Welcome back to chapter 85. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 75 votes sahaja diperlukan untuk buka bab 86. Thank you sudi support and have fun guys <333333
RYAN tengah bersarapan bila dia terasa hujung seluarnya ditarik. Dia terus tunduk memandang ke bawah. "Kakak kenapa?" Dia bertanya lalu mengangkat Haziqah lalu mendudukkan anaknya itu di atas ribanya.
Haziqah membuka mulut meminta suap sebelum dia menyentuh rambutnya. Kemudian dia tersenyum suka bila dia disuap oleh papanya. "Oh ya, Sayang harini Abang bawak kakak dengan Aryan pergi salon ya." Dia ingatkan Haziqah tidak ingat. Rupanya gadis kecil itu mengingati janji papanya semalam.
Hani mengerutkan dahinya. "Buat apa?" Dia bertanya. "Bawak budak berdua ni gunting rambut lah. Rambut Aryan tu kan dah panjang. Haziqah ni pula kata semalam dia rimas rambut panjang." Beritahu Ryan. Dia kemudian menyuapkan nasi goreng yang dimasak oleh isterinya ke dalam mulut Haziqah lagi. Sampaikan dia yang tidak termakan.
"Tapikan Abang sibuk harini. Tak pa lah biar saya je bawa." Ryan senyum sahaja lalu menggelengkan kepalanya. "Memang lah sibuk. Tapi setakat nak bawa kembar pergi gunting rambut tu apa salahnya. Sayang tak perlulah. Rehat je di rumah. Petang kan kita nak balik rumah abah." Katanya.
Baru Hani teringat. Esok keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran buat Ikhwan yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Dengan siapa? Dengan doktor Marlina. Doktor yang merawat Hani. Macam mana dia kenal? Melalui Hani lah.
"Jangan risau lah Sayang. Dorang kan anak Abang juga. Pandai-pandai Abang lah handle dekat pejabat nanti." Ujar Ryan. Dia tidak mahu membuatkan isterinya itu risau. "Hmm baiklah kalau Abang dah cakap macam tu."
Hani sekadar melambaikan sahaja tangannya ke arah anak kembarnya itu. Akhirnya berhenti bergaduh pun dua beradik itu. Masing-masing tidak mahu mengalah untuk duduk di depan. Akhirnya Ryan memutuskan agar kedua-duanya duduk di belakang. Itu pun setelah Ryan ikut sekali riuh dengan anak kembarnya itu.
Setelah itu barulah Hani masuk ke dalam semula. Dia hendak mengemas meja makan. Tadi dia tak sempat kerana suaminya kelam-kabut tiba-tiba awal pagi ini ada mesyuarat.
Semua pinggan kotor yang berada di atas meja dibawa olehnya ke sinki untuk dicuci. Sedang dia menyuci kedengaran suara tangisan anaknya. Dia segera mematikan paip lalu berlari-lari anak ke atas.
"Alololo anak mama dah bangun ya." Hani terus mendukung Arina lalu dicium pipi si kecil itu. Arina berhenti menangis sekejap lalu menyambung semula tangisnya. "Papa dah pergi kerja sayang. Tinggal mama je ni." Hani memberitahu. Selalunya Arina pasti akan bangun sebelum Ryan turun kerja. Tapi hari ini lena pula anaknya itu tidur.
Kemudian Hani mencium lagi pipi anaknya. "Arina dah bau ya. Jom mandi sama mama." Ujarnya. Dia memang belum mandi lagi sebab dia sibuk. Memanglah sebelum subuh dia ada mandi tapi dia tidak selesa lah selepas berpeluh badannya.
Bila mendengar perkataan mandi terus sahaja Arina menangis lagi. Takut lah tu nak mandi. Kecil-kecil lagi dah malas mandi. Apatah lagi dah besar nanti. Ya Allah tak elok doakan benda yang tak baik pada anak sendiri tau.
Akan tetapi bila Hani mandikan senyap pula Arina. Siap nak tertidur lagi tika dimandikan.
Bila selesai menyiapkan Arina dan menyusukan bayi itu barulah Hani masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Sempat dia kunci pintu bilik sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Bukan apa dia takut pula ada benda terjadi tika dia mandi. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik dia kunci pintu bilik tersebut. Sekurang-kurangnya anaknya itu selamat.
MASING-MASING mereka memuji kecomelan wajah Haziqah dan Aryan selepas digunting rambut. Aryan pun dengan bangganya tersengih sahaja. Sebiji perangai macam papanya.
"Bubye kakak." Aryan melambaikan tangannya kepada Lia. Lia tersenyum sahaja lalu membalas lambaian anak bosnya itu. "Aku balik dulu. Kalau kau nak balik awal balik lah." Ryan memberitahu. Dia membetulkan sedikit kedudukan Haziqah yang sedang dia dukung itu.
Si kakak sudahpun tertidur. Jadi terpaksalah dia dukung. Aryan pula tidak. Bertenaga sungguh budak itu hari ini. Mungkin kerana semalam dia awal sangat tidur. Haziqah lambat tidur. Macam-macam ragam yang dia keluarkan.
