Part 66

27 2 0
                                        

DYLAN mengetuk pintu Suite 587 beberapa kali. Seketika kemudian pintu di buka. Bella memandang wajah Dylan yang kelihatan segar bugar. Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 7 pagi.

"Morning SIL!!," ujar Dylan dengan wajah ceria lalu tersenyum. Senang melihat wajah Bella.

"Dy..it's 7.00am!! Awalnya nak pergi mana??," ujar Bella membuka pintu luas membenarkan Dylan masuk ke dalam Suite. Selepas menyediakan susu Hayden pagi tadi dia terus sambung tidur kerana tidak dapat menahan rasa mengantuk. Dia melayan Hayden semalam sehingga ke jam 2 pagi kerana Hayden terlebih aktif dan tidak mahu tidur.

"Eh tak Breakfast?? Semua belum bangun lagi ke??," ujar Dylan lalu duduk di sofa. Dia menoleh kearah 2 bilik lagi yang pintunya masih tertutup rapat.

"Breakfast??? Why don't you breakfast dengan your lady friend sahaja??," ujar Bella sambil lewa lalu duduk di sofa dihadapan Dylan. Dia menepuk cushion perlahan lalu berbaring di atas sofa panjang.

"Lady friend???," tanya Dylan lalu menoleh kearah pintu yang di buka seseorang.

"Lady friend?," tanya Daniel lalu menoleh kearah Dylan bila dia terdengar Dylan menyebut ladyfriend ketika dia membuka pintu biliknya tadi. Daniel berjalan menuju kearah kitchen lalu membuka peti sejuk. Dia mengeluarkan sebotol mineral water lalu mencapai gelas bersih dari cabinet. Dia menuang air ke dalam gelas lalu meneguk air sejuk itu perlahan.

"My co worker you mean? Ah I don't want to disturb her! Tak elok ganggu milik orang!," ujar Dylan sambil lewa.

Daniel tersedak bila Dylan berkata demikian. Dylan menjengahkan kepalanya bila dia terdengar Daniel batuk kuat kerana tersedak. Daniel mencapai tisu yang berada di kaunter lalu mengelap mulutnya dan bajunya yang basah terkena air.

"Are you ok bro?? Siapa sebut nama kau pagi-pagi bro sampai kau tersedak macam tu??," ujar Dylan lalu tersenyum sinis bila Daniel tersedak air sejuk yang di minumnya. Tersedak terperanjat mendengar komennya tadi?

Daniel tidak memberi komen apa-apa. Dia berjalan menuju kearah sofa lalu duduk di sebelah Dylan.

"Hayden masih tidur??," tanya Daniel kepada Bella. Dia dan Bella melayan Hayden semalam hingga ke jam 2 pagi kerana anak itu aktif dan tidak mahu tidur.

"Ya, biar dia tidur penat agaknya bermain-main sampai jam 2 pagi!," jawab Bella tanpa menoleh kearah Daniel matanya dipejam tidak larat membuka matanya kerana mengantuk.

Daniel menoleh kearah Dylan pula. Lelaki itu sibuk menyelusuri Internet dari handphonenya.

"Your co-worker kau rapat dengan dia ke??," tanya Daniel lalu menjeling kearah Dylan yang kelihatan begitu seronok bermain game di handphonenya.

"Rapat and I'm almost fall for her, but I've got to know that she like someone else! So no chance!," jawab Dylan dengan wajah selamba.

Daniel menelan air liurnya perlahan bila Dylan berkata demikian. Dylan suka pada Emma? Dan Emma pula sukakan orang lain? Siapa? Adakah dia yang di maksudkan Emma? Bukan semalam Emma nyatakan kepadanya dia tidak lagi menyimpan apa-apa perasaan terhadap dirinya kerana dia sudah mula menerima hati lelaki lain? Daniel tidak merasa sakit hati atau kecewa dengan pengakuan Emma kerana dia telah lama kuburkan perasaannya terhadap Emma dan mahu wanita itu mencari kebahagiaan dengan orang lain. Hubungan dia dengan Emma kini hanya kenalan biasa dan tidak lebih dari itu.

"She's taken??," ujar Daniel dengan nada terkejut bila Dylan mengatakan hati Emma sudah di miliki. Daniel memandang wajah Dylan ingin mencari kesungguhan di wajahnya bila dia mengatakan dia suka pada Emma. Dia tidak dapat membaca reaksi di wajah Dylan. Dylan berwajah selamba dan tidak menunjukkan bahawa dia merasa kecewa bila mengetahui hati Emma sudah di miliki. Betulkah Dylan benar-benar suka pada Emma?? Atau Dylan hanya bergurau dengannya. Jika Dylan benar-benar suka pada Emma masakan dia kelihatan selamba sahaja bila mengetahui hati wanita itu sudah di miliki. Dia yakin Dylan hanya bergurau dengannya bila dia mengatakan dia suka pada Emma.

"Kenapa kau terkejut bro?? Hai! orang cantik macam dia tentu ramai lelaki suka padanya?," ujar Dylan sambil lewa dia sedikit tidak menoleh kearah Daniel bila lelaki itu merasa terkejut bila dia mengatakan sudah berpunya. Daniel terkejut??? Dia lagi terkejut bila mendapati Daniel terlebih dahulu memiliki hati Emma. Tidak pernah terlintas di pemikirannya bahawa Emma itu adalah teman wanita Daniel. Dia tahu Daniel pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang jauh lebih muda darinya dahulu. Waktu itu Dylan tidak pernah ambil tahu atau mahu mencampuri urusan Daniel kerana dia lebih menghormati privasi Daniel.

