EMMA membetulkan nametagnya dan merapikan rambutnya lalu berdiri tegak memandang ke hadapan. Memandang ke hadapan. Hampir semua pekerja Hotel yang bermula bertugas hari ini berhimpun di salah satu bilik ball room. Mereka akan di perkenalkan kepada MD Hotel dan akan mendapat taklimat tentang tugasan mereka. Emma tidak sabar mahu berkhidmat di Hotel ini. Dia mahu menjadi pekerja yang baik.
"Sis bekas pramugari ke??," teguran dari seseorang cukup membuatkan Emma menoleh kearah wanita yang menegurnya.
"Pramugari tak adalah? Kenapa sis tanya macam tu?," tanya Emma ingin tahu. Yalah. Kalau orang tegur selalu tanya nama siapa? Kerja di bahagian apa? Ini tidak terus tanya samada dia bekas pramugari. Pelik betul soalan itu! Tapi ok Jugalah tak cliché. Senyum Emma sendiri.
"Then sis seorang model?," tanya wanita itu lagi.
"Pun bukan! Kenapa ye?," jawab Emma dengan wajah pelik bila wanita itu bertanya samada dia seorang model. Ia membuatkan Emma mengimbau kembali kenangan sewaktu pertama kali dia menegur abang Daniel. Dia juga menyangka Daniel itu seorang model lelaki. Dimana Daniel sekarang? Sehingga kini dia tidak dapat melupakan lelaki itu. Dia masih mencari jawapan untuk teka teki nota yang di berikan kepadanya pada malam yang dia sepatut bertemu dengan Daniel. Dan dia tidak pula bertanya kepada Sophia teman Daniel kerana dia masih belum punya kesempatan untuk bertanya kepadanya. Dia hanya berharap Daniel akan membuat kejutan kepadanya nanti. Dia dapat merasakannya. Dia yakin Daniel akan memberinya alasan yang munasabah kenapa dia tidak dapat bertemu dengannya pada malam kelmarin. Emma berharap benar apa yang difikirkan akan menjadi kenyataan.
"Tak! Sebab cara penampilan sis seperti air hostess atau model," jawabnya jujur lalu memandang wanita cantik yang di tegurnya tadi. Orang sepertinya layak bekerja tempat-tempat yang di sebutnya tadi.
"Oh! Ah sis memang suka tengok cara air hostess menjaga penampilan dia orang dan suka tengok posture model jadi sis ikut tip dia orang!," jawab Emma ramah lalu tersenyum. Dan dia juga mahu kelihatan cantik bila berhadapan dengan Daniel nanti.
"Wah bagus juga idea sis kan! Saya pun nak ikutlah cara sis! Nama saya Aishah. Nama sis?," jawabnya lalu memperkenalkan diri. Dia merasa senang bertemu dengan wanita cantik yang tidak sombong itu.
"Salam perkenalan. Nama sis Emma Elise, panggil Emma sahaja!," jawab Emma menyambut huluran tangan wanita yang bernama Aishah itu dengan senyuman. Dia merasa senang bila mendapati wanita yang bernama Aishah itu bekerja sama department dengannya kerana mereka memakai baju uniform yang serupa.
"Sis pun kerja bahagian banquet! Samalah kita! Bestnya!," ujarnya dengan wajah ceria. Namun matanya terpandang akan jawatan tertera sama di nametag wanita cantik itu cukup membuatkan dia terdiam seketika.
"Kenapa Aishah?," tanya Emma bila wanita itu tiba-tiba terdiam.
"Akak manager??," ujarnya lalu memandang wajah wanita cantik itu.
Emma tidak menjawab malah tersenyum bila Aishah berkata demikian.
"Oh kita cuma pelayan biasa sahaja!," jawab Aishah perlahan merasa rendah diri tiba-tiba. Dia tidak menyangka wanita cantik itu berpangkat manager kerana dia menyangka wanita itu pelayan sepertinya.
"Lah kalau restoran tak ada pelayan tak berjaya juga kan! Kita saling perlu memerlukan!," jawab Emma lalu tersenyum bila Aishah berkata demikian. Manager ke! Pelayan ke! Chef ke! Tukang cuci pinggan ke! Semua bekerja di bawah satu bumbung. Tanpa semua itu tak ada wujudnya restaurantkan!," jawab Emma tersenyum lagi. Dia faham dan mengerti apa yang Aishah fikirkan dan dia tidak seperti yang Aishah bayangkan. Dia mahu menjadi manager yang adil dan disenangi oleh anak buahnya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...