Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes sahaja diperlukan untuk open chapter 63.
Anyway sebelum korang start baca author ada soalan untuk korang. Korang nak OH MY HUSBAND 2 dalam bentuk ebook atau publish di wattpad? Kalau nak dalam bentuk ebook authod cuma publish 5 bab sahaja di wattpad. Korang decide lah nak dalam ebook atau publish dekat wattpad ya.
RYAN memandang sekilas isterinya yang baru sahaja duduk di sebelahnya itu. Seharian dia duduk di rumah barulah dia nampak Hani. Padahal duduk serumah tapi tak nampak di mana isterinya. "Sayang dari mana?" Ryan bertanya sambil dia meletak lengannya di bahu isterinya.
"Kemas bilik." Jawab Hani. Dia sudah habis berpantang. Sudah 1 minggu juga sejak mereka balik semula ke rumah mereka. Ryan pun dah masuk kerja semula. "Bilik? Bilik mana?" Dia bertanya lagi.
"Bilik kita lah. Abang kan suka buah sepah dalam bilik tu." Penat dia membebel seorang diri tadi sambil mengemas baju milik Ryan. Lelaki itu suka sangat meletak bajunya di mana-mana sahaja. "Eh mana ada Yang." Dia tidak mahu mengaku.
Hani mengecilkan matanya sambil memandang si suami sebelum dia menoleh pula memandang anak kembarnya itu. Si kembar itu nyenyak sahaja tidur di atas tilam nipis itu. Memang kalau siang Hani selalu letak mereka di ruang tamu. Senang untuk dia melihat mereka jika dia membuat kerja di dapur.
"Abang minggu depan kan Zura nak bertunang." Hani memberitahu. Ryan angguk sahaja. Matanya fokus melihat ke arah kaca tv berkenaan. "Abanggg pandang saya lah." Ujar Hani. "Hmm ye lah. Kenapa? Kenapa dengan Zura kalau dia bertunang? Bukan Sayang yang bertunang kan." Balas Ryan.
Hani terus menampar dada suaminya itu. "Jangan nak main-main lah Abang." Katanya. "Dah lama Abang tak main-main dengan Sayang tau. Apa kata...." Dia tersengih sambil jari kasarnya itu mengusap pipi Hani. Hani terus menepis jarinya.
"Jangan nak macam-macam ya. Ingat rahim orang kuat ke. Baru habis berpantang ni. Kalau ya pun tunggulah 3 bulan." Ujar Hani. "Alah Sayang lama lagi. Tak kesian ke dekat Abang ni?" Sengaja dia meminta simpati. Hani terus menggeleng kepalanya lalu tersenyum sinis.
"Cakap pasal Zura tadi kan. Abang jom pergi keluar nak? Saya nak beli baju." Lebih baik kembali ke topik asal sebelum meleret pula miang si Ryan ni. "Baju? Kan banyak lagi baju Sayang. Baju Abang pun Sayang selalu pakai. Nak buat apa beli baju?" Dia bertanya.
Hani terus merenung tajam anak mata Ryan. "Zura suruh pakai baju warna hijau. Saya mana ada baju warna hijau." Ada pun baju tidur. Seksi pula tu. Tak kan dia nak pakai pergi majlis pertunangan Zura pula. Nak cari penyakit ke apa.
"Baju Abang kan ada juga warna hijau." Ryan memberitahu. "Tahu. Tapi saya nak cari baju yang sesuai lah. Nanti saya pakai baju kemeja Abang tu kan susah nanti twins kalau nak menyusu." Katanya. "Hmm ye lah. Esok lah kita keluar. Harini Abang nak rehat. Dah pergi jauh-jauh Abang nak tengok tv." Dia menghalau pula isterinya pergi.
Hani memandang tajam suaminya itu lalu dia melangkah ke dapur. "Yang buatkan air kopi untuk Abang." Ryan meminta. "Tak nak. Buat sendiri lah." Jawab Hani. Malas lah dia nak layan encik suami tu. Sudahlah dihalau. Nak merajuk sekejap lah.
Hani memandang sekilas suaminya yang baru keluar dari bilik air berkenaan sebelum dia memandang semula laptop di ribanya itu. "Kenapa Yang? Dari tadi tak nak cakap dengan Abang." Tapi asyik melihat dirinya sahaja. Hani diam sahaja. Dia tengah fokus tengok Penthouse sekarang ni.
Ryan mengeluh kecil sebelum dia bergerak ke katil. Dia terus membaringkan badannya ke atas katil. Diperhatikan sahaja Hani yang tengah khusyuk menonton drama berkenaan. Dia mengusap paha Hani yang terdedah itu.
"Jangan lah." Hani terus menolak tangannya. "Kenapa ni? Tiba-tiba je marah." Nak kata period Hani tak period lagi kerana darah nifasnya kering 5 hari yang lalu. "Abang lah. Tadi suka hati je halau orang." Katanya. "Bila? Oh tengah hari tadi ke?" Hani angguk. "Abang tak sengaja lah. Tak kan itu pun nak merajuk hmm?" Ryan turun sama duduk lalu memeluk pinggang ramping wanita yang dia cintai itu.
"Esok kan nak keluar. Kalau Sayang masih merajuk juga Abang tak belikan ni llao llao." Sejak beberap hari lagi Hani nak makan aiskrim yang tengah viral sekarang ini. "Eiii mana boleh. Abang dah janji nak belikan." Katanya. "Ye tahu. Kalau nak jangan nak merajuk lagi boleh?" Dia usap pipi Hani lalu dicium olehnya.
TUBUH Aryan yang baru siap mandi itu dibalut dengan tuala sebelum dia melangkah keluar dari bilik air. Haziqah yang sudah siap mandi dan berbaju itu diletak semula ke dalam katil bayi setelah menyusu.
"Abang tolong pakaikan baju ya." Ujar Hani. "Boleh je. Anak Abang juga kan." Tak salah pun dia tolong isterinya. Selalunya Hani lah yang memandikan dan memakaikan baju. Tapi hari ini Ryan yang memandikan bayi kembar mereka itu.
Bila dia nak pakaikan lampin Aryan terus menangis. Meraung budak kecil itu tanpa sebab menyebabkan Ryan kalut. "Dia lapar lah tu. Meh sini." Ryan terus memberi Aryan pada Hani. Bila Hani nak menyelak bajunya ke atas dia menjeling memandang Ryan. Dilihat mata lelaki itu bersinar bila dia hendak menyelak bajunya ke atas. Dasar miang.
Bila Ryan perasaan Hani sekadar merenungnya dia terus tersengih. "Abang dah tengok apa." Selamba dia berkata lalu tersengih. Hani jeling sahaja lalu menyelak bajunya. Rakus sahaja anak kecilnya itu menyusu sambil tangan kecilnya bergerak-gerak di dada mamanya. Hani biarkan sahaja. Asalkan bukan tangan encik suami.
Ryan tu bukan boleh berkira sangat. Kalau dah miang habislah Hani olehnya. Tapi Hani tak boleh lah nak tolak. Hak suami dia. Ryan ada hak ke atas tubuhnya. Dan bila dia tak layan nanti berdosa pula.
Sedang Hani menyusukan anaknya tiba-tiba dia rasa mual. Rasa nak muntah tapi tak ada pun muntah keluar. Aryan yang sudah selesai menyusu itu terus dia beri pada suaminya sebelum dia melangkah ke bilik air. Bunyi Hani yang seperti hendak muntah itu menyebabkan Ryan meletak Aryan ke atas katil dengan segera sebelum dia turut sama melangkah ke bilik air.
"Sayang? Kenapa ni?" Dia bertanya pada Hani yang terduduk lemah di tepi mangkuk tandas berkenaan. "Tiba-tiba rasa nak muntah lah Abang. Tapi tak keluar pun." Dia memberitahu. Ryan terus mencangkung di sebelahnya. Diletak belakang tapak tangannya di dahi Hani. Panas. Itu yang dia rasa pada belakang tapak tangannya.
"Sayang are you ok? Tiba-tiba je badan panas ni." Dia bertanya. Tangannya itu terus bergerak ke tengkuk Hani untuk merasa haba tubuh badan isterinya. "Panas. Demam ke?" Hani angkat bahu sahaja. "Kita pergi klinik ya?" Ajak Ryan. Hani angguk sahaja. Dia memegang bahu suaminya ketika dia hendak berdiri. Tapi belum sempat pun dia nak berjalan semula ke katil dia tiba-tiba rebah.
Mujurlah Ryan sempat menyambut dirinya sebelum kepalanya jatuu ke atas mangkuk tandas berkenaan. Ryan segera mengangkat Hani lalu diletak ke atas katil. Aryan dia letak semula ke dalam katil bayi sebelum dia membuka baju Hani untuk ditukar.
Peluh di dahi Hani dilap menggunakan tisu sambil dia menukar baju isterinnya. Kemudian Ryan menghubungi doktor Marlina untuk memaklumkan tentang Hani yang tiba-tiba pengsan itu.
Setelah menukar baju isterinya dia melangkah ke bilik air bersama sehelai tuala kecil untuk dibasahkan. Tuala kecil yang telah basah itu diletak di atas dahi Hani.
Dia mencapai tangan Hani lalu digenggam sebelum dia bertindak mencium tangan Hani yang mempunyai cincin kahwin mereka itu.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...