Welcome back to another chapter. Author baca semua komen korang yang berharap author sambung cerita ni. Yes author akan sambung. Dont worry. Korang dah bantu author dengan bantu 'DIA LAH SURI HATIKU' reach 300 readers and 35 votes. Sebagai balasan author sambung cerita ni. By the way author ada buat special chapter untuk raya. Tapi tak tahu lah raya ke berapa baru author publish bab tu. Just wait ok. Nanti author akan publish special chapter tu. Dan untuk pengetahuan korang author akan ikut jumlah sebenar bab dalam cerita ni which is 103 bab beserta 2 special chapter di akhir buku ini. Mungkin author akan tambah bab baru bergantung dengan kerajinan author. Anyway have fun and salam 28 ramadan. Lusa dah nak raya kan. Tapi pkp. Stay safe semua ok. Also jangan lupa juga untuk tekan vote di bab ini ya.
JAM sudah menunjukkan pukul 1 pagi namun Hani masih tidak dapat untuk melelapkan matanya. Dia kemudian berpusing menghadap Ryan yang sedang tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba pula perutnya berbunyi. Hani segera melarikan tangan suaminya yang elok sahaja memeluk pinggangnya lalu turun dari katil.
Hani kemudian berjalan menuju ke almari. Ryan akan menyimpan makanan ringan dekat almarinya jika mereka balik rumah mamanya kerana kesian dekat Hani yang terpaksa turun ke bawah pula.
Baru sahaja dia nak buka almari berkenaan tiba-tiba kedengaran suara Ryan menegurnya. "Sayang buat apa tu?" Suaranya serak-serak basah kedengaran kerana baru bangun. Hani terus menoleh memandang Ryan lalu tersengih.
"Saya terbangunkan Abang ke?" Ryan geleng. Dia dapat rasakan sama ada Hani ada di sebelahnya atau tidak. Dah tahu sangat dengan kehadiran Hani di sebelahnya. Bila Hani tiada di sebelahnya dia akan terbangun secara tiba-tiba kecuali jika dia penat sangat. "Kenapa tak tidur lagi Yang? Lapar?" Teka Ryan kerana Hani kerap bangun tengah malam untuk makan. Babies kot yang lapar dalam perut.
Ryan terus turun dari katil lalu menghampiri Hani. "Sayang nak makan apa? Abang masakkan. Tak payah makan snek tu." Dia bertanya. Sebolehnya dia tak nak Hani makan makanan ringan lagi. Tak baik untuk pembesaran babies. "Boleh ke?" Ryan angguk. "Nak makan nasi goreng ayam boleh? Sama milo." Beritahu Hani.
Ryan angguk lalu turun ke bawah. "Nak ikut." Beritahu Hani. "Hmm ye lah. Pakai lah cardigan dulu. Nanti sejuk." Dia berkata demikian kerana Hani sekadar memakai baju tidur satin bertali paras pahanya sahaja. Memang seksilah. Tak kan lah mengandung tak boleh pakai kan? Tapi hanya untuk pandangan suaminya sahaja.
Razali nak turut ke bawah untuk mengisi air di dalam bekasnya bila dia terdengar suara adiknya di dapur. Bila dia menghampiri dapur tanpa sengaja dia ternampak pantulan Hani pada cermin. Razali terus tak jadi masuk ke dalam kerana terlihat Hani yang tidak bertudung. Dia kemudian naik ke atas semula.
Bila selesai makan mereka berdua terus naik ke atas untuk sambung tidur. "Esok keluar dengan Abang ya. Kita shopping baju untuk Sayang." Ryan dah ada hobi baru sekarang.
Dia suka sangat beli gaun mengandung untuk Hani. Dia suka melihat Hani memakai gaun mengandung. Comel sahaja isterinya bila memakai gaun mengandung dengan perutnya yang sudah memboyot. Sesuai sangat lah dengan Hani yang pendek. Macam budak-budak.
"Banyak dah baju untuk Sayang. Tak perlulah." Beritahu Hani. "Tak pa lah. Abang suka tengok Sayang pakai baju gaun mengandung. Comel. Macam penguin." Sempat lagi dia kata Hani macam penguin. Ryan senyum sahaja bila lihat Hani memandangnya dengan tajam.
"Betullah Abang kata." Nak beli baju untuk si kembar. Lambat lagi. Tunggulah masuk 7 bulan baru dia fikir beli baju untuk anak kembarnya itu. Sekarang dia nak belikan semuanya pada Hani. Nantilah dia fikir untuk belikan pada anak kembarnya.
Kemudian dia bercerita mengenai baju yang dia nak belikan Hani. Banyaklah baju yang dia nak belikan untuk Hani. Di almari Hani pun dah penuh dengan gaun mengandung miliknya. Sampaikan dalam almari baju milik Ryan pun ada juga gaun mengandung milik Hani. Selepas beranak nanti pun Hani boleh pakai semula.
Ryan tak sedar pun selama ini dia bercakap sendiri. Rupanya Hani dah tidur. Dah kenyangkan boleh lah tidur. Bila dia toleh memandang Hani baru dia perasan. "Lah tidur dah." Ryan menghampiri Hani lalu dikucup dahi Hani sebelum turut dia juga menutup matanya.
"DARI mana?" Datin Fauzian menegur Ryan dan Hani yang baru balik. Patutlah dia tak nampak menantu dia yang sorang ini. Ingatkan dalam bilik. Dari tadi dia nak ajak Hani bersembang tapi kerana dia sangkakan Hani dan Ryan berada di dalam bilik dia tak nak ganggu. Biarlah anak dan menantunya itu ada privasi. "Oh ni belikan gaun mengandung untuk Hani." Jawab Ryan.
"Patutlah sunyi je. Ingatkan korang dua ada dalam bilik." Kata Datin Fauzian. "Kenapa? Ada orang cari ke?" Hani pula bertanya. "Eh tak de. Mama saja nak ajak kamu sembang. Jom. Ryan kamu pergi tolong pakcik kamu potong daging ayam dekat luar tu. Jangan nak malas. Abang kamu tu pun tolong. Papa kamu pun sama." Arah Datin Fauzian pada anaknya. Kaum wanita pula tengah sibuk kupas bawang dan kentang di dapur. Memang kalau daging atau ayam kaum lelaki yang akan potong.
Kali ini Razali bersanding di rumah sahaja tak ambil katering macam majlis Ryan dengan Hani dulu kerana Syaza mahukan yang biasa-biasa sahaja kerana dia sedar dia tu janda. Walhal Datin Fauzian dan Dato Aziz tak kisah pun. Mereka tak pernah pun nak kisah jika Syaza pernah berkahwin dahulu. Asalkan Razali bahagia mereka terima seadanya.
Lusa merupakan majlis nikah Razali dengan Syaza jadi memang dah mula sibuk sejak sekarang. Esok pula ada lagi keluarga Ryan belah ibunya akan datang dari Kedah. Memang riuh lah rumah mereka esok. Mereka semua pakat nak datang sebab nak kenal-kenal dengan Hani kerana tika majlis Ryan dan Hani dulu ramai yang tak dapat datang. Tengok gambar dari telefon sahaja.
"Kenapa mama? Mama nak sembang pasal apa?" Hani bertanya. "Memanglah masih awal tapi nanti Hani berpantang di mana? Rumah ibu Hani?" Hani terus angguk. Awal-awal lagi dia dah minta kebenaran dari Ryan untuk berpantang di rumah ibunya. Bukan sebab dia tak biasa dengan mama mentuanya tapi dia segan. Lebih baik berpantang di rumah ibu sendiri. "Kenapa mama tanya? Mama nak Hani pantang di sini ke?" Soal Hani.
Datin Fauzian terus geleng. "Eh tak. Mama tanya je. Ikutlah keselesaan Hani waktu berpantang." Kemudian Datin Fauzian meraih tangannya. "Hani jaga diri ya. Jaga kesihatan. Mama nak sangat dapat cucu. Apatah lagi kalau kembar. Nanti mama belikan banyak baju untuk cucu-cucu mama ya." Dia tak sabar bila cucu kembarnya lahir. Apatah lagi bila ini cucu sulungnya.
"Mestilah saya akan jaga diri. Tak perlulah susahkan diri mama beli banyak baju. Abang Ryan pun dah cadang nak belikan juga." Ujarnya. Nanti menyusahkan sahaja dekat mama dan papa untuk beli baju untuk anak kembarnya nanti. Dia tak suka susahkan orang lain. "Ish tak susahlah. Untuk cucu-cucu mama juga." Tengah mereka bersembang tiba-tiba kedengaran orang membersi salam. Datin Fauzian terus berdiri lalu menuju ke muka pintu.
"Ya Allah Hajah ni datang tak bagitahu dulu." Datin Fauzian menegur besannya itu. "Ish buat apa nak call dulu." Hajah Rudiah memang kerap kali datang ke rumah besannya itu. Tak salah pun untuk mengeratkan hubungan silaturrahim juga. "Eh ibu." Hani segera menghampiri ibunya lalu bersalam.
"Makin sihat anak ibu ni. Mesti makan banyak kan." Hani sengih sahaja. "Abang Ryan selalu masak sedap-sedap. Apa ibu buat datang sini?" Tanya Hani. "Nak tolong apa yang patutlah. Kan majlis pensyarah kamu tu lusa." Jawab ibunya.
"Kamu ni hajah buat susahkan diri aje. Kan dah kata datang sebagai tetamu sahaja. Banyak je yang tolong tu." Ujar Datin Fauzian. "Alah tak susah mana lah. Besan saya juga kan. Bukan selalu pun ada kenduri kahwin. Nak harapkan abang si Hani ni. Hmm entah bila dia nak kahwin. Kawan pun tak ada." Kemudian Hani tertawa kecil. Memang betul abangnya itu belum ada kawan lagi. Entah bila dia akan kahwin pun Hani tak tahu.
Terus Datin Fauzian menjawab. "Alah orang muda lagi kan." Sambil-sambil itu tanpa disedari mereka berdua berjalan ke dapur. "Alah Ryan tu umur 25 kahwin juga. Entahlah bila lah si Ikhwan tu nak kahwin." Penat juga dia asyik tanya bila anak terunanya itu nak kahwin. Tiap kali bertanya pasti Ikhwan bijak mencari jalan untuk mengubah topik.
Bila Ryan terpandang Hajah Rudiah dia segera menghampiri ibu mentuanya itu. Sebelum itu dia cuci tangan dulu sebelum bersalam dengan ibu mentuanya. "Ibu sorang je? Abah mana?" Tanya Ryan. "Ada tu dengan papa kamu tengah bersembang pasal kereta." Sebab Dato Aziz dan Haji Haris minat akan kereta. Apatah lagi kereta lama-lama. Lagilah panjang cerita mereka. Ryan angguk lalu pergi bersalam dengan mentuanya yang sorang itu pula.
"Abah mana Yang?" Ryan bertanya pada Hani. "Ada tu hah dengan papa. Sembang pasal kereta mustang lagi." Beritahu Hani. Tadi dia terdengat perbualan dua lelaki itu ketika dia menyapa abahnya. Ryan terus menghampiri pula Haji Haris lalu bersalam sebelum meminta diri untuk sambung tolong potong daging ayam lagi.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...