Sebelum anda memulakan pembacaan cerita ini, pastikan membaca terlebih dahulu nota yang saya lampirkan di bawah ini:
Cerita ini merupakan 100% hak cipta milik penulis @missyhzy29. Sebagai penulis cerita ini, saya tidak membenarkan sesiapa untuk meniru, mencuri mahupun menerbitkan buku ini di mana-mana laman web tanpa kebenaran saya.
Saya juga tidak membenarkan anda untuk menjual dan menterjemah (translate) cerita ini kepada lain bahasa tanpa kebenaran saya terlebih dahulu.
Semua nama dan kisah di dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang sudah hidup dan yang sudah mati. Semua yang berlaku di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan bukannya berniat untuk menjatuhkan atau mempermainkan pihak lain.
Sekiranya nama dan peristiwa yang ada di dalam cerita ini terjadi pada realiti, itu sekadar kebetulan sahaja kerana cerita ini merupakan 100% idea asal penulis cerita ini. Saya sebagai penulis cerita ini tidak meniru mahupun mencuri jalan cerita orang lain.
Jangan lupa tekan vote ya
HANI berjalan laju menuju ke kelasnya. "Ish semuanya salah Abang Wan tak kejutkan aku tadi pagi" Dia bergegas ke kelasnya.
Nanti lambat ada pula kena baling laptop atas kepala. Boleh bayangkan? Tak boleh? Tak payah.
Dia perlahan-lahan masuk ke dalam kelas dari pintu belakang. Matilah kalau Encik Razali nampak ada juga kena teriak.
"IZZAH HANANI" Dewan itu bergema dengan suara Encik Razali iaitu lecture bagi Hani.
"Izzah kamu lambat lagi kali ini. Apa lagi alasan yang kamu hendak beri?" Encik Razali merenung tepat ke arah Hani. Hah kan aku dah kata. Baru je nak sembunyi-sembunyi masuk dalam tapi Encik Razali nampak pula.
"Sa-saya minta maaf banyak-banyak Encik Razali. Saya janji ini kali terakhir" Dia tidak berani untuk bersua muka dengan lelaki yang garang itu.
"Stop lying Ms Izzah. You give me the same reason everytime your late to my class. And for that i want you to finish your work and present to the class next week. You can sit now" . Pergh mamat ni kalau speaking memang nombor satu. Kata Hani di dalam dirinya.
Setelah kelasnya berakhir Hani dengan lajunya mengemas begnya lalu bergegad keluar.
"Wow relax ah Hani. Kau ni apasal gelabah semacam" Zura kawannya bertanya kepadanya. "Ish ak geram betullah dengan Encik Razali. Adakah dia tiba-tiba kasih pendek masa kerja kursus aku dan terpaksalah aku bentang minggu depan"
"Alan kau macam tak tahu Encik Razali tu kan always need perfection" Hani dan Zura berjalan seiring ke kafeteria universiti tersebut.
"Hei kau tahu tak pasal Ana?" Tiba-tiba Zura membuka cerita tentang Alia bekas kekasih abangnya. "Ana? Yang mana ek? Ex abang aku tu? Kenapa?"
Hani bertanya kepada Zura. "Tak de lah cuma haritu aku terserempak dengan dia. Kau nak tahu tak? Dia dah kahwin" Siapa tak kenal akan Zura.
Dialah makcik segala bawang kat kelas tu. Semua benda dia tahu. Sebut pasal Ana Hani hanya mengangguk.
"Iya dia dah kahwin tahun lepas. Dia pregnant kalau tak silap aku" Hani kemudian memanggil pelayan tersebut.
"Oh ya abang kau tu dah ada kawan ke?" Tanya Zura. Ek eleh sepupu sendiri pun dia tak tahu ke? Kata makcik bawang reporter.
"Dia? Tak de. Alah kau ni abang aku tu asyik terperap je dekat rumah kalau dia tak turun kerja. Penat aku tengok muka dia dengan kawan baik dia tu. Aku harapkan dia kahwin cepat tau. Kalau boleh aku carikan isteri untuk dia. Asalkan dia tak menyemak kat rumah tu bawa kawan dia si Ryan tu datang" Setelah beberapa ketika makan yang mereka pesan pun telah tiba.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...