"Baik bos." Lia membalas. "Aryan jom." Ryan memegang tangan anaknya itu lalu dia berjalan menuju ke lif. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi kedengaran suara Dato Aziz memanggil. "Kamu dah nak balik ke?" Dato Aziz bertanya.
"Ha'ah. Lusa kan Ikhwan tu dah nak kahwin. Jadi kena lah balik awal sikit. Lagipun Haziqah ni dah tidur pun." Dia menunjukkan wajah nyenyak Haziqah pada papanya itu.
"Oh tak pa lah kalau macam tu. Hati-hati bawa kereta tu. And kirim salam pada menantu perempuan papa yang sorang tu." Ujar Dato Aziz. "Memang sorang pun papa. Tak ada lah orang kahwin sampai 2 ke 3." Sempat dia bergurau. Gila ke nak kahwin lagi 1. Kalau nak tengok Hani mengamuk memang boleh roboh rumah mereka itu.
Tak sanggup lah dia nak menduakan isterinya. Memang lah dia mampu. Tapi bukan keperluan dia pun nak banyak bini. Walaupun ada lelaki kata nak ikut sunnah nabi tapi sunnah tu juga lah yang nak diikut. Kalau diri tu mampu tak pa. Ni tak. Sudahlah gaji pun cukup makan. Nak pula banyak bini. Banyak lagi sunnah nabi yang boleh diikuti.
"Eh Abang? Awal balik? Bukan petang baru balik ke?" Hani bertanya setelah suaminya turun semula. Tadi Ryan segera naik ke atas untuk meletakkan Haziqah tidur di atas katil.
"Salah ke Abang balik awal?" Ryan bertanya. Hani terus geleng kepala. "Tak salah. Cuma saya tak tahu pun Abang balik tengah hari. Jadi saya tak masak banyak nasi." Kerana dia ingatkan hanya dia sahaja yang makan tengah hari.
"Tak pe lah. Kalau Sayang nak makan, makan lah dulu. Abang tak kisah pun. Nanti je Abang makan." Hani terus rasa bersalah. "Nasi tu saya masak macam cukup untuk dua orang. Tapi kalau untuk twin kena masak semula." Dia memberitahu.
Ryan terus tersengih. "Sengaja je kan nak Abang makan sama-sama." Hani menunjukkan sebaris gigi putihnya sambil tersenyum. Biar lah dia nak makan dengan suaminya. Tak salah pun. Bukannya makan dengan suami jiran sebelah.
"Kejap." Ryan terus memegang tangan isterinya. "Kenapa Abang?" Hani menoleh semula memandang Ryan. "Sayang dah solat ke?" Dia bertanya. "Dah. Saya baru je lepas solat." Hani memberitahu. Ryan sekadar mengangguk sahaja lalu mengikut langkah isterinya ke dapur.
Arina meraung kuat bila Hani hendak memakaikan baju padanya. Tadi Arina sudah siap tapi bila sahaja mereka baru bertolak balik boleh pula Arina muntah. Sampai baju Hani pun terkena sekali.
"Sayang pergi lah tukar baju dulu. Dari tadi tak tukar. Biar Abang je yang pakaikan Arina baju. Kalau tak Abang yang tukarkan baju Sayang tu." Ryan mengambil tempat di sebelah Hani.
Apabila Hani hendak membuka bajunya terus mata Ryan melirik memandang Hani. "Jangan tengoklah Abang. Pakaikan Arina tu baju." Marah Hani. "Lah tak boleh tengok ke? Selama ni Abang dah tengok pun se-" Makin kuar rengekan Arina menyebabkan Ryan mengalihkan pandangannya menghadap Arina.
Akhirnya setelah hampir 10 minit barulah berjaya dia memakaikan baju Arina dan kini anaknya itu sudah senyap. Tiada lagi kedengaran suaranya merengek kerana mulutnya penuh dengar air susu. Senyap sahaja dia menyusu di dada mamanya.
"Dah habis nangis terus menyusu ya anak papa ni." Tangan kirinya naik mengusap kepala Arina sementara tangan kanan memegang stereng kereta. Mereka ketika itu dalam perjalan balik ke rumah keluarga Hani.
"Dia dah penat tadi menangis kan. Memang menyusu lah dia. Haus sangat kan meraung tadi." Seolah-olah didera pula Arina meraung tadi.
Ryan sekadar tersenyum sahaja sebelum matanya memandang ke arah cermin belakang. Kelihatan dua anak kembarnya itu telah diulit mimpi.
Kemudian dia baru teringat sesuatu. "Papa kirim salam tadi." Ryan memberitahu. "Papa? Papa turun pejabat ke tadi?" Ryan mengangguk. "Papa kan kalau ada mesyuarat memang dia turun kerja pun." Sebab Dato Aziz masih lagi pemilik kepada syarikat tersebut.
Belum masanya dia menurunkan jawatannya kepada Ryan. Tahun depan barulah dia cadang mahu letak jawatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ryan. Sepatutnya pada Razali tapi kerana anak sulungnya itu sudahpun memilih untuk jadi pensyarah dia bagi lah pada Ryan. Lagipun memang sejak dari zaman belajar lagi Ryan ambil bisnes.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...