Part 12

37 5 3
                                    

AIDA berdiri di hadapan Liam memerhatikan majikannya, dia mengulum senyum bila mendapati majikannya itu kelihatan kacak dan segak dengan suitnya. Bukannya Aida tidak pernah lihat sebelum ini. Namun dia tidak pernah merasa jemu melihat Liam memakai suit kerana dia kelihatan 'Wow!' sangat. Seperti model lelaki bertaraf antarabangsa. Hanya satu sahaja yang kurang pada majikannya yang tak berapa 'Wow' factor sangat. Lelaki itu menarik di mata, namun perangainya membuatkan dia seperti mahu mencekik-cekiknya kadang kala kerana perangai mengakal lelaki itu yang sukar Aida fahami. Skema sangat!



"Saya tahu saya ni handsome tak perlulah fangirling sangat!," ujar Liam menyerahkan briefcasenya kepada Aida yang tersenyum-senyum setiap kali dia memakai suit lengkap. Liam menoleh kearah cermin di hadapannya sambil membetulkan tienya yang kelihatan sedikit senget. Aida tersengih bila Liam komen sebegitu. Namun dia tidak pernah ambil hati dengan komen Liam kerana perangai semula jadi lelaki itu memang begitu tak ada apa yang menghairankan.



"Oppa fighting!!," ujar Aida lalu menyerahkan briefcase Liam kepadanya, sengaja dia berbuat demikian kerana hendak membuatkan Liam merasa jengkel padanya.



"Stop it!," jeling Liam lalu berjalan laju menuju kearah lif di lobby.



Aida tersenyum sendiri bila Liam akan merasa jengkel setiap kali dia gunakan dialogue dari drama Korea.



Apalah malang nasib Liam mendapat pembantu peribadi yang hardcore K-pop dan peminat tega BTS.



****



Emma membetulkan blazernya lalu memandang kearah cermin di hadapannya. Dia merapikan rambutnya agar kelihatan cantik dan kemas. Dia menkalihkan pipinya ke kanan dan kiri untuk memastikan French bunnya kelihatan rapi tanpa sehelai rambut yang terkeluar dari tempatnya. Emma menarik nafas perlahan. Fokus Emma! Fokus! Perkataan itu yang sering dia ingatkan kepada dirinya. Tujuannya ke sini bukan sahaja ingin mengembalikan kisah percintaannya yang terputus sahaja. Ia juga kerana dia mahu mencuba nasibnya untuk bekerja di Hotel ini. Dia menyedari nasibnya untuk mengembalikan hubungan dia dengan Daniel tidak berjaya maka dia harus fokus untuk mencapai impiannya. Dia tidak perlu menangis kisah percintaan yang tidak wujud kerana Daniel tidak pernah menerima cinta yang di hulurkan dahulu.



Emma mengeluh nafas perlahan lalu menuju kearah bilik ballroom di mana temuduga di adakan. Emma menuju kearah meja yang terdapat staf Hotel yang memberinya questionnaire dan pelekat nametag. Emma mencapai pelekat nametag lalu di tampal di blazer di dada kirinya. Dia duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan lalu menjawab soalan-soalan yang terdapat di questionnaire itu.



****



Sophia menjeling kearah kirinya bila lelaki itu tidak menegurnya sebaik sahaja dia duduk di sebelahnya kerana lelaki itu begitu sibuk meneliti setiap satu borang orang yang datang untuk temuduga. Temuduga yang memakan masa selama 1 setengah hari merupakan temuduga yang biasa dia kendalikan setiap tahun. Namun tahun ini panel penemuduga sudah di gantikan lelaki yang duduk di sebelahnya.



"It's gonna be a long day!," ujar Sophia menanggalkan jaketnya lalu di gantungkan di belakang kerusi. Blouse lengan panjangnya di lipat hingga ke paras siku.



"Tell me about it!," komen lelaki yang berada di sebelahnya tanpa menoleh. Dia memang tidak suka di beri tugas sebegini kerana ianya memenatkan.



Sophia tersenyum bila lelaki itu memberi komen sedemikian. Dia tidak begitu mengenali lelaki itu dan hanya tahu tentang lelaki itu dari seseorang. Namun bila dia bertemu sendiri dengan si empunya diri. Dia baru tahu mengapa orang mengatakan lelaki itu sombong kerana dia tidak berminat untuk mendapatkan perhatian orang lain apatah lagi restu dari orang lain. Dia bekerja bukan untuk meminta pekerjanya untuk memujinya. Dia seorang lelaki yang percaya pada konsep. You do a good job you get a good reward.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now