BAB 88

2.8K 108 3
                                    

  Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 80 votes sahaja yang diperlukan untuk buka bab seterusnya.  Thank you sudi support and have fun guys.

         "ARYAN sini. Tak malu ke kakak dengan adik nampak? Berbogel pula tu. Meh sini pakai seluar." Penat Hani mengejar Aryan satu rumah. Selepas sahaja membuang air tadi Aryan tidak mahu memakai seluar. Jadi mulalah sesi Hani mengejar anaknya itu. Kalau hari-hari main kejar-kejar ni boleh kurus agaknya.

Ryan yang ketika itu sedang membuat kerja terus menoleh memandang Aryan yang sedang bersembunyi di sebalik meja makan sementara Hani pula berdiri di arah bertentangan dengan anaknya.

Dia menggelengkan sedikit kepalanya sebelum mengurut pelipisnya. Kalau hari-hari layan perangai anaknya yang tak tentu pasal tu habislah rambutnya berubah putih. Stress lah.

"Aryan pakai seluar tu sebelum papa yang datang sana." Dengar sahaja suara papanya terus Aryan keluar dari tempat dia bersembunyi lalu menghampiri mamanya.

Dia memang takut bila mendengar suara garang papanya. Padahal bukannya Ryan makan budak. Dia sekadar menegur sahaja, tidak,mahu anaknya itu keras kepala.

Selepas memakai seluar Aryan sambung pula main lego dia bersama kakak kembarnya. Adiknya, Arina nyenyak sahaja tidur di samping papa mereka.

Hani terus sahaja duduk di sebelah suaminya setelah penat berperang mahu memakaikan Aryan seluar. "Kalau hari-hari macam ni boleh naik darah saya tau." Tak pasal-pasal nanti ada penyakit darah tinggi.

Ryan memusingkan kepalanya menghadap Hani. "Kesian isteri Abang ni. Apa kata esok kita hantar pergi tempat Ikhwan budak bertiga ni. Lepastu kita pergi lah dating." Dia bersimpati dengan isterinya itu. Di rumah bukannya Hani dapat rehat. Banyak kerja dia hendak lalukan. Dulu Ryan cadang mahu ambil pembantu rumah, isterinya menolak cadangan itu.

'Selagi saya ada tenaga selagi tu lah saya buat kerja. Saya dah biasa lah Abang. Lagipun membazir je kalau gajikan orang kemas rumah.' Kata-kata isterinya tempoh hari bermain di dalam fikirannya.

"Apa kata kita ambil maid je Sayang. Seku-" Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya Hani terlebih dahulu menyampuk. "No. Saya tak nak. Saya tak suka. Nanti orang kata saya ni pemalas." Kerana tidak mahu bergaduh mengenai hal ini Hani terus naik ke atas. Membiarkan sahaja suaminya itu.

Ryan tidak menunggu lama. Setelah dia mendengar bunyi hempasan pintu dia terus naik ke atas. Sesi memujuk Hani yang sedang merajuk tanpa sebab. "Kakak tengok-tengokkan adik kejap ya. Papa nak naik atas pujuk mama." Dia memberitahu pada anak sulungnya itu.

Haziqah lantas mendongak memandang papanya.  Mata bulatnya terkebil-kebil memandang wajah papanya. Dengan rambut ikat dua dia tu geram lah Ryan. Macam nak cubit-cubit sahaja pipi Haziqah yang bulat itu.

"Papa buat apa kat mama lagi?" Haziqah bertanya. Kecil-kecil dah faham apa yang berlaku. "Mama marah papa. Habislah papa." Sempat dia mengusik papanya. "Eh mana ada lah. Dah pergi lah sambung main." Tidak mahu bercakap lama dengan Haziqah dia terus naik ke atas. Nanti banyak pula soalan yang Haziqah tanya. Tak pasal-pasal jadi sesi soal jawab dengan budak berusia 3 tahun itu.

Bila dia melangkah masuk ke dalam bilik mereka, matanya terus memandang isterinya yang sedang duduk di penjuru katil. Siap berpeluk tubuh lagi. Memang sah dia merajuk
Jadi mula lah sesi memujuk Hani. Jika tidak berjaya pujuk habislah dia tidur seorang diri malam nanti.




           DIA baru sahaja nak luangkan masa dengan isterinya bila pintu bilik mereka diketuk. Ryan segera memandang ke arah pintu sebelum memandang isterinya. "Aryan kot." Teka Hani.

Mujurlah Ryan berjaya memujuk dirinya jika tidak sudah tentu dia tidur di bilik anak daranya. Haziqah dan Aryan sudah tidak tidur sebilik. Tidur di bilik berasingan. Haziqah sendiri yang mahu ada bilik sendiri sebab dia tengok kartun Sofia the First. Dia tertarik dengan bilik puteri itu. Terus dia request mahu bilik sendiri.

Ryan terus turun dari katil lalu menapak ke muka pintu bilik. "Aryan kenapa?" Dia bertanya pada Aryan. Dia sangkakan anak perempuannya, rupanya Aryan. "Nak tidur sama-sama boleh?" Aryan bertanya.

"Kenapa pula? Selama ini ok je kan tidur sorang. Kenapa tiba-tiba nak tidur sama papa dengan mama?" Ryan bertanya kerana Aryan jarang tidur dengan mereka. Haziqah sahaja yang selalu mengganggu mereka.

"Biarlah dia Abang. Bukan selalu pun. Aryan mari." Lantas Aryan tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam bilik mama dan papanya bersama patung katak miliknya. Dia tidak suka patung beruang.

Ryan sekadar memandang anaknya yang selamba sahaja berbaring di atas katil mengambil tempatnya. Hani yang terpandang wajah cemberut suaminya itu sekadar tertawa sahaja.

"Tak kan dengan anak sendiri pun nak cemburu Abang?" Diusiknya si suami yang menayangkan wajah tidak berpuas hati itu.

Ryan tidak membalas. Dia sekadar memerhati anak lelakinya yang sedang berbaring rapat dengan isterinya. Sudahlah tempatnya diambil, isteri pula dirampas oleh si anak. Rasa tidak adik buatnya.

Kalau boleh mahu sahaja dia rakam detik-detik 'indah' suaminya merajuk dan hantar pada abangnya. Mesti jadi berita hangat. Habis 7 keturunan diusik. HAHAH.

"Dah lah tu Abang. Dengan anak sendiri pun nak berkira lah. Belah sini kan kosong." Bila Ryan melihat bahagian kiri isterinya kosong terus sahaja dia naik ke atas katil lalu berbaring di sebelah Hani. Alamatnya Hani berada di tengah di antara dua heronya. Anak dengan bapak sama je.

Hani menepuk perlahan punggung Aryan sampai anaknya itu tidur. Mujurlah cepat sahaja Aryan terlelap. Ryan di sebelahnya pun sudah mahu tertidur juga. "Sayang, Aryan tu dah tidur. Abang angkat pindah masuk bilik dia semula lah." Mana boleh anaknya ikut mereka tidur. Dia nak tidur berdua sahaja dengan isterinya.

Tapi sebenarnya bukan berdua. Arina ada bersama mereka. Tapi bayi berusia 8 bulan itu tidur di dalam katil bayinya yang terletak tidak jauh dari katil mereka.

Hani tidak mahu meletak Arina tidur di bilik Haziqah kerana nanti Haziqah mengamuk tidurnya terganggu dengan tangisan adiknya. Lagipun Arina masih menyusu badan lagi. Dia tidak suka susu formula. Dia nak terus dari mamanya.

"Hmm ye lah." Balas Hani. Ryan terus mendukung Aryan dengan berhati-hati lalu membawa anaknya itu balik semula ke bilik asalnya.

Apabila sudah yakin Aryan tidak terjaga dari tidur, Ryan masuk semula ke biliknya. Tak sabar lah tu nak peluk isteri. HAHA.

"By the way kan Sayang kenapa tiap kali nak tidur mesti Sayang tanggalkan cincin nikah kita?" Ryan bertanya bila dilihat cincin nikah milik isterinya  ditanggalkan lalu diletak di dalam kotak asalnya. Sudah lama dia perasan semua itu. Tapi hari ini baru tertanya.

"Sebab saya takut hilang. Nanti tercabut macam haritu. Kan susah lagi nak cari." Pernah tika awal perkahwinan mereka dulu Hani pernah kehilangan cincin nikah mereka. Mujurlah jumpa jika tidak kena nikah semula. Eh bukan. Mengarut je lah.

"Dan saya tak nak lah nanti muka Abang tu luka lagi kena cincin ni." Sudahnya batu permata cincin itu boleh kira tajam. Pernah lah dengan tidak sengaja wajah Ryan luka kerana terkena cincin berkenaan. Habis kening kirinya berdarah kerana terkena cincin berkenaan.

"Hmm ye lah. Nanti Abang belikan cincin baru ya." Alah dia kan berduit. Senang lah. Tapi bukan selalu pun dia bagi emas pada isterinya. Dia memang bukan jenis lelaki yang romantik. Dia tidak manjakan Hani dengan emas lah. Nanti pakai banyak-banyak ada juga yang kena rompak.

Masa nikah, wedding anniversary, birthday dan tika Hani beranak dia memang ada bagi barang kemas sebagai hadiah lah. Dalam walking closet mereka pun banyak barang kemas yang tidak pernah Hani pakai pun.




I nak tanya lah dekat korang. If one day i publish my own novel, korang sudi tak support? I really jealou tau tengok ada someone yang dah terbitkan buku sendiri. I pun teringin juga. Jadi jika satu hari nanti i announce i nak terbitkan buku and open pre-order untuk novel tu korang sudi support takkk???

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now