Part 17

28 4 8
                                    



EMMA bangkit dari sofa lalu menuju kearah almari yang terdapat di sudut pejabat Cik Sophia. Dia situ terdapat beberapa keping frame gambar Cik Sophia bersama keluarga dan juga bersama Daniel. Dia baru tahu Sophia sudah bersuami kerana di salah satu frame itu terdapat gambar perkahwinannya. Dan disebelah frame dia bersama suaminya gambar hanya dia dan Daniel. Emma mencapai frame tersebut lalu menatap wajah Daniel yang tersenyum. Dia menjadi rindu pada lelaki itu semula. Dia tidak tahu kenapa Daniel tidak menemuinya malam kelmarin dan kenapa lelaki itu tidak menghubunginya. Apa yang telah terjadi kepada lelaki itu? Kenapa Daniel tidak meninggalkan apa-apa pesanan kepadanya?




Emma meletak semula frame itu ke tempat asalnya dan kembali ke sofa bila Sophia masuk ke dalam biliknya. Sophia perasan Emma melihat gambarnya bersama Daniel. Namun dia tidak berkata apa-apa. Dia menuju kearah sofa di mana Emma berada.



"Maaf sebab saya menganggu cik Sophia!," ujar Emma memulakan bicara. Dia tidak mahu membuang masa Sophia kerana Sophia salah satu BOD Hotel ini dan dia percaya wanita itu sibuk. Namun dia tidak dapat menahan dirinya lagi kerana dia ingin tahu tentang Daniel. Dia tidak dapat teruskan hidup tanpa tahu akan sebab mengapa Daniel menghilangkan diri.



"Kalau tujuan awak bertemu dengan saya mengenai Daniel! Saya minta maaf kerana tidak dapat hendak membantu Emma," ujar Sophia lalu memandang wajah Emma tepat. Dia tidak menyangka Emma benar-benar menunggu Daniel selama ini. Dia sangka hubungan mereka akan berhenti setakat itu kerana Daniel tidak lagi menyebut nama Emma setelah wanita itu kembali. Dan Daniel pula sibuk dengan kerjanya semula. Sehinggalah hari terakhir Daniel. Dia benar-benar tidak menyangka hubungan mereka berdua serius sehingga Emma datang mencarinya kembali.



Emma tidak berkata apa dan hanya mampu mendiamkan diri bila Sophia mengatakan dia tidak dapat memberitahu Emma tentang Daniel. Jadi benarlah dia hanya bertepuk sebelah tangan selama ini. Daniel tidak pernah menganggapnya lebih dari seorang adik atau teman yang seringkali dia katakan kepadanya ketika mereka masih berhubungan dahulu. Apa yang dia tidak mengerti mengapa lelaki itu begitu pengecut dan tidak dapat memberitahunya sendiri. Dia benar-benar kecewa dengan sikap Daniel. Walaupun ianya bukan jawapan yang di cari mengenai misteri Daniel. Namun dia reda mereka berdua tiada jodoh dan hubungan mereka hanya setakat di sini sahaja. Emma mahu melupakan Daniel dan memulakan kehidupan baru. Dia mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya dan tidak lagi mahu memikirkan tentang Daniel.



"Terima kasih kerana meluangkan masa untuk saya Cik Sophia," ujar Emma lalu bangkit dari sofa. Dia tidak mahu menganggu pekerjaan Sophia dan ingin segera keluar dari bilik Sophia.



"Lupakan Daniel, Emma. Untuk kebaikan awak juga. Saya tidak mahu awak mengharapkan dia!," ujar Sophia perlahan ketika Emma membuka pintu untuk keluar dari pejabatnya.



"Don't worry, I will," jawab Emma perlahan lalu menutup pintu pejabat Sophia. Dia berhenti seketika di luar bilik Sophia cuba membuang perasaan sedihnya. Dia berjalan perlahan menuju kearah lif sebaik sahaja lif buka Emma melangkah masuk ke dalam lif menekan butang lobby.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now