," ujar lelaki itu lalu menyentuh tangan Bella yang sedang berkhayal memandang kearah rama-rama.


Bella menoleh bila terdengar suaminya menyebut namanya. Bila di lihat bekas ubat berada di tangan lelaki itu dia segera menggelengkan kepalanya berkali-kali tanda tidak mahu makan.


"Eh kenapa ni sayang! Kalau tak makan ubat macamana sayang hendak pulih?? Sayang kata sayang hendak cepat pulih agar abang dapat bersama sayang! Bukan kah itu janji sayang pada abang," pujuk lelaki itu bila Bella enggan mengambil ubatnya.


Kolam air mata Bella mula bertakung bila lelaki itu berkata demikian kerana merasa sedih. Dia rindukan suaminya. Dia mahu bersama suaminya. Setiap kali dia sedar dari tidur lelaki itu tidak berada di sisinya. Dia mahu tidur bersama suaminya, namun suaminya mengatakan dia tidak sihat dan mahu dia sihat semula maka mereka dapat bersama seperti dahulu. Bella tidak suka pada ubat kerana ubat pahit. Dan dia tidak mengerti mengapa suaminya mengatakan dia tidak sihat. Dia sihat dan tidak merasa sakit apa-apa tapi mengapa suaminya seakan menjauhkan diri darinya dan tidak mesra seperti dahulu.


"Kenapa sayang pandang abang macam tu?,"


"Abang tak sayangkan Bella lagi ke??," ujar Bella dengan linangan air mata tiba-tiba merasa sayu.


"Eh kenapa pula abang tak sayangkan Bella? Kalau abang tak sayang, abang tidak akan berada di sini bersama Bella, sebab abang sayangkan Bellalah abang hendak Bella pulih dan sihat seperti dahulu," pujuk lelaki itu dengan suara lembut.


Ava menoleh kearah Bella. Dia memandang wajah lelaki yang bersama dengan Bella dengan wajah sayu. Dia merasa kasihan melihat nasib mereka bertiga. Dia hanya mampu berdoa agar Bella pulih dan mereka bertiga dapat hidup bahagia seperti dahulu. Dia kasihan pada Hayden kerana Bella tidak ingat dan masih belum dapat menerima bahawa Hayden itu adalah anaknya kerana dia masih menyangka bahawa dia tidak mempunyai anak sebelum ini dan anaknya masih berada di dalam kandungannya dan belum di lahirkan sedangkan dia telah melahirkan Hayden 3 tahun yang lalu.


"Betul abang akan bersama Bella dan tidak akan tinggalkan Bella???," ujar Bella lalu memandang wajah suaminya tepat kerana mahukan kepastian darinya.


"Abang akan bersama sayang, jadi abang hendak sayang makan ubat supaya Bella sihat dan anak di dalam kandungan Bella juga sihat seperti ibunya," ujar lelaki itu lalu tersenyum. Bella memandang wajah suaminya bila lelaki itu berkata demikian. Dia memandang ke arah perutnya.


Bella menyentuh perutnya lalu di usap perlahan dengan kasih sayang. Ya, dia perlu sihat supaya bayi di dalam kandungannya juga sihat. Bella mencapai bekas berisi beberapa butir pil. Dia memasukkan ubat pahit itu ke dalam mulutnya. Dia mencapai gelas berisi air dari suaminya.


Lelaki itu meminta Bella membuka mulutnya. Bella membuka mulutnya membuktikan bahawa dia telah menelan pil-pil itu dan tidak membuangnya.


"That's my wife!," ujar lelaki itu tersenyum. Bella turut tersenyum bila mendengar pujian dari suaminya. 








Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now