Part 75

51 3 5
                                    


"YOU tak terkejut bila I sebut nama Daniel tadi?" tanya Emma bila Liam tidak kelihatan terkejut bila dia menyebut nama Daniel ketika mereka makan bersama tadi. Liam kelihatan cool, calm and collected dan tidak flinched sedikitpun seolah-olah dia sudah menemui jawapan mengenai hubungan dia dan Daniel. Adakah Daniel yang memberitahu Liam tentang hubungan mereka dahulu maka lelaki itu tidak merasa terperanjat bila dia menyebutnya tadi.


Liam tidak menjawab pertanyaan Emma. Dia menyuap brownie desert yang di sediakan oleh Emma ke dalam mulutnya bila Emma bertanyanya soalan demikian. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Emma mengutarakan perkara itu kepadanya kerana dia tidak mahu mendengar apa-apa tentang hubungan Daniel dan Emma. Namun bila Emma menyebut Daniel dia tidak dapat lari dan terpaksa menghadapinya.


"The thought of you and Daniel did crossed my mind," jawab Liam perlahan lalu meletak garpu yang di gunakan di atas piring. Dia menolak piring itu ke hadapan. Orang kurang cerdik sahaja yang tidak akan perasan dan tahu akan hubungan Emma dan Daniel. Kini dia mengerti mengapa Emma tidak terbuka hati padanya bila dia meluahkan perasaannya kepada wanita itu dahulu. Hati Emma hanya untuk Daniel dan bukan dirinya. Mendengar Emma menyebut dan memuji Daniel cukup membuktikan bahawa Emma masih cintakan Daniel.


Emma memandang wajah Liam bila lelaki itu berkata demikian. Dia tidak dapat membaca apa yang berada di fikiran Liam. Apa yang Liam tahu tentang dia dan Daniel?


"So???," tanya Emma ingin tahu buah fikiran Liam kerana jawapan yang di berikan Liam terlalu vague.


"I'm happy that you both get back together," jawab Liam mengukir senyuman lalu memandang wajah Emma bila wanita itu bertanya padanya. Liam tidak mahu menjadi penghalang cinta mereka. Dia mahu Emma faham dan mengerti bahawa hubungan mereka berdua tidak lebih dari teman biasa.


"That's it?? You are happy that we both get back together?," jawab Emma dengan wajah tidak percaya. Adakah dia tersilap dengar atau memang itu yang Liam katakan kepadanya. Liam gembira hubungan mereka kembali semula? Liam tidak memprotes apa-apa?


"Yes of course! What is there not to be happy?," jawab Liam lalu tersenyum lagi. Dia sedikit tidak menunjukkan bahawa dalam hati dia tidak rasa seperti apa yang diungkapkan. Dia terpaksa melepaskan Emma demi kebahagiaan mereka berdua.


Emma merenung wajah Liam cuba melihat kebenaran kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Liam kelihatan selamba dan seperti tidak terkesan langsung akan hubungan dia dengan Daniel. Liam sedikit tidak merasa cemburu dan kisah? Adakah dia hanya perasan bahawa lelaki itu suka padanya dan sekali lagi dia hanya bertepuk sebelah tangan? Jadi selama ini Liam hanya mahu menduga hatinya dan tidak pernah serious dengannnya dahulu? Emma merasa sakit hati bila menyedari bahawa Liam tidak benar-benar bermaksud akan kata-kata yang pernah dia luahkan kepadanya dahulu. Dasar seorang player! Emma dari dahulu lagi sememangnya tidak pernah percaya pada lelaki yang kacak dan tampan seperti Liam yang suka menabur ayat-ayat cinta padanya dahulu. Namun pada Emma, Liam terkecuali kerana dia dapat merasakan bahawa lelaki itu benar-benar jujur dan bermaksud bahawa dia suka padanya. Namun kenyataannya mengenai Liam salah sama sekali kerana Liam sama seperti lelaki-lelaki lain yang suka mempermainkan hati wanita.


"You can't be serious!!??," jawab Emma dengan wajah terkejut setelah di lihat Liam sedikit tidak menunjukkan bahawa dia berbohong bila dia mengatakan dia gembira dengan hubungan Emma dan Daniel.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now