BAB 17

4.5K 125 4
                                    

Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. Harini nak minta tolong korang bagi views dekat video kat atas ni. Boleh kan?      

      SELEPAS selesai menyambut hari lahir Ryan, Hani masuk ke dalam biliknya. Hani kemudian membuka tudungnya lalu membaringkan badannya di atas katilnya. Dia memandang katil miliknya.

Cantik. Katanya dalam hati. Secara tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Hani terteriak kerana terkejut melihat Ryan masuk ke dalam biliknya serta dia tak memakai tudung.

Terkejut Hani dibuatnya. "Ingatkan siapa tadi. Abang rupanya." Ryan sengih sahaja lalu duduk di birai katil. Dia menarik Hani rapat dengannya. "Jangan takut lah Sayang. Abang nak bagi sesuatu ni." Katanya lalu mengambil sesuatu dari beg kertas berkenaan. Hani perhatikan sahaja.

Matanya membulat melihat sebuah kotak yang dikeluarkan dari beg kertas tersebut. "Apa ni Abang?" Hani bertanya. "Rantai emas. Abang nak Sayang selalu pakai. Jangan tanggalkan tau." Ryan membantu memakaikan rantai emas berkenaan.

"Cantiklah. Thanks Abang." Ryan senyum sahaja. "Kat bawah dah siap kemas ke?" Hani bertanya. "Siap dah. Ibu tengah makan. Abah pula tengok tv. Ikhwan dah terbaring di bawah tu." Ryan memberitahu. Dia meminta diri naik tadi sebab dan penat sangat asyik duduk sahaja. Nak juga baring.

Kemudian Ryan mengajaknya untuk tidur. "Dah jom tidur. Esok kan majlis belah Abang pula." Hani angguk sahaja lalu membaringkan tubuhnya sementara Ryan pula mematikan lampu.

Pada subuhnya pula Hani terjaga awal seperti biasa. Pada mulanya dia hairan siapa yang memeluknya. Dia tertawa kecil. "Aku dah kahwinlah." Dia menoleh memandang si suami yang masih lagi nyenyak tidur memeluk pinggangnya. Memanglah Hani rasa kekok lagi tapi kena lah biasa diri juga. Hani lantas bangun lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sekejap lagi lah dia kejutkan Ryan.

"Abang bangunlah. Solat subuh." Hani berkata. Dia gerakkan suaminya itu. "Hmm? Dah jam berapa ni Sayang?" Ryan bertanya. "6. Bangunlah. Pi ambik wuduk. Saya dah." Ryan angguk sahaja lalu bangun sebelum melangkah ke bilik air.

Usia memberi salam, lama dia berdoa. Dia berdoa agar perkahwinannya akan kekal dan berdoa agar rumah tangganya sentiasa selamat. Dia juga tidak lupa untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isterinya serta keluarga mentuanya.

Selepas mengaminkan doanya dia menoleh ke belakang dan secara automatik Hani bersalam dengannya. "Saya nak mandi dulu lepastu nak tolong ibu." Hani memberitahu. Ryan angguk sahaja. Setelah membuka telekung, Hani melipat telekung berkenaan lalu diletak di tempat asalnya sementara Ryan pula melipat sejadah. Setelah itu barulah dia pergi mandi.

Hajah Rudiah senyum sahaja bila melihat anaknya turun. "Ryan mana?" Dia bertanya. "Abang Ryan ada kat atas. Tengah buat kerja sikit." Hani memberitahu. Walaupun tengah bercuti Ryan masih lagi sibuk hendak menyiapkan kerjanya.


MEREKA berdua melangkah masuk ke dalam dewan di mana majlis persandingan bagi pihak Ryan diadakan. "Lawanya. Bang." Kata Hani. Dia suka melihat bunga-bunga yang dihias cantik sepanjang perjalanan menuju ke pelamin mereka. "Mestilah. Abang yang tempat. Jom pi tempat mama." Hani angguk sahaja. Pasangan pengantin baru itu berjalan berpegangan tangan menuju ke arah Datin Fauzian.

"Anak mama." Datin Fauzian lantas memeluk Hani. "Welcome to our family Hani." Ucapnya. "Terima kasih mama." Balas Hani. Dia tersenyum memandang keluarga barunya. "Tahniahlah. Korang dua dah selamat nikah." Dato Aziz pula menyampuk. Hani senyum sahaja sebelum bersalam dengan Dato Aziz. Ryan turut melakukan perkara yang sama.