Pada Dylan, jika Daniel mahu berkongsi dengannya, Daniel akan memberitahunya tentang wanita yang di sukai. Daniel tidak berkongsi apa-apa selain wanita itu adalah kenalannya. Namun melihat cara Daniel melayan kenalan wanita yang di katakan biasa, tidak kelihatan seperti biasa pada matanya, cara layanan Daniel berikan seperti wanita itu istimewa di hatinya. Daniel hanya tidak mahu mengakuinya bila Dylan mengusiknya. Daniel sering menekankan padanya bahawa wanita itu kenalan biasa dan dia tidak akan dapat bersama dengannya kerana penyakit Daniel. Dia tidak mahu mengecewakan wanita itu kerana dia tidak dapat memberikan wanita itu kebahagiaan.

Dylan tidak begitu bersetuju dengan pendapat Daniel. Kerana soal ajal maut dan jodoh adalah urusan tuhan. Dia menggalakkan Daniel meneruskan hubungannya dengan wanita yang disukai walaupun ketika itu keadaan Daniel agak kritikal.

Bella bangun dari sofa lalu memandang wajah Daniel dan Dylan bila terdengar akan perbualan mereka mengenai seorang wanita. Daniel menoleh memandang wajah Bella bila wanita itu tiba-tiba bangkit dan tidak sambung tidur semula. Dia percaya perbualannya dengan Dylan telah menganggu tidur Bella.

"SIL where are you going?? Are we too loud??," tegur Dylan tersenyum bila di lihat Bella bangkit menuju kearah biliknya. Mungkin Bella merasa terganggu bila mereka berdua berbual-bual ketika dia sedang tidur.

Bella tidak menjawab hanya tersenyum bila Dylan menegurnya. Dia membuka pintu biliknya lalu masuk ke dalam. Dia menutup pintu biliknya rapat. Memberi kedua-dua lelaki itu privacy untuk berbual mengenai wanita yang sama. Dia tidak mahu mereka berdua merasa tidak selesa kerana dia berada di situ.

Daniel merasa sedikit hampa bila Dylan mengatakan hati Emma sudah di miliki oleh lelaki lain. Dylan tidak suka pada Emma? Melihat cara Dylan menjawab pertanyaannya mengenai Emma. Ianya seperti tidak meninggalkan kesan apa-apa terhadap dirinya seolah-olah ia tidak menjadi apa jika dia tidak dapat merebut hati Emma. Adakah Dylan tidak begitu serius dan hanya mencuba nasibnya sahaja? Dan bila mengetahui hati wanita itu sudah di miliki maka Dylan tidak berminat untuk bersaing dan merebut hati Emma semula?

"Are you being serious??," tanya Daniel bila melihat perangai acuh tak acuh Dylan. Dia mahu tahu adakah Dylan benar-benar serius sukakan Emma?

"Serious about??,"

"Emma!," ujar Daniel ringkas.

Dylan terkedu seketika bila Daniel menyebut nama Emma. 'Game over!' kedengaran game yang di main awal tadi menyebut 'Game Over!' seolah-olah memberitahunya bahawa hubungan dia dengan Emma game over kerana dia tidak dapat menandingi pihak lawannya. Dia kini mengerti mengapa Emma belum bersedia menyerahkan hatinya kepadanya kerana Emma masih cintakan Daniel.

Emma masih mengharapkan cinta Daniel dan dia akui dia tidak dapat menandingi Daniel kerana lelaki itu adalah insan pertama yang Emma cintai. Emma tidak dapat menerima hati lelaki lain kerana hatinya telah diserahkan kepada Daniel. Pertemuan Emma dan Daniel telah menyambungkan hubungan mereka yang terputus dahulu dan Dylan tidak mahu menjadi pemisah hubungan mereka. Cinta tiga segi padanya amat memenatkan dan dia tidak mahu terlibat dalam cinta 3 segi dan bersaing dengan Daniel.

"What about her?," ujar Dylan perlahan cuba menyembunyikan perasaannya.

"You want to give up?," ujar Daniel bila Liam bertanya padanya soalan sedemikian.

Dylan segera bangkit lalu duduk. Dia memandang wajah Daniel bila lelaki itu serius ingin tahu akan jawapan darinya.

"Her boyfriend is out of my league! Ah yes!! Tell mums I'll be back for lunch!," jawab Dylan tersenyum. Dia bangun dari sofa lalu menepuk bahu Daniel. Dia berjalan malas menuju kearah pintu lalu membukanya.

Daniel tidak melarang Dylan pergi kerana fikirannya terlalu sarat dengan pelbagai perkara tika dan saat ini. Mengenai Bella. Mengenai Emma dan juga mengenai Dylan. Mengenai Dylan, perlukah dia memberitahu Emma tentang Dylan? Daniel benar-benar tidak menyangka bahawa Emma dan Dylan bertemu. Pertemuan Emma dengan Dylan seperti jodoh yang ditentukan tuhan.

Not A Usual Luv StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang