Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote juga. Kalau sudi jemputlah singgah baca 'DIA LAH SURI HATIKU' and kalau sudi tekanlah vote sekali ya untuk semua bab. Thanks sudi support cerita author also Salam Jumaat. Selagi cerita 'DIA LAH SURI HATIKU' tak reach 250 readers author tak kan update bab 37 untuk cerita ini ya. 30 readers lagi diperlukan ok? Have fun semua ok 🥰
MISHA memandang Hani dengan tajam. Dia perhatikan sahaja Hani memberi seutas rantai emas kepada Datin Fauzian. Dia jeling Hani sebelum melihat reaksi muka Datin Fauzian yang terlalu gembira itu.
"Cantiknya Hani. Terima kasih lah." Ucap Datin Fauzian. Hani senyum sahaja sebelum dia memandang Ryan. "Saya beli guna duit Abang Ryan je. Jadi ni bukan dari saya tapi dari Abang." Beritahunya. "Apa pula dari Abang Sayang. Duit Abang kan duit Sayang juga. Lagipun Sayang yang pergi belikan? Sayang sendiri yang pilih design ni." Ujar Ryan.
"Mama tak kisahlah. Ok lah. Rantai ni dari kamu berdua ya." Misha terus makin cemburu bila Hani dilayan dengan baik. Dia kemudian berpura-pura batuk. "Oh ya akak Misha tak pergi klinik ke untuk check up?" Tanya Hani. Dia sengaja bertanya. Nak tahu juga macam mana Misha menjawab.
Misha sudah menggelabah. Dah banyak kali dia mengelak untuk menjawab soalan ini. Tapi kerana ketika itu semua mereka berkumpul di ruang tamu dia menipu mereka lagi. "Nantilah. Lagipun korang dua datang kan. Jarang family kita berkumpul." Tipunya. Hani sekadar mengangguk.
Kemudian Datin Fauzian bertanya Hani. "Hani pula macam mana? Belum ada isi?" Hani terus geleng kepala. "Dah cuba guna pregnancy test ma. Negatif juga. Saya guna semua pregnancy test yang saya boleh beli. Semuanya negatif juga. Ada juga pi klinik. Pun sama. Tak ada nampak pun apa-apa pun." Beritahy Hani dengan kecewa.
Datin Fauzian turut bersedih. "Jangan risaulah. Hani kan muda lagi. Insyaallah nanti ada lah juga tu." Hani senyum sahaja. Terus Ryan meletak tangannya dibahu Hani. "Malam ni kitorang cuba lagi lah." Dengan selamba dia berkata. "Eii Abang ni tak malu." Terus dia memukul bahu suaminya. Yang lain gelak sahaja.
"Tapi kan saya hairanlah kenapa perut akan Misha tak nampak pun bentuk baby bump? Betul ke akak ni mengandung?" Tiba-tiba pula Rania menyampuk. Dia terus memandang Misha dengan sinis. Sebenarnya Ryan dah rancang semuanya. Malam ini dia mahu membongkarkan rahsiah Misha. Tidak kira lah apa yang terjadi selepas ini. Dia nak membalas dendam. Razali pun dah tahu kisah sebenarnya.
Dia memang marah dengan Misha. Malah meminta maaf dekat Hani atas apa yang telah terjadi bagi pihak Misha. Tapi Ryan tak puas hati. Dia nak juga mama dan papanya tahu. Razali pun dah tak kisah dekat Misha dah. Kalau boleh dia nak bercerai dengan Misha dan berkahwin dengan Syaza. Ini masa sesuai untuknya mencari alasan agar bercerai dengan Misha. Malah dia sudah mempunyai bukti bahawa Misha curang padanya.
"Kenapa? Rania tak percayakan akak ke?" Soal Misha. "Entahlah. Sebab dulu Rania temankan akak pi check up tapi akak tak pernah pun tunjukkan gambar ultrasound. Akak Hani dulu ada tunjukkan." Rania mempersoalkan lagi. Dia nak Misha sendiri mengaku.
Misha sudah mula menggelabah. Dia tak tahu nak tipu apa lagi. "Ada betul juga cakap Nia tu. Misha tak tipu kan? Misha tak tipu konon Misha mengandung kan?" Sampuk Dato Aziz. Dia memanggil Rania 'Nia'. Cuma dia seorang sahaja memanggil anak daranya begitu.
"Mes-mestilah saya tak tipu papa. Benda ni bukan boleh buat tipu." Ujarnya. Dia terus tersenyum hambar. Sebelum adik beradik itu semakin membongkarkan rahsiah Misha, Hani segera meminta diri.
"Abang saya naik atas dulu ya." Beritahunya. "Kenapa ni Sayang? Sayang sakit ke?" Tapak tangannya segera diletak di atas dahi Hani. Hani geleng kepala. "Tak. Saya penat. Mama, papa. Hani naik dulu ya." Dia memaklumkan mentuanya. Mereka berdua angguk sahaja.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...