"Korang dah masuk bilik korang ke?" Tanya Dato Aziz. Anaknya itu ada membooking sebuah bilik hotel supaya senang nak bersiap nanti. "Belum lagi. Kejap lagi lah kitorang naik. Terus tukar baju. Nak raptai dulu kan." Jawab Ryan.

Selesai sahaja raptai untuk majlis persandingan mereka, pasangan pengantin baru itu lantas naik ke bilik hotel mereka. Menurut Ryan, MUA yang dia upah telah tiba dan sedang menunggu mereka. Dia mengupah seorang MUA untuk majlis belahnya. Memanglah Zura punya hasil makeup lawa tapi dia teringin juga nak tengok kawan sekolahnya yang merupakan MUA yang dia upah itu makeupkan isterinya.

"Sayang ni Tiqa. Kawan Abang masa sekolah dulu." Ryan memperkenalkan Hani dengan Tiqa. "Tahniah lah untuk korang berdua." Ucap Tiqa. Hani senyum sahaja lalu mengucapkan terima kasih.

Ketika Tiqa sedang memakeupkan Hani, Ryan sekadar memerhatikan sahaja. "Hani tak nak tukar baju dulu ke? Nanti terkena baju masa tukar nanti." Tiqa bertanya. Hani geleng sahaja. Bajunya senang je nak buka sebab dia pakai baju berbutang. Baju suaminya sebenarnya. Gaun kahwinnya pula yang berzip di belakang. Senang je nak pakai.

"Macam mana? Ok?" Tiqa bertanya pendapat pengantin baru itu. "Cantik." Ryan memberitahu. "Lepas ni Hani tukar baju ya." Tiqa memberitahu. "So macam mana kau boleh kenal dengan isteri kau ni? Aku tak pernah pun nampak kau dengan dia. Tapi muka dia familiar." Tanya Tiqa ketika Hani masih lagi menukar baju.

Ryan senyum sahaja sebelum melemparkan pandangannya ke arah pintu bilik air tersebut. "Memanglah familiar. Adik Ikhwan." Ryan menjawab. Dia tertawa kecil melihat reaksi Tiqa. "Oh patutlah kelmarin dia buat live. Adik dia rupanya. Aku ingatkan dia ikut kau di sana." Kata Tiqa.

Dia tak rapat sangat dengan Ikhwan kerana mereka tidak pernah menjadi classmate. Ryan dengan Tiqa di kelas pertama manakala Ikhwan di kelas kedua kerana Ikhwan minta pindah. Masa di menengah rendah Ryan dengan Ikhwan satu kelas. Kecuali Tiqa kerana dia baru pindah ke sekolah mereka ketika mereka di tingkatan 4.

Selesai sahaja tugas Tiqa, gadis itu terus meminta diri. Dia turun ke dewan menyertai kawan-kawannya yang lain sementara Ryan dan Hani masih berada di dalam bilik hotel. Dia tak nak mengganggu pengantin baru itu.

"Abang tolonglah zipkan baju ni." Hani meminta tolong sebab dia terasa zip bajunya seperti terturun. "Tu lah nak juga yang ada penyangkut kat atas ini." Kata Ryan sambil membantu menzipkan baju berkenaan. "Ok dah." Katanya. "Thanks." Ucap Hani. Ryan senyum sahaja.

"Lagi 2 minggu Sayang dah masuk u balik kan?" Ryan bertanya. "Ha'ah. Kenapa? Abang tak suka ke saya masuk u?" Tanya Hani. "Abang tak kisau pun. Cuma Abang nak tanya. Kalau masa tengah study  Sayang tiba-tiba pregnant macam mana?" Dia bertanya. Menurut apa yang dia ketahui banyak perempuan yang kahwin ketika masih belajar berhenti di pertengahan jalan kerana tidak tahan dengan alahan mengandung. Ada yang sampai gantung pengajian untuk 1 tahun atau lebih.

"Asal cakap pasal tu pula. Kita...." Pipinya menjadi merah. "Ya tahu. Sayang masih anak dara lagi. Tapi Abang saja tanya. Kalau lah rezeki kita masa Sayang tengah belajar tu Sayang mengandung Abang tak kisah kalau Sayang nak continue belajar tapi kalau alahan teruk Abang nak Sayang berehat atau berhenti terus faham?" Ryan memberi cadangan.

Hani angguk sahaja. "Baiklah. Tapi sebolehnya saya tak nak mengandung masa tengah belajar. Boleh kan?" Tanya Hani. "Kalau rezeki kita tak boleh tolak Sayang. Ok lah jom turun. Dah jam 3 ni." Sekejap lagi majlis mereka bermula. Hani angguk sahaja lalu memakai kasut tumit tingginya